CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29036|Reply: 198

Untold History : Konnection Brunei Johor Part I

[Copy link]
Post time 21-9-2010 03:29 PM | Show all posts |Read mode

    sambungan dari thread "Khalifah Johor 1886"


    Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz dilahirkan pada T.M. 1911 (T.H. 1329) di Kampong Rengit, Batu Pahat, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Sekolah AI-Quran Kerajaan Johor (1919-1923) dan kemudian menuntut di Sekolah Arab AI-Attas, Johor Bahru (1923-1928).


    Setelah menamatkan pengajian di Sekolah Arab AI-Attas, dalam tahun 1929 beliau diaturkan mengajar di sekolah ini dan Kuliah (Kolej) AI-Attas, Johor Bahru sehingga tahun 1937. Dalam tahun 1938, beliau dikurniakan biasiswa oleh Kerajaan Johor untuk melanjutkan pelajaran di Universiti AI-Azhar dan Universiti Kaherah, Mesir (sehingga 1948) dan berjaya memperolehi tidak kurang daripada lima ijazah tinggi dari lima fakulti pengajian di universiti-universiti berkenaan. Pada 25 September 1991 beliau dianugerahkan ljazah Doktor Kehormat Undang-Undang daripada Universiti Brunei Darussalam.


    Sekembalinya dari Mesir pada tahun 1949, beliau dilantik menjadi Pegawai Pemeriksa Sekolah Arab dan Pengelola Majalah Warta Jabatan Ugama Johor (sehingga 1952). Setelah itu dinaikkan pangkat menjadi Kadhi Daerah Segamat, Johor (1953-1954).


    Dalam tahun 1955, beliau dipinjamkan menjadi Pengetua di Kolej Islam Malaya, yang baru ditubuhkan bertempat di sebuah istana wakaf Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, Selangor. Dalam masa yang sama beliau bersama Tuan Haji Othman bin Haji Mohammad, Ketua Pemeriksa Sekolah-Sekolah Kerajaan Johor (kemudian dilantik menjadi Pengelola Sekolah-Sekolah Agama Kerajaan Brunei Darussalam) telah dijemput ke Negara Brunei Darussalam sebagai anggota meninjau cadangan mendirikan Sekolah Agama Kerajaan Brunei atas titah perkenan AlMarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Berikutan daripada lawatan itu, dalam bulan September 1956, sebuah sekolah agama yang bersistem telah ditubuhkan buat pertama kalinya di Negara Brunei Darussalam.


    Dalam tahun 1956 beliau kembali ke Johor kerana dilantik menjadi Pemangku Timbalan Mufti Kerajaan Johor. Kemudian menjadi Kadhi Daerah Pontian, Johor (1957); Pemangku Kadhi Besar Johor (1958) dan seterusnya ditetapkan jawatan sebagai Kadhi Besar Johor (1958-1961).


    Pada 1 April 1962, beliau telah dipinjamkan oleh Kerajaan Johor menjadi Mufti Kerajaan Brunei selama tiga tahun. Lantikan ini adalah berdasarkan persetujuan awal di antara Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dengan Almarhum Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Johor. Perlunya mengadakan jawatan Mufti ini bukan saja menurut kehendak Undang-Undang Majlis Ugama dan Mahkamah-Mahkamah Kadhi No.20/1955, tetapi Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien sendiri mengakui kepentingannya sebagaimana warkah baginda kepada Menteri Besar Brunei :

    "Amatlah susah bagi yang sudah kita telah alami jika terbit satu masalah yang bersabit dengan agama Islam jika sebuah negara Islam yang merasmikan agama Islam yang diakui suci tidak mempunyai seorang ulama yang benar-benar akan bertugas memberatkan atau mengambil berat sama ada dalam memberi fatwa-fatwa dan menghuraikan peraturan dan hukum-hukum dan lain untuk kesentosaan rakyat umat Brunei dan negeri itu."


    Beliau menamatkan kontrak perkhidmatan dengan Kerajaan Brunei pada sehingga 31 Mac 1965 dan kembali berkhidmat semula dengan Kerajaan Johor sebagai Timbalan Mufti sehingga bersara pada 1 Januari 1967. Pada 8 Mac 1967, beliau meneruskan perkhidmatannya dengan Kerajaan Brunei sebagai Mufti sehingga kembali ke Rahmatullah di Rumah Sakit Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 3 Februari 1993. Perlantikan beliau ini telah diperkenankan oleh Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien mulai dari 11 Mac 1967 berdasarkan Bab 40 (1) daripada Undang-Undang Majlis Ugama dan Mahkamah Kadhi, 1955.


    Selama berkhidmat dengan Kerajaan Brunei Darussalam, beliau telah dilantik menjadi ahli dalam berbagai majlis negara atau jawatankuasa, antaranya: Ahli Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja; Ahli Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam; Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman, Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam; Pengerusi Undang-Undang, Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam; Ahli Majlis Universiti Brunei Darussalam; Ahli Majlis Institut Pengajian Islam Brunei Darussalam; Ahli Majlis Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan; Ahli Jawatankuasa Menyesuaikan Undang-Undang dengan Kehendak Syarak; Ahli Lembaga Peperiksaan Pelajaran Ugama; Ahli Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat Fitrah bagi Majlis Ugama Islam Brunei Darussalam; dan Penasihat bersama Penubuhan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB). Dianggarkan lebih daripada 40 majlis atau jawatankuasa yang beliau anggotai selama berkhidmat dengan Kerajaan Brunei dan Malaya (Malaysia).


    Dalam kegiatan keilmuan beliau juga telah beberapa kali mewakili Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri seminar-seminar dan kongres-kongres di peringkat serantau dan antarabangsa, antaranya: Muktamar AI-Alamil Islami (di Baghdad, Iraq; di Kuala Lumpur, Malaysia; di Mogadishu, Somalia; di Karachi, Pakistan; dan di Famagusta, Turki); Persidangan As-Siratin Nabawiyyah di Kaherah, Mesir; Persidangan Antarabangsa lktisad dan Ekonomi Islam di Makkatul Mukarramah, Arab Saudi; Persidangan Persekutuan Ulama Indonesia di Jakarta, Republik Indonesia; Persidangan Ahlil Bait (MAAB) di Amman, Jordan dan Persidangan Menteri-Menteri Waqaf di Jeddah, Arab Saudi.


    Sebagai seorang yang arif dan mendalami bidang agama, beliau sentiasa menyumbangkan buah fikiran dan nasihat yang disalurkan melalui buku atau kitab, risalah dan makalah, antaranya: "Kitab Pelajaran Fiqh", Penggal I; "Syair Abu Tammam" dalam bahasa Arab (1948); "Bagaimana Agama Islam Masuk ke Brunei Menurut Kitab-Kitab Lama Bahasa Arab" (1965); "Bagaimana Kita Mengambil Faedah dari AI-Quran" (1967); "Kitab Ringkasan Aqidah Ahli Sunnah wal-Jema'ah (1979); "Peribadi Orang Islam: (1980); "Corak Pendidikan dalam Islam berhubung dengan Pendidikan di Negeri Brunei Darussalam" (1981); "Risalah Didikan Akhlak" (1985); "Konsep Melayu Islam Beraja di Negara Brunei Darussalam" (1985); Konsep Pengajian Tinggi Islam" (1987); "Hukum Nikah Kahwin" Cara Islam dan Hukum yang Berbangkit daripada Nikah Kahwin" (1987); dan "Kisah Hidup AI-'Allaamah Asy-Syeikh Muhammad Fadzlullah Suhaimi bin Abdullah" (1991).


    Di antara sumbangan beliau yang paling berharga dan penting untuk menjadi panduan hidup umat Islam ialah penghasilan fatwa-fatwa. Sejak tahun 1962 (tidak termasuk tahun 1965-1967) sehingga akhir hayat beliau dianggarkan lebih 600 fatwa (tidak termasuk fatwa yang dihasilkan ketika berkhidmat di Johor) telah dihasilkan. Kesemua fatwa itu berasaskan Mazhab Syafie daripada segi Fiqh dan Ahli Sunnah wal-Jema'ah daripada segi Aqidah. Beliau juga telah menulis beberapa kertas kerja dan memberikan syarahan, antaranya mengenai: "Ringkasan Wirid Bacaan Pagi dan Petang dengan Dalil daripada Quran dan Hadith", "Dalil daripada Quran dan Hadith", "Dalil daripada Quran dan Hadith mengenai AI-Windul Latif oleh Qutbul Irsyad wad-Da'wah AI-'Allaamah Habib As-Sayid Abdullah bin Mohammad AI-Haddad", "Dalil daripada Quran dan Sunnah mengenai Wirid Asal oleh Qutbud-Dunya AI-'Aarif Billah Asy-Syeikh Abdul Qadir Jailani, Baghdad", "Pandangan Islam" (dibukukan dalam empat penggal), "Ugama Didikan Sosial", "llmu Tasawuf dan Hubungannya dengan Islam dan Iman", "Perkara Panduan Jurunikah dan Hukum-Hukum Nikah yang Berhubung Dengannya", "Perkara Aqidah Ahli Sunnah wal-Jema'ah dalam Pentadbiran Pegawai-Pegawai Kerajaan Negara Brunei Darussalam", dan "Bagaimana Kita Mengkaji Fiqh Aliran atau Mazhab AI-Iman Asy-Syafie Radhiallahu 'Anhu". Tulisan-tulisan beliau telah diterbitkan dan disiarkan dalam berbagai bentuk dan melalui berbagai media. Beliau juga banyak membuat kajian dan telahan mengenai masalah-masalah Fiqh dan Aqidah, sehingga kebanyakan hasil tulisan Allahyarham dijadikan sumber rujukan asas kajian ilmiah, dan masih disimpan di Universiti Kebangsaan Malaysia.


    Nik Ajis korang kenal??? ape dia buat??


    Org tua ni korang kenal????


    now.. compare..




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 04:08 PM | Show all posts
Wow...actually kat Johor ni memang banyak alim ulama...aku memang salute..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:22 PM | Show all posts
Reply 1# unekspekted


    klu arwah masih hidup aku rasa dia pun xsuka di banding2 kn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 04:24 PM | Show all posts
berjuang untuk 'agama' denga berjuang untuk 'name' lain kan??

nampak bezanye disitu??

aku pun tak kenal org tua ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 04:52 PM | Show all posts
Reply 3# katana83


    itulah pasal citer dah menarik dan tertarik sekali ending boleh mengumpat tn guru nik ajis plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 04:55 PM | Show all posts
ngumapt kt blakang2.. kt sini.. aku ckp terus terang jee..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-9-2010 04:58 PM | Show all posts
anyway.. ape nik ajis dah buat??? tau?? takde ape2 significant pun.. pecah belah ade laa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2010 04:58 PM | Show all posts
klu tau.. share2 laa kat sini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2010 05:17 PM | Show all posts
Yeeyyyy!!!

aku dah agak dah.. mesti takde punyee
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 05:30 PM | Show all posts
Reply 9# unekspekted


  bukan maksud nk backup nik aziz ke sape ...  but why u nk compare ngan org len?? kn bagus stick jer dgn citer asal...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 05:32 PM | Show all posts
baik ko compare mufti ni dgn sultan hebat ko tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 05:48 PM | Show all posts
aku tak faham lah niat sebenar si TT neh. asal asal dah buka thread memang cantik siap banyak info yang menarik lagi. last last pegi compare dengan nik aziz tu pehal ? MOTIF nak compare dengan nik aziz ? dan MOTIF utama nak kena comparekan ?

aku rasa la kan, kalau niat si TT ni nak berpolitik baik campak je thread ni ke board LP sana nun. buat apa kasik semak board sejarah yg aman damai ni dengan thread macam ni.

mula dah lawa, tengah cantik, ending memang lawa, alih alih ade pulak keluar ststement macam gini. WTF ?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 05:51 PM | Show all posts
Reply  unekspekted


  bukan maksud nk backup nik aziz ke sape ...  but why u nk compare ngan or ...
katana83 Post at 21-9-2010 17:30


setuju dengan ko,

aku yang tak menyebelah mana mana parti politik ni pun tak berapa berkenan tengok ending semacam gini. cerita je lah pasal kebaikan tokoh tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 06:12 PM | Show all posts
bior kan le die nak tulih macam mane sekalipun. macam kome ni tak tau pulok.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 06:28 PM | Show all posts
Reply  unekspekted


  bukan maksud nk backup nik aziz ke sape ...  but why u nk compare ngan or ...
katana83 Post at 21-9-2010 17:30



    ngah sedap je baca...
tp ending die matikan mud aku r...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 10:44 PM | Show all posts
Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz



err uneks....
sapekah nama bapa beliau?
Haji Ismail atau Omar Abd Aziz?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2010 10:49 PM | Show all posts
kat johor dia jadik timb. mufti...
pastu dipinjam ke brunei, dia jadik mufti...
after pulang ke johor,
jadik timbalan mufti balik...
pastu pindah ke brunei utk jadik mufti...


err....
knpa jhor tak upgrade dia jadik mufti?


resume dia penuh dgn experience apa..........

atau..
gaji kat brunei besar kot...  
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2010 11:31 PM | Show all posts
kena la compare peranan ulama zaman dulu dgn ular-mak zaman skrg yg politikus..

dlm pas, antara ulama yg aku still respect, dr. harun din dan jugak nasharudin mat isa
berlainan pendapat tu lumrah beb... tapi agak2 laaa....

tapi nik ajis nie kan...
sape2 je yg tak sealiran dgn agenda politik aliran mazhab dia...  sume kena cantas..



even captain dgn co-captain parti dia pun di suruh terjun laut...
ada ka patut? (ni dah ikut law pirates of carribean..) nape tak follow rules dlm quran?


antara mangsa2 yg tak menganut 'mazhab' tok nik dan dijadikkan mangsa politik:
40 ulama muda berkelulusan phd
dr. tantawi (ulama al azhar)
dr. pirdaus ismail (imam masjid negara)
prof. dr. abdullah md. zain (menteri di jab. perdana menteri)
dr. abd hamid othman (penasihat agama kpd pm)
dan byk lagi laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 12:48 AM | Show all posts
betul tu TT.. tak perlu nak tulis mcm tu..pembaca leh compare sendiri. have respect for that old man yo.

Nik Aziz Nik Mat (bukan nama sebenar) daa bukan nik ajisssssss...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 01:08 AM | Show all posts
tapi ye la...sape ulama' johor yg glemer skrg? mcm takde je.. @ mungkin aku tak cari sgt agaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.073251 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list