CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6764|Reply: 38

biografi albert enstein

[Copy link]
Post time 26-9-2010 04:25 PM | Show all posts |Read mode
"APABILA lelaki duduk bersama gadis cantik selama satu jam ia bagaikan satu minit. Tetapi apabila duduk di atas dapur panas selama seminit ia seperti satu jam. Itu relativiti," demikian kata Albert Einstein mengenai teori relativiti.
Tahun 1905, merupakan annus mirabilis (tahun keajaiban) buat Einstein apabila beliau membangunkan teori relativiti - satu penerangan bahawa hubungan antara masa dengan ruang mencabar pandangan umum seperti yang diterima sejak zaman Sir Isaac Newton, 200 tahun sebelum itu.
Siri penemuan saintifik beliau turut menggegarkan dunia fizik pada tahun tersebut termasuk kesan cahaya elektrik (fotoelektrik), gerakan Brown dan persamaan jisim dan tenaga.
Lebih membanggakan, penemuan fotoelektrik tersebut melonjakkan nama Einstein apabila memenangi hadiah Nobel Fizik pada tahun 1921 yang merupakan anugerah teragung dalam bidang sains.
Penemuan itu memberi kesan terhadap perkembangan tamadun manusia apabila ia diaplikasikan untuk membuat televisyen dan pelbagai peralatan elektrik serta elektronik hari ini.
Begitupun, teori relatif khas menggabungkan tenaga dan jisim dengan formula E=mc2 iaitu persamaan jisim tenaga lebih dikenali masyarakat dunia serta sering digunakan untuk pelbagai tujuan.
Menghidap asperger
Anak lelaki pasangan Hermann dan Pauline Einstein berbangsa Yahudi itu dilahirkan pada 14 Mac 1879 di Ulm, Baden Württemberg selatan Jerman dengan masalah sukar bertutur sehingga berusia tiga tahun. Keadaan itu mungkin menyebabkan beliau banyak berimaginasi ketika kecil.

EINSTEIN dianggap saintis ulung yang tiada tolok bandingnya sehingga hari ini.



Beliau yang menghidap sindrom asperger, sejenis penyakit berkaitan autisme sama sekali tidak menghalangnya berkelakuan seperti kanak-kanak biasa.
Sewaktu mencecah usia lima tahun kanak-kanak istimewa itu jatuh sakit dan terlantar di atas katil sebelum bapanya menunjukkan kompas poket magnetik yang berjaya membuatkannya terpukau dengan jarum kompas itu.
Beliau sangat teruja dengan jarum kompas yang sentiasa menunjuk ke arah utara walaupun ia diterbalikkan dan yakin bahawa terdapat sesuatu yang menarik di sebalik keajaiban tersebut.
Sejak itu, pelbagai persoalan timbul dalam fikiran Einstein mengenai keajaiban jarum kompas berkenaan dan ingin mencari jawapan mengenainya.
Kejadian itu dipercayai detik permulaan kecenderungan Einstein dalam menguasai bidang sains fizik sehingga berjaya mengukir nama menjadi 10 daripada 100 Tokoh Berpengaruh Dalam Sejarah Dunia.
Ibunya, Pauline merupakan pemain piano terkenal dan ingin anaknya menyukai muzik. Dia mengajar Einstein meminati instrumen biola ketika berumur enam tahun tetapi beliau tidak menggemarinya.
Bagaimanapun, apabila mendengar hasil karya Mozart ketika berumur 13 tahun, beliau kembali bermain biola sehingga akhir hayatnya.
Beliau yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Luitpold, Munich, Jerman pada 1888 sebelum berpindah ke Sekolah Katolik Aarau, Switzerland merupakan pelajar cemerlang dalam matapelajaran sains dan matematik tetapi tidak berjaya dalam sastera.
Einstein menerima diploma perguruan dari Institut Politeknik Persekutuan Zurich, Switzerland pada tahun 1900 dan berjaya mendapat ijazah doktor falsafah (Ph.D) dari Universiti Zurich pada tahun 1905.
Sebelum beliau mengecapi kegemilangan dalam bidang sains fizik dan matematik, anak pertama daripada dua adik-beradik itu hanya seorang penolong teknikal di pejabat paten di Bern, Switzerland serta banyak menghasilkan kajian berhubung sains fizik.
EINSTEIN (dua dari kiri) pernah ditawarkan menjadi presiden Israel kerana kepintarannya.



Ikon dunia fizik yang memiliki rambut kusut masai berwarna putih itu mendirikan rumah tangga bersama Mileva Maric kelahiran Titel, Novi Sad, Serbia pada tahun 1903 dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Hans dan Eduard Albert.
Bagaimanapun, sebelum berkahwin pasangan tersebut mempunyai seorang anak luar nikah perempuan, Lieserl Albert yang dilahirkan pada tahun 1902. Einstein tidak pernah bertemu dengan bayi tersebut dan sehingga hari ini ia menjadi misteri serta tiada catatan terperinci tentang keadaan Lieserl.
Hans pula menjadi seorang profesor dalam kejuruteraan hidraulik di Universiti California, Berkeley, Amerika Syarikat (AS) manakala Eduard menghidap skizofrenia dan meninggal dunia pada tahun 1965.
Einstein begitu mengagumi keperibadian Mileva yang mampu berdikari dan tinggi intelektual.
"Makhluk yang sama taraf dengan saya dan kuat serta berdikari seperti saya," kata Einstein mengenai isterinya.
Namun, mahligai indah bersama Mileva hanya mampu bertahan selama 16 tahun sebelum beliau mengahwini sepupu terdekatnya, Elsa Einstein Löwenthal pada tahun 1919. Kemasyhuran Einstein mengakibatkan beliau sering didampingi wanita.
Tukar kerakyatan AS
Pada tahun 1933, beliau dituduh Rejim Parti Pekerja-Pekerja Jerman Sosialis Nasional kerana dikatakan berniat mencipta fizik Yahudi yang berbeza dengan fizik Jerman iaitu fizik Arya.
Disebabkan perbezaan pendapat tersebut, Einstein melepaskan kerakyatan Jerman dan berhijrah ke AS untuk menjadi profesor di Princeton, New Jersey serta menerima kewarganegaraan AS pada tahun 1940.
Dalam pada itu, atas nasihat seorang ahli fizik, Leo Szilard, beliau mengirim surat kepada Presiden AS ke-32, Franklin Delano Roosevelt pada tahun 1938 agar menyelidik mengenai nuklear bagi kegunaan tentera kerana bimbang kerajaan Nazi di bawah pimpinan Adolf Hitler membangunkan senjata atom.
PELBAGAI pemeran berkaitan Einstein diadakan  di seluruh dunia untuk menghargai sumbangannya.



Kehidupan penuh liku dan masyhur Einstein menemui penghujung tepat pukul 1.15 pagi, 18 April 1955 di Hospital Princeton di New Jersey. Meninggal dunia pada usia 76 tahun, mayat beliau dibakar pada hari yang sama tanpa sebarang adat istiadat di Trenton, New Jersey mengikut hasratnya.
Ahli patologi yang melakukan autopsi terhadap mayat Einstein, Dr. Thomas Stoltz Harvey bagaimanapun menyimpan dan mengawet otaknya. Dalam masa empat dekad, otak saintis tersohor dunia itu dipotong kepada 200 keping oleh beliau untuk diberi kepada para pengkaji membuat kajian.
Pada tahun 1998, Harvey memulangkan semula otak berkenaan kepada ahli patologi Princeton sebelum beliau meninggal dunia.
Legasi dan teori-teori Einstein terus diingati serta dipraktikkan sehingga hari ini.Bagi memperingati Einstein sempena ulang tahun kelahirannya pada tanggal 14 Mac, Akademi Sains dan Kemanusiaan di Jerusalem, Israel akan memaparkan manuskrip asal ahli fizik tersohor itu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2010 10:24 AM | Show all posts
dia ni memang besar sumbangannya dalam bidang fizik.
tapi biasala. kaum yahudi. mesti dia kaum dia orang membesar-besarkan
kehebatan diaorang walhal, x lah sehebat mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 09:46 PM | Show all posts
kaum yahudi mesti dia orang membesar-besarkan
kehebatan diaorang walhal, x lah sehebat mana pun
rayyanrafael Post at 27-9-2010 10:24



   setuju!!!!! hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 10:01 PM | Show all posts
dia ni memang besar sumbangannya dalam bidang fizik.
tapi biasala. kaum yahudi. mesti dia kaum dia  ...
rayyanrafael Post at 27-9-2010 10:24



    habis melayu hebat lagi ke???

ade ke org melayu yg duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dgn einstein?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 10:51 PM | Show all posts
tak kesah laa dia berbangsa apa pon atau beragama apa pon... yang penting nya teknologi dan pengaruh yang ditinggalkannya..... itu lebih penting..... dulu jerr aku rasa minat sangat dgn einstein nihh... but skang tak lagii..... ada sebabnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2010 10:55 PM | Show all posts
tak kesah laa dia berbangsa apa pon atau beragama apa pon... yang penting nya teknologi dan pengaruh ...
edy137 Post at 27-9-2010 22:51



    apa sebabnye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2010 10:56 PM | Show all posts
heheh.... Rahsiaaaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 11:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by cozack at 27-9-2010 23:27
heheh.... Rahsiaaaaa.....
edy137 Post at 27-9-2010 22:56


ade kaitan gan hakikat sbenar idup la tu...hehehe




by the way, albert enstein nie mmg bijak dari dulu....

yg buatkn dia lain dari dak2 lain sbb dia cacat skit kat otak. isi padu otak dia lebh besar skit dari kanak2 normal,

sbb tu pemikiran dia lain dari yg lain..

sampaikn dia pandang kompas pndangn dia bley menenmbusi idea2 baru..itu baru kompas, bende2 lain?



kurniaan ilahi..allahuakbar!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2010 11:27 PM | Show all posts
ade kaitan gan hakikat sbenar idup la tu...hehehe
by the way, albert enstein nie mmg bijak dari ...
cozack Post at 27-9-2010 23:23



    kurniaan Illahi untuk insan yang lemah dan hina
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2010 11:38 PM | Show all posts
ala yang penting sumbangan dia pada dunia, walaupun suku dunia hampir musnah sebab bom atom
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 12:06 AM | Show all posts
kurniaan Illahi untuk insan yang lemah dan hina
Tottot89 Post at 27-9-2010 23:27


tp kesian kat dia...jenazah dia.
otak dia depa duk buat kajian...
otak dia di belah sbanyak beberapa bahagian, pastu d bahagi kan pada doctor2 pakar time tu..
mase tu, doctor2 pakar nak buat kajian atas otak dia...
sampai satu tempoh, doctor2 pakar berkumpul dan depa buat 1 prbincangn gan hasil depa kaji...
result yg depa dapat.......

xda apa2...isi segala sama saja gan otak manusia biase....


subhanallah.......
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 12:35 AM | Show all posts
Reply 5# edy137

sebenarnya ilmu yg dikemukakan oleh enstein tu hanye secepis kecil tntg ilmu tasawuf... sebab itulah ramai para waliallah mampu lipa bumi/ masa dan gandakan diri mereka.... semua itu adalah dgn izin Allah kepada mereka yg dekat padaNya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 12:51 AM | Show all posts
enstein ni xhensem pn didampingi jgk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 09:56 AM | Show all posts
Asas ilmu pengetahuan seperti sains, fizik, algebra, astronomi, anatomi dan lain-lain
sesebenarnya banyak diasaskan dan ditulis orang-orang islam dahulu kala. Tetapi
kaum mereka ni dah merampas semua buku-buku kajian islam dalam perang. Jadi
mereka kemukakan sebagai kepunyaan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 01:49 PM | Show all posts
tp kenapa org islam sekarang tak sama cam org islam dulu2...dulu2 hebat2 belaka, skrg, hampeh2 belaka...cam aq ni, online je keje ambik info owg kapir..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2010 02:25 PM | Show all posts
Reply 15# cozack


    itu lah....tgk umat islam di Malaysia cukup r,termasuk la aku sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2010 04:09 PM | Show all posts
sama arr ngan aku sekali
Allah dan bagi otak dan akal kat aku, just aku x reti
camna untuk nak berusaha mengembangkannya  je
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 05:27 PM | Show all posts
sebenarnya ilmu yg dikemukakan oleh enstein tu hanye secepis kecil tntg ilmu tasawuf... sebab itulah ramai para waliallah mampu lipa bumi/ masa dan gandakan diri mereka.... semua itu adalah dgn izin Allah kepada mereka yg dekat padaNya..
morpheus Post at 28-9-2010 00:35


yups.... kerana itu hamba kata dulu mmg minat gilerr... tapi sekarang tak lagii.... salah satu sebabnya itu laa.... orang islam yang mendalami tasawwuf lagi handal sebenarnya..... sampai sekecil atom hingga sebesar zarah... cuma kekurangan dari segi sumber dan juga teknologi jerr.... kenapa begitu...???? ALLAH S.W.t lagi MAHA MENGETAHUI!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 05:41 PM | Show all posts
Al-Quran itu sebenarnya mengandungi ilmu-ilmu tidak terjangkau oleh akal manusia.. berlapis-lapis maksudnya.. tapi untuk mentafsir satu2 ayat Al-Quran tidaklah boleh ditafsirkan dengan sendirinya.. mestilah dgn bimbingan guru mursyid.. contoh paling mudah yang aku boleh bagi di sini.. tentang teori BIG BANG... melalui wahyu yang disampaikan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad, 1400 tahun dahulu....

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2010 06:27 PM | Show all posts
yups.... kerana itu hamba kata dulu mmg minat gilerr... tapi sekarang tak lagii.... salah satu sebabnya itu laa.... orang islam yang mendalami tasawwuf lagi handal sebenarnya.....
edy137 Post at 28-9-2010 17:27


org yg terlalu mdalami tasawwuf hanya mgejar akhirat dan hanya ingin bersama dgn yg esa...jadi, ajal saja tujuan nya. utk ummat2 lain tiada, hanya pada diri sndiri sahaja d utama kn sbb hujung jalan diri sndiri yg hadapi....
utk kapir2 sebalik nya....

bukan kh bgitu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.883396 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list