View: 965|Reply: 0
|
Anis tak sabar cabar pelumba handalan dunia
[Copy link]
|
|
Anis tak sabar peragakan kayuhan mantap di Birmingham.
KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Anis Amira Rosidi mengakui teruja untuk memulakan aksi pada penampilan sulungnya di Sukan Komanwel Birmingham 2022 yang akan membuka tirai secara rasminya, awal pagi Jumaat ini.
kelmarin, Anis Amira bersama pelumba berbasikal trek negara yang lain berpeluang untuk menguji Velodrom Lee Valley VeloPark iaitu venue pertandingan bagi temasya berkenaan buat kali pertama sebagai persiapan sebelum beraksi dalam perlumbaan sebenar.
Pelumba berusia 24 tahun itu, berkata dia sudah tidak sabar untuk 'beradu tenaga' dengan barisan pelumba handalan dunia yang lain pada temasya kali ini.
"Sudah tentu semua pelumba melakukan persiapan, tetapi kami juga buat persiapan. Jadi, apa yang kami perlu lakukan adalah buat yang terbaik pada hari perlumbaan nanti," kata pelumba yang berasal dari Perlis itu.
Aksi di Birmingham juga menjadi pentas terbaik buat Anis Amira untuk menimba pengalaman dengan kehadiran pelumba handalan dunia yang lain.
Pada temasya kali ini, pelumba negara itu akan menyertai empat acara iaitu 500 meter (m) ujian masa, keirin, pecut individu dan pecut berpasukan.
Bagi acara berpasukan, dia akan beraksi pemenang pingat emas 500m ujian masa Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2022, Nurul Izzah Izati Mohd Asri dan Nurul Aliana Syafika Azizan.
Pada saingan ACC yang berlangsung di New Delhi, trio berkenaan yang baru dibentuk awal tahun ini terlepas untuk menaiki podium apabila menamatkan saingan di tempat keempat di belakang Korea Selatan, Jepun dan India.
https://www.bharian.com.my/sukan ... umba-handalan-dunia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|