Sumber mStar
Antara cinta dan cita-cita, dua perkara yang sukar berjalan seiring dengan seimbang. Akhirnya, ada sesetengah individu yang akan memilih kasih pada anak-anak dan sanggup meninggalkan karier walaupun pekerjaan itu dianggap bagus.
Memetik laporan mStar, seorang ibu yang dikenali sebagai Puteri Azie sanggup melepaskan jawatannya sebagai Pengurus Eksekutif di sebuah syarikat kewangan demi kasih sayang kepada anak-anaknya.
Tular di media sosial baru-baru ini, wanita berusia 44 tahun itu nekad berhenti kerja ketika anak keduanya demam dan pada masa sama sedang hamil anak ketiga.
"Melihat anak kedua demam dan dia tak mahu dengan saya melainkan pembantu rumah, ia menyebabkan saya terdetik dalam hati... kalau berterusan saya pergi kerja pagi dan balik petang, esok-esok nanti anak saya letak saya di rumah orang tua.
Sumber mStar
"Masa itu saya tak boleh cakap apa-apa sebab dia sendiri tak dapat kasih sayang daripada saya," katanya yang mula berniaga pada usia 26 tahun.
Ibu kepada tiga orang anak lelaki itu menjual nasi kerabu di sebuah tapak di sekitar kawasan tempat tinggalnya.
Wanita itu mulai berniaga selepas suaminya meninggal dunia. Dia lakukan apa sahaja kerja yang boleh membantu untuk membesarkan anak-anak.
Azie bersyukur usaha untuk berniaga di tepi jalan dipermudah dan dipertemukan dengan individu yang banyak membantunya.
Berkat usaha gigih, wanita itu dapat menghantar anak sulungnya melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.
Sumber mStar
"Anak sulung berumur 22 tahun, kedua 21 tahun dan ketiga 16 tahun. Saya besarkan anak sendiri sehingga anak sulung sambung pengajian di Jerman manakala anak kedua belajar di UiTM dan anak ketiga di sekolah menengah.
"Anak-anak ada tanya kenapa saya tak buka kedai, saya jawab sebab nak duduk dengan anak-anak supaya saya tahu mereka pergi mana dan buat apa. Selepas balik berniaga pada pukul 10.30 malam, saya akan semak kerja sekolah mereka," katanya yang mementingkan pelajaran anak-anak.
Sumber mStar
Sehingga kini, sudah 18 tahun Azie mencari rezeki dengan menjual nasi kerabu, nasi berlauk dan nasi lemak. Dia juga 'enjoy' dengan cara kerja seperti itu yang baginya tidak serabut dan lebih mudah bersama keluarga. - CARI
|