CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9179|Reply: 15

[Tempatan] Bawa Beg Macam Nak Pindah, Rakyat China Sedang Hijrah Ke Malaysia?

[Copy link]
Post time 19-1-2025 12:57 PM | Show all posts |Read mode



Satu kenyataan di media sosial baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila seorang penumpang penerbangan Shanghai Airlines berkongsi pemerhatian menarik tentang budaya penumpang warga China ke Malaysia.

Menurut hantaran itu, penumpang dari tanah besar China dilihat membawa bagasi yang besar dan berat, seperti untuk berpindah berbanding melancong.

Fenomena ini sangat berbeza dengan situasi di penerbangan lain, seperti dari Osaka ke Shanghai, di mana penumpang China dilaporkan membawa lebih sedikit bagasi.

Penulis posting tersebut mengaitkan perkara ini dengan kemungkinan gelombang perpindahan rakyat China ke Malaysia.

Dia menyatakan bahawa penerbangan itu penuh sesak sehingga sukar untuk mencari ruang bagi beg tangan kecil mereka.

Keadaan ini mencetuskan tanda tanya – adakah lebih ramai warga China merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai rumah baru mereka? Mengapa Malaysia menjadi pilihan?

Posting tersebut turut menyatakan kebimbangan, “Suatu hari nanti, majoriti rakyat Malaysia mungkin bukan lagi ‘Malaysian sebenar’.”

Kenyataan ini mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Ada yang bersetuju dan risau tentang identiti kebangsaan, manakala yang lain menegaskan bahawa Malaysia terkenal dengan sifat keterbukaan dan kepelbagaian budaya.

Malaysia telah lama dikenali sebagai destinasi yang menarik bagi rakyat asing, khususnya dari China.

Sebab utama adalah kerana program Malaysia My Second Home (MM2H), yang menawarkan peluang untuk warga asing menetap di Malaysia secara jangka panjang.

Selain itu, Malaysia menawarkan kos hidup yang lebih murah berbanding bandar utama di China.

Hubungan budaya dan sejarah, di mana komuniti Cina di Malaysia yang besar mungkin menjadi faktor tarikan bagi warga China yang ingin berpindah.

Seperti biasa, media sosial menjadi medan perdebatan hangat.

“Baguslah kalau ada pelaburan masuk ke negara kita. Ekonomi akan berkembang.”

“Malaysia adalah negara yang menerima semua bangsa.”

“Adakah ini bermakna kita semakin kehilangan identiti sebagai rakyat Malaysia?”

“Kerajaan perlu lebih tegas mengawal migrasi asing.”

Jika benar terdapat peningkatan perpindahan ke Malaysia, ini mungkin membawa manfaat ekonomi tetapi juga cabaran sosial.

Sumber: The Vocket

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2025 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
second home katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 03:09 PM | Show all posts
Ko pernah tengok luggage ummah pergi haji dik. Adakah mereka nak migrate?

Banyak mana pun tetap ada limit tak mungkin nak bawa periuk belanga macam orang pindah. Baik beli di sini ja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 03:19 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 19-1-2025 03:21 PM

Bukankah mereka nak merayakan "Tahun Baru China" secara "Besar-Besaran dan Megah" di negara yang menurut mereka juga adalah "Home Land"  mereka ..?

Jika memang benar seperti itu .. Maka berikan sambutan "Selamat Datang" dengan santun, baik dan hormat kepada mereka semua yang akan datang ke negara anda ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-1-2025 03:09 PM
Ko pernah tengok luggage ummah pergi haji dik. Adakah mereka nak migrate?

Banyak mana pun tetap ada ...

Tak payah le pi haji nengok saja perempuan nak gi holiday dlm negeri 3H2M pun cam gini gak beg nya.  Akan tetapi nengok sajalah aweks china ni bergaya masa melancong ke malaysia is not impossible juga bawa baju banyak, also bawa makanan dan mungkin juga ada baju tebal balik china musim sejuk.  
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Chinadoll baaanyaaak dekat Penang dik.. mmg beza yaa muka amoi cina mainland dgn cina local. W/pun kulit cina cerah tp cerah cina mainland xsama cerah dgn cina local. Pelat cakap pun lain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2025 04:20 PM | Show all posts
Perangai macam rohingya jugak ni
Suka menyemak kt negara orang dgn perangai busuk dia

Datang melancung lah buka perniagaan lah
Pastu kutuk org tempatan
Ko pergi negara lain berani tak ko kutuk local sana

Korang tak di alu alu kn dtg ke malaysia
Sila pergi ke  negara lain  jgn menyemak kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ramai dah kan dkt sini
Malas nak komen lebih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2025 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila bagi kuasa kat ummah yang satu ni.......gini la jadinya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Amoi kena lama maaa....tu yg bawa brng tuk 3 bln..duduk 1-2 hari..belum dpt customer lg maaaaa........
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
yg berjuta masuk tak keluar2 tu dah dikenalpasti ke kira halal la dok msia neh??
nak memohon perambat pun mcm buang ailio jah.
msia ni kene kutok kiri kanan tapi menjadi idaman penghjrahan ummah pprt
prc,yindon, bangla, rohingya, vietnam,myanmar, thai...sesuai betul nama malaysia truly asia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai cina mainland mai belajar kat sini
Kat UKM ni pun ramai
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-1-2025 03:09 PM
Ko pernah tengok luggage ummah pergi haji dik. Adakah mereka nak migrate?

Banyak mana pun tetap ada ...

takda nya pegi haji mcm nak pindah. klundaei china tu mmg ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
syamzana replied at 19-1-2025 08:02 PM
yg berjuta masuk tak keluar2 tu dah dikenalpasti ke kira halal la dok msia neh??
nak memohon peramba ...

ko tau tak pasal fitnah berjuta masuk ni..tuan punya komen tu dah minta maaf takut kena saman? tapi fitnahnya merata dah disambut
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
MelahJanda replied at 19-1-2025 09:06 PM
ko tau tak pasal fitnah berjuta masuk ni..tuan punya komen tu dah minta maaf takut kena saman? tap ...

tatau...tq utk pemberitahuan

nah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by olaklempit at 19-1-2025 10:17 PM

Memang ramai pun yg masuk negara ni pastu ke mana agaknya? .....pihak berkuasa boleh tak meronda selalu..tak nampak penguatkuasa merayau jalan ronda2. Yang ramai nampak adalah warga asing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.174729 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list