CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8018|Reply: 31

jumpa patung firaun amehotep III (datuk tutankhamun)!!

[Copy link]
Post time 4-10-2010 05:42 AM | Show all posts |Read mode
Patung Firaun Amenhotep III ditemui

GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan patung Firaun Amenhotep III yang ditemui di Kom el-Hittan, Luxor, Kaherah.



KAHERAH - Ahli-ahli arkeologi menemui patung Firaun Amenhotep III di Kom el-Hittan di bandar Luxor, kata Kementerian Kebudayaan Mesir kelmarin.

Firaun itu memerintah hampir 3,400 tahun lalu dan merupakan datuk Firaun Tutankhamun yang memerintah pada abad ke-14 Sebelum Masihi.

Sekumpulan ahli arkeologi menemui patung itu yang mengandungi ukiran kepalanya memakai makhota di lokasi sebuah kuil Firaun Amenhotep III di tepi tebing Sungai Nil.

Kuil itu telah musnah kemungkinan akibat banjir. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 07:41 AM | Show all posts
wow! penemuan terbaru,   lepas ni sure para ahli arkeologi akan terus siasat keturunan tutankhamun selepas berjaya menemui atuknya..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:00 AM | Show all posts
atas kapla dia tu, mahkota ke atau kepla bonjol. Cam otomen taro jer
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 08:12 PM | Show all posts
atas kapla dia tu, mahkota ke atau kepla bonjol. Cam otomen taro jer
rayyanrafael Post at 4-10-2010 10:00



    hehe... sokong sokong.. cam ultraman hehe
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 09:07 PM | Show all posts
yg tiang hitam putih 2 tongkat dye ek,{:2_68:}
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 10:12 PM | Show all posts
yg tiang hitam putih 2 tongkat dye ek,
hex4geno Post at 4-10-2010 21:07


hehe.. buat lawak la hang neh.. sah sah tuh kayu untuk mengukur ketinggian patung tersebut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2010 11:28 PM | Show all posts
atas kapla dia tu, mahkota ke atau kepla bonjol. Cam otomen taro jer
rayyanrafael Post at 4-10-2010 10:00



    sanggul tu. ala2 amy winehouse
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2010 11:29 PM | Show all posts
byk gak firaun kat mesir nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 01:05 AM | Show all posts
ne datuk firaun ..yahudi tu kira suku sakat firaun gak la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 08:27 AM | Show all posts
yahudi keturunan firaun ke??
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 09:05 AM | Show all posts
x pasti lak. biarkan lah dia. lagipun x semua firaun yg jahat.
sebab, firaun bukannya nama orang, cuma gelaran untuk raja mereka jer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 10:21 AM | Show all posts
memula dulu....aku ingat firaun nie sorang jea empunya milik....rupa2nyer ramai firaun nie....lps aku lepak dlm thread nie br aku tahu......iskkkk....iskkkk....naifnyer aku dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 11:24 AM | Show all posts
yahudi keturunan firaun ke??
ejensemit Post at 5-10-2010 08:27



    nope, diorang keturunan nabi ishak, anak nabi ibrahim melalui siti sarah, while keturunan arab keturunan nabi ismail, anak nabi ibrahim melalui siti hajar. kaum yahudi ni terkenal ngan kedegilan n kesombongan diorang selain dikurniakan akal yg lebih baik berbanding kaum lain. walaupun nabi musa dah tunjukkan mukjizat dia ats bantuan Allah swt, dorang still senang terpseong walaupun nabi yg memimpin masih hidup time tu. contohnya masa nabi musa tngglkan dorang kejap bwah jagaan nabi harun yg Samiri buat patung lembu @ anak lembu emas.

p/s: kalau xbetul bagitau eik, takut gak bagi fakta menyeleweng...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 11:41 AM | Show all posts
nope, diorang keturunan nabi ishak, anak nabi ibrahim melalui siti sarah, while keturunan  ...
Syfuel Post at 5-10-2010 11:24 AM


kalo xsilap.. time yang nabi musa tinggalkan kaum die pada Harun tu ade crite dajjal kan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 11:46 AM | Show all posts
kalo xsilap.. time yang nabi musa tinggalkan kaum die pada Harun tu ade crite dajjal kan..
ejensemit Post at 5-10-2010 11:41



    hmm, syfuel xpernah dgr plak citer ni , story skit...   boleh tmbh ilmu pengetahuan pagi2 ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:08 PM | Show all posts
Syfuel Post at 5-10-2010 11:46 AM


Asal usul DAJJAL


Inilah "Manusia Iblis" pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir. Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. kedua-dua ibubapanya itu adalah merupakan adik beradik seibu sebapa. Mereka bersekududukan tanpa nikah dan apabila orang kampung mengetahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke kampung pendalaman bernama Samiri di negeri Mesir.


Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan juga membelah kayu api. Setelah beberapa ketika tinggal didalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan di sebuah kuil jauh dihujung kampung itu.



Sang Isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kampung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuah patung anak lembu. Mereka berdua pun membersihkan kuil itu dan memulakan upacara memuja dan memohon pertolongan dewa patung anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak beberapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulan (didalam haid) di dalam kuil dan dihadapan patung anak lembu itu.


Maka ia pun menceritakan perkara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh didalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah si isteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ke telinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan orang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar di dunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi ke kuil kecil untuk melahirkan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisik kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malaikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu didalam tidurnya, Malaikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tanpa mengetahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah swt yang juga dimakbulkanNya.


Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malaikat Jibril as dan diletakkan di benua Antartik di dalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa. Perkara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan membersihkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi Harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as mendatangkan Nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat pijak kaki kuda Malikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka lemparkan kepada Nabi Musa as.


Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari di Bukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dihalayak kaum Nabi Musa as iaitu Bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada "Tuhan" Nabi Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat pijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patung itu diletakkan di hadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah "tuhan" Nabi Musa as. Kaum Bani Israil yang selama itu mencari-cari Tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patung anak lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah swt. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi Harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya ?


Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malikat Jibrai as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat di dalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu di bahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Bermuda Triangel yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas di permukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tanggkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggih untuk perang akhir zaman nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun ke permukaan bumi. Maka peluang itu dimanfaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar di muka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh bala tenteranya, diheret dan disumbatkan di dalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Haiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.


Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup didunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasullah saw untuk bertarung. Saidina Omar yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi SAW sendiri dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tudak akan mati ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal. Jika pun Saidina Omar berjaya membunuhnya disitu, Nabi SAW bersabda, hukuman qisas akan dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tanpa sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syarak. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2010 12:09 PM | Show all posts
kopipes je tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:27 PM | Show all posts
kopipes je tuh..
ejensemit Post at 5-10-2010 12:09



    oh, menarik2.....   thanks sebab kongsi!! lewat sikit reply sbb nak try faham the whole story....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:34 PM | Show all posts
oh, menarik2.....   thanks sebab kongsi!! lewat sikit reply sbb nak try faham  ...
Syfuel Post at 5-10-2010 12:27 PM


ade kaitan dgn crite ko td tu kn...???
bab yang muse tinggalkan kaumnye..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2010 12:47 PM | Show all posts
ade kaitan dgn crite ko td tu kn...???
bab yang muse tinggalkan kaumnye..
ejensemit Post at 5-10-2010 12:34



    yup, masa pertengahan cerita...   kaum yahudi memang terkenal ngan bijak pandai, tai cukup sombong, tulah antara sebab kenapa diorang tak boleh terima kenyataan yg Nabi Muhammad datang dari keturunan arab, bukan Bani Israil. Tapi diorng fail nak perasan, lagi banyak nabi dari keturunan diorang, lagi menunjukkan hati diorang senang terpesong...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.387086 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list