View: 599|Reply: 5
|
Tikam Rakan Kerana Nyanyi Lagu Ejek Nama Majikan
[Copy link]
|
|
Hanya kerana tersinggung dengan lagu yang dinyanyikan rakan, lelaki mabuk menikam mangsa sampai mati dalam satu kejadian di Siantar Utara, Kota Siantar.
Menurut polis, suspek dikenali sebagai Benni Sitanggang, 36, membunuh rakannya, Ricardo Sihotang, 37, kerana tidak berpuas hati dengan lagu yang dinyanyikannya yang disifatkan memburukkan nama majikan tempatnya bekerja.
Gambar hiasan
Ketua Polis Siantar Utara, Herli Damanik berkata, kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mabuk ketika insiden berlaku.
“Berang dengan lagu yang dinyanyikan yang seperti mengejeknya, suspek mengekori mangsa ketika dia keluar dari kedai minum tersebut.
“Tidak membuang masa, suspek terus menikam mangsa dari belakang menggunakan pisau, menyebabkan mangsa jatuh tersungkur.
“Penduduk setempat yang menyaksikan insiden itu bergegas mendapatkan mangsa dan membawanya ke hospital, manakala suspek melarikan diri,” ujarnya.
Ketika menerima rawatan, mangsa yang mengalami pendarahan serius disahkan meninggal dunia dan polis kini giat memburu suspek.
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la
dahla mabuk pastu pembunuh plak |
|
|
|
|
|
|
|
uik. sayang betul pada majikan dia, sampai orang lain ejek kena bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
Masa tikam tu mabuk. Lepas tikam, sedar buat silap, boleh pula dia melarikan diri.. Hmmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman: Masa tikam tu mabuk. Lepas tik ...
Itulah dinamakan kemabukan terpilih kome.. kehkehkeh
Klu die.bunuh waktu xmabuk, mgkin hukuman lbh pjg..klu buat jenayah waktu mabuk..nanti ada NGO prihatin... kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
| |
|