CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 639|Reply: 3

Kalau Meletup Semua Mati- Pakar Cemas Nak Bedah Untuk Keluarkan Bom Aktif Tertanam Dalam Dada Tentera

[Copy link]
Post time 14-11-2022 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Sekumpulan pakar bedah Russia berdepan detik mencemaskan apabila terpaksa mengeluarkan sebutir bom yang masih aktif dari badan seorang anggota tentera.


Anggota tentera itu, Nikolay Pasenko, 41, cedera parah pada minggu lalu apabila unitnya diserang hendap oleh pasukan tentera Ukraine.


Ketika mahu melakukan serangan balas, tiba-tiba berlaku satu letupan kuat berlaku sehingga menyebabkan bahagian dada Pasenko cedera parah.


Sebutir bom aktif tertanam dalam dada anggota tentera Russia selepas dia mengalami kecederaan semasa bertempur dengan askar Ukraine. Foto: Agensi





Pasenko kemudiannya menyedari dia terkena serpihan pelancar roket tentera Ukraine yang meletup, menyebabkan sebutir bom ‘tertanam’ di dalam dalam dadanya.


Anggota tentera berusia 41 tahun itu dikejarkan ke hospital di Belgorod, 40 kilometer ke utara sempadan Ukraine.


Imbasan sinar X mendapati kesan letupan itu menyebabkan paru-parunya koyak dan saluran darah utama terjejas.


Selepas dimaklumkan terdapat bom tertanam dalam dadanya, Pasenko pada mulanya enggan membenarkan pakar membedahnya mengeluarkan bahan letupan itu kerana bimbang kesannya.


“Saya tidak mahu bom itu tiba-tiba meletup semasa ia dikeluarkan, bukan sahaja saya mati, semua yang berada berhampiran juga akan terkorban,” katanya.


Namun, selepas berunding dan mendapatkan nasihat pakar, pembedahan dilakukan dengan pakar perubatan memakai sut khas antiletupan.


Pembedahan itu berjalan lancar dan Pasenko kini dalam proses pemulihan. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2022 08:04 PM | Show all posts
while in malaysia scan tengok baby dalam perut tiada color, kt rusia dah keluar xray ada color?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 10:00 AM | Show all posts
ha berpeluh gak la gini. mpos sama2
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2024 08:25 AM | Show all posts
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.077278 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list