View: 3209|Reply: 43
|
Kerja Baru Sebulan Gaji RM900, Berangan Nak Loan Bank RM90 Ribu Untuk Buat Kenduri Kahwin
[Copy link]
|
|
Baru masuk kerja sebulan, lagaknya seperti bekerja selama bertahun-tahun.
Malah dengan slip gaji bulan pertama, seorang pemuda begitu berani ke bank untuk memohon pinjaman kewangan.
Berkongsi cerita, Khairun Naim berkata, kejadian berlaku pada 2010 ketika dia berkhidmat sebagai juruteknik kawalan serangga dan rakannya mengajak untuk menemaninya ke bank.
Gambar Hiasan
"Ketika itu, gaji basic juruteknik lebih kurang RM900, campur elaun dan OT dapat RM1,000. Tapi disebabkan member tu baru bekerja, hanya dapat gaji basic.
"Rupa-rupanya member tu nak apply loan. Kami jumpa seorang pegawai bank. Dia bawa payslip yang sekeping tu sebab baru kerja sebulan," katanya.
Khairun yang kini berusia 31 tahun memberitahu, pegawai bank itu kemudian meminta dokumen dan dia hanya menunjukkan satu-satunya penyata gaji yang dimiliki.
"Takkan satu je? Tanya pegawai bank. Dia cakap, dia baru kerja sebulan jadi baru ada satu sahaja penyata gaji. Tak boleh kalau baru kerja nak apply loan. Awak nak apply berapa loan?
"Member tu dengan muka selamba jawab nak apply RM90,000. Boleh tak? Gaji RM900 tapi nak apply loan RM90,000," katanya yang berasal dari Lipis, Pahang.
Seperti yang dijangka, pegawai bank berkenaan memaklumkan rakannya mengenai status kelayakannya dalam memohon pinjaman.
"Awak tahu tak kalau loan RM90,000, bayaran balik bulanan nak dekat RM2,000. Gaji awak RM900, awak nak bayar macam mana?
"Budak tu relaks je jawab, tak apalah saya kerja buat OT. Cukuplah nanti nak bayar, saya boleh bayar punya.
"egawai bank tu cakap tak boleh dik kalau gaji macam ni nak apply RM90,000, (gaji) RM2,000, RM3,000 belum tentu lulus loan. Lagipun awak tu baru je sebulan kerja," ujar Khairun mengimbas kembali perbualan di sebuah bank lebih sedekad lalu.
Berang dengan jawapan yang diberikan oleh pegawai berkenaan, rakannya itu memaklumkan untuk membuat permohonan pinjaman di bank lain.
"Dia membebel dalam kereta, orang nak apply loan pun tak boleh. Kita kalau ada duit, tak adalah kita apply. Saya malas nak layan, saya senyap je,” katanya.
Bercakap kepada mStar, Khairun berkata, dia hanya mengenali pemuda yang ketika itu berusia pertengahan 20an selama lebih sebulan semasa mereka sama-sama bekerja di Bangi, Selangor.
"Kami sudah lost contact. Saya memang speechless sangat apabila dia sebut jumlah loan tu. Saya ingat dia cuma nak mohon pinjaman RM4,000 ke RM5,000 je.
"Itu jumlah yang logik untuk gaji kami pada masa itu bagi kelayakan pinjaman," katanya menerusi perkongsian video di TikTok.
Rakannya memberitahu pinjaman berjumlah RM90,000 itu bertujuan untuk majlis perkahwinan yang bakal berlangsung tiga bulan lagi dan bakinya boleh digunakan sebagai deposit untuk membeli kereta.
"Esoknya, tiba-tiba dia cakap minggu depan nak berhenti kerja. Sebab berhenti, katanya susah bekerja syarikat sebelum itu, payslip tak laku nak buat loan.
"Katanya kerja baharu di kedai hardware dengan gaji RM910. Tempat kerja lama, gaji RM900. Tempat kerja baharu gaji RM910.
"Dia harap dengan tempat kerja baharu nanti lepas dapat payslip, dia nak cuba lagi apply loan dekat mana-mana bank. Saya tak faham betul, itulah tak ada common sense," katanya.
Menurut Khairun yang kini merupakan eksekutif pemasaran di Kuantan, perkongsiannya mengenai bekas rakan sekerja itu untuk wajar dijadikan iktibar dalam kalangan masyarakat.
"Moral of the story, kita perlu tahu betapa penting pendidikan kewangan dalam kalangan rakyat di Malaysia. Nak buat loan kat bank pun kena ada common sense," katanya yang tidak mengetahui status perkahwinan rakannya itu. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak je jumpa spesis mcm ni.
Kalau loan tak lepas marah bank sebab tak luluskan.
Bila dah dapat loan pun maki bank bila dah tak mampu bayar/opr naik. Ckp bank makan duit riba, masa sign permohonan tak da pulak fikir halal haran, riba. Elok mati je la korang |
|
|
|
|
|
|
|
budak tu mesti diakal2kan oleh sumone...sbb tu dia gigih panjat bank |
|
|
|
|
|
|
|
Content tiktok segala nak bawak masuk CI ke? Semak la |
|
|
|
|
|
|
|
Kejadian ni sudah berapa lama berlaku. Dia pun dah tua. |
|
|
|
|
|
|
|
Sikitnya gaji kalau 2010-2011 pun. Ingatkan thn 90an tadi. RM 900 je? |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 15-11-2022 11:33 AM
Kejadian ni sudah berapa lama berlaku. Dia pun dah tua.
Xde lah tua sangat, 31 umur dia |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 15-11-2022 11:33 AM
Kejadian ni sudah berapa lama berlaku. Dia pun dah tua.
definitely BUKAN current issue |
|
|
|
|
|
|
|
Menda dok buat konten,aku berbau ikan. Unless mamat yg digossip tuh oku masalah pembelajaran. |
|
|
|
|
|
|
|
tolong la pesan kat kawan ko tu bang..jangan nampak bebal sangat..aku dengar pon menyirap... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ramai je gini sbb dorg tak tahu yg loan kena setimpal dgn gaji...ko mohon aeon pun dorg tgk gaji ... Susah kalo baru mula keja dah simpan angan2 nk buat loan nih |
|
|
|
|
|
|
|
ramai orang macam ni
sama macam orang yang percaya kerajaan boleh bagi tol percuma, hapus hutang ptptn, minyak tahap venezuela punya harga etc |
|
|
|
|
|
|
|
Satu kapal dgn yg gaji rm1.5k nk pakai H kut
Sakai |
|
|
|
|
|
|
|
asal jgn minta orang lain jadi guarantor...
|
|
|
|
|
|
|
|
anak masuk sekolah pun loan tak habis bayar nti tu |
|
|
|
|
|
|
|
kawan aku pas kerja 3bulan buat loan rm100k nk kawen dan deposit kereta |
|
|
|
|
|
|
|
amboi, gaji sikit tapi nak pinjam bayaran bulanan lebih dari gaji.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti somebody menghasut, umur 31 patut dah ada simpanan/ gaji lagi mahal dari 900 |
|
|
|
|
|
|
|
Pinjam 90k tapi lupa nanti kna bayar balik 100k+++ pasal termsk interest....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|