CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4447|Reply: 74

Lelaki Pesan Lasagna Di S**ret R***pe, Sekali Sampai Dapat Berminyak Teruk Dan Masih Beku

[Copy link]
Post time 15-11-2022 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah restoran kerana hidangan lasagne yang dipesannya lebih mirip laksa kari yang berminyak menerusi media sosial Twitternya.


Video yang dimuat naik menerusi akaun media sosial Amirul Kalif Syde itu memaparkan semangkuk lasagne dipenuhi minyak dan keju serta masih beku.


Foto: Twitter




“Saya memangil staf restoran dan mengacau minyak hidangan itu di hadapannya sambil bertanya adakah lasagne seperti ini dan dia mengiakannya,” katanya yang bertanya soalan sama sebanyak dua kali namun tetap mendapat jawapan sama.


Susulan itu, video tersebut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial yang meluahkan pendapat masing-masing.


“Ada sesetengah masyarakat tidak tahu bahawa semua makanan yang dihidang di restoran ini adalah makanan beku dan hanya perlu dipanaskan termasuk kek,” ujar seorang pengguna.


“Abang fikir staf restoran itu tukang masak? Itu makanan sejuk beku yang hanya perlu dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang dan tinggal dihidangkan kepada pelanggan saja,” tulis seorang lagi pengguna.







Dalam pada itu, terdapat juga dalam kalangan pengguna yang menggunakan isu kenaikan harga barang sebagai punca kualiti makanan menurun.


“Kebanyakan hidangan makanan di restoran sekarang sudah tidak sesedap sebelum pandemik dulu. Mungkin kos bahan mentah meningkat. Zaman sekarang memang zaman susah,” ujar seorang pengguna.


“Sejak perintah kawalan pergerakan yang lepas, banyak barang naik harga dan kita pun memahami daripada segi harga. Tapi, kualiti perlulah dijaga. Jangan pula semakin mahal, semakin teruk. Jika diberi kepada Oyen (kucing) pun dia akan jeling saja,” komen seorang pengguna lain. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
X masakkan betul2 la tu…next time tag n hashtag la SR…baru betul2 viral
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 05:55 PM | Show all posts
sama mcm pasta kat pizza hut, dominos...semuanya mmg frozen n diaorg panaskan balik je
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun frozen food reheat la betul2. Dh la overpriced makanan dkt SR ni. Mmg hangin la dpt makanan sejuk gitu. Baik beli frozen food dkt supermarket balik rumah reheat sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg x sedap pun kt SR tu tp ramai jer ummah yg mkn kt situ bila hujung minggu dan ms lunch weekdays
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lasagne kat Dave Deli's meols sedap siap ada gravy (ni mkn masa 98 dulu) setiap mgu meols bedal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2022 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi ke dave’s deli kat subang parade tu? Legend tempat tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Order spaghetti d pizza hut, kuah nya cair sgt..mcm mkn sup tomato
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pp_gurl replied at 15-11-2022 05:55 PM
sama mcm pasta kat pizza hut, dominos...semuanya mmg frozen n diaorg panaskan balik je

Iya sis rasanya semua orang tahu tu sis. Cuma isunya sekarang dia tak panaskan dlm microwave betul2 lepas tu terus hidang jah kat customer sis. Ataupun dia tak reti guna sis. Dia mungkin ingat bila dah panaskan 2 3 lasagna sekali gus, boleh pakai setting yang sama jah macam panaskan 1 lasagna sis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sdp kan....SR punya lasagna dan mknn Lain dia pon. Kek pon rasa ubat. Dulu2 masa 2000an popular sgt SR. Skrg da banyak pilihan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 07:24 PM | Show all posts
kalu secret recipe, slalu makan mee kari...kalu nak makan pasta or lasagna slalu makan kat porto romano intermark...sedap

lama tak makan kat secret recipe, kalu teruk camnie service kena cancel lah jawabnyer

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
makita replied at 15-11-2022 06:10 PM
Lasagne kat Dave Deli's meols sedap siap ada gravy (ni mkn masa 98 dulu) setiap mgu meols bedal

I pn letak standard klu lasagna kt kedai mcm ni Dave Deli’s pnya plg sedap okehh… zmn muda2 dlu wktu skolah sepupu iols slalu beli lps tu msuk UPM kt the mines ada Dave Deli’s ni mmg sdp lh membeli nyaa.
Skang dh xda nmpk kt KL/ slangor DD ni…last time kt Penang ada kt mall apantah tp x masuk lh rsa kot masih sama or x
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari dulu lagi food dekat SR ni mcm bngsattt dan mahal giloss
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu2 SR ni mmg sedap, lama2 ke laut dh kualiti, lama dh tak makan SR, even kek dia pun mcam dh jemu makan..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
I rasa tak berbaloi makan kat SR, bayar mahal setakat nak makan makanan frozen yang rasa so so/tak sedap
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Mee sup beef vetnam nyum2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Makanan sr biasernyer sedap
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:12 PM | Show all posts
baik makan sup kambing. berminyak pun rasa kambing , bukan rasa microwave
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
SR is so yesterday dah. Kualiti n rasa dah out byk. Pernah juga order lasagna, yg dpt cheese nya dah masam...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:19 PM | Show all posts
DAJJEI

mesti tukang masak tu kena tipu , minyak turun rm1.50 sen seliter muahhahahahahhaha

berlinang minyak serupa berlinang air mata gang pangkah PH

PADAN MUKA NAK SANGAT PH , PANGKAH PH DAPAT DAP

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.925474 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list