CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2235|Reply: 39

Ada Pelajar Terpaksa Guna Duit PTPTN Untuk Balik Mengundi

[Copy link]
Post time 15-11-2022 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Ramai pelajar universiti berada dalam keadaan dilema apabila terpaksa menghabiskan duit hasil bekerja sambilan semata-mata pulang ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini.


Lebih parah apabila ada yang terpaksa menggunakan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan biasiswa untuk membeli tiket pengangkutan awam atau membayar kos petrol dan tol jika menaiki kereta.


Ketika hati masih berbelah bahagi, mereka mempunyai kesedaran menunaikan tanggungjawab kepada negara untuk keluar mengundi.


Di Melaka, seorang pelajar jurusan akhir Ijazah Sarjana Muda Tekno­usahawan, Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Siti Haajar Patta, 23, berkata, dia berhabis kira-kira RM700 untuk pulang ke Sandakan, Sabah pada Khamis ini.




Gambar hiasan




“Saya guna duit upah tolong kawan berniaga air balang dalam kampus dan wang saku PTPTN. Kebetulan ia cuti pertengahan semester dan saya mahu pilih pemimpin di Parlimen Libaran,” katanya kepada Kosmo!.


Di Johor, Seorang pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Muhammad Badrul Amin Abdul Rashid, 25, terpaksa belanja RM500 untuk pulang ke Kulim, Kedah.


“Saya mungkin balik memandu kereta seorang diri, kos pergi balik dalam RM500 termasuk tol dan minyak. Tiket bas pula melambung dan sudah habis,” katanya yang bekerja sambilan di kedai makan.


Di Pulau Pinang, pelajar Universiti Sains Malaysia, Esnita Sonie, 28, berkata, dia bersama tiga lagi rakannya tidak dapat pulang ke Kuching, Sarawak, Lahad Datu dan Tawau, Sabah.


“Kami baru selesai membayar yuran bulan lepas dan duit sudah tiada. Kos balik Tawau mahal cecah RM900 dan terpaksa lupakan untuk mengundi kali ini,” katanya.


Pekerja swasta Nadiya Asman, 26, pula memberitahu, dia tidak balik mengundi kerana belum gaji.


“Kami perlukan undi pos. Perjalanan ke Sarawak memerlukan modal besar,” jelasnya.


Di Kota Bharu, pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Afiqah Liyana Abd. Razak, 23, berkata, dia menggunakan wang pemberian bapa untuk belanja pulang ke kampung bagi mengundi.


“Saya beli tiket bas dua hala ke Johor Bahru pada harga RM100. Saya ada PTPTN tetapi duit itu hendak digunakan untuk bayar yuran pengajian dan tempat tinggal,” katanya.


Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMK Kampus Pengkalan Chepa, Muhammad Saiful Amirul Shahrul Nizam, 23 berkata, dia sudah membeli tiket untuk pulang ke Perak untuk mengundi menggunakan wang PTPTN minggu lalu.


Katanya, wang pinjaman itu merupakan satu-satunya sumber kewangan yang digunakannya sepanjang tempoh pengajian Ijazah Sarjana Muda di UMK.


“Saya teruja untuk pulang mengundi buat pertama kali. Sebagai pelajar, wang PTPTN banyak membantu saya tidak kira sama ada dalam pelajaran atau kehidupan luar kampus,” katanya.


Dalam hal berasingan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu, tidak timbul sebarang isu sekiranya ada anggota tentera yang sudah mengundi.


“Semua kertas undi pos mula dikeluarkan pada 7 November lalu, malah ejen-ejen calon juga telah dimaklumkan oleh setiap Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengenai tarikh pengeluaran undi pos.


“Justeru, tidak timbul sebarang isu kerana ini adalah proses biasa dalam semua pilihanraya sama ada Pilihan Raya Kecil atau PRU,” katanya.




Sumber: Kosmo








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahle aku rasa ni bukan kali pertama kita buat PRU dah 15kali dah. Tapi tahun ni lain mcm je sebab ramai plak beriya nak ngundi.adik-adik yg kt kolej tu watlek watcool jelah dik, buatlah pilihan yg bijak jgn sibuk nak mintak kerajaan suap je
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Student takyah ngundi la. Mentah sangat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli phone, camera or gi jalan2 sampai oversea boleh pulak pkai biasiswa or ptptn..
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 08:51 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Habih...takkan semua kerajaan nak tanggung...masa beli hp mahal2 takdak pulak komplen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2022 09:58 PM | Show all posts
ye betul.. student ptt undi pos je. buang undi kat kolej masing2. klu buat last weekend.. minggu ni dah boleh kira sekali
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2022 10:01 PM | Show all posts
Lagi bodo kalau balik mengundi  guna duit PTPTN  tp undi pula PH  , sudhalah kena kencing cirit bersepaii kata nak bagi pendidikan free , ingat tak izzah celaka anak nuart kentot pernah buat demo nak kan pendidikan free ??

kalau percaya lagi ke PH mmg ko patut  jadi babi saja lahhh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 08:55 AM | Show all posts
.HannahMontana. replied at 15-11-2022 10:01 PM
Lagi bodo kalau balik mengundi  guna duit PTPTN  tp undi pula PH  , sudhalah kena kencing cirit bers ...

tenang dek... sini akak urutkan dada kau..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 18 tahun ni rasa mcm awal sgt plak,
Anak kawan iols masih bingung2 tak tau nk undi sapa? Knp kena undi bagai.
So penyudahnya depa akan undi ikut pilihan mak pak jela
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak, sekarang ni apa masalahnya.  Dulu2 umur mengundi 21 tahun korang gak sibuk berarak memorandum bagai nak turunkan ke 18.  Sekarang cerita sedih pulak kena guna ptptn la, kena keluar duit sendiri la bagai nak mengundi.  Lemah la korang.  Hadap je la.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 09:47 AM | Show all posts
kira kategori mampu juga la
sampai leh pakai duit ptptn bagai
sbb kalau sungguh2 tak mampu
rasanya tak balik mengundi
lebih pikirkan keperluan semula di kolej
btw bila anak masuk U or kolej
mmg parents tak kasi duit lgsg or mcm mana??
kdg2 confuse sedikit
bkn kalau hal mcm gini
biasa parent yang kuar bajet ke??
mohon ampun bertanya soalan gini
sbb sis takde pengalaman lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 01:52 PM | Show all posts
ko hadap je la dik PRU kena keluar duit bagai ni. dah dewasa, kena la ada tanggungjawab pada negara. semua nak merentan nak gomen tolong. generasi stroberi
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 01:56 PM | Show all posts
bkn student je, golongan pekerja yg kerja kat negeri lain pun kena balik jugak.

ingt golongan pekerja ni kaya sgt?

mmg la nmpk mcm kaya ada kereta, tp lps tolak liabiliti, student lg kaya rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Welcome to the adult world!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2022 02:35 PM | Show all posts
lattehazelnut replied at 15-11-2022 12:51 PM
Beli phone, camera or gi jalan2 sampai oversea boleh pulak pkai biasiswa or ptptn..

setuju! holiday dengan bf/gf duduk bilik asing asing boleh je pakai duit ptptn, takde berkira punnnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 02:40 PM | Show all posts
bukan bila PH menang hari tu PTPTN sudah free??? apa lagi ni??? kencing???
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 02:46 PM | Show all posts
jgn le ph....uiii seremmm
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2022 02:56 PM | Show all posts
ipong boleh beli
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.543966 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list