View: 5365|Reply: 86
|
Trend Peningkatan Diabetes Di Malaysia Membimbangkan, Beban Kos Rawatan Melonjak
[Copy link]
|
|
Prevalen diabetes di negara ini menunjukkan trend peningkatan membimbangkan selain beban kos rawatan penyakit itu yang dijangka terus melonjak.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 3.9 juta (18.3 peratus) orang dewasa menghidap diabetes di Malaysia dan hampir separuh daripada pesakit diabetes tidak menyedari status penyakit mereka.
FB Noor Hisham
"engesanan diabetes dan permulaan awal rawatan adalah amat penting dalam pengurusan diabetes dan seterusnya membantu mencegah komplikasi dan kematian pramatang,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan hari ini.
Selain itu Dr Noor Hisham berkata, laporan "The Direct Healthcare Cost of Noncommunicable Diseases in Malaysia” yang dikeluarkan baru-baru ini menganggarkan sebanyak RM4.38 bilion (45.38 peratus daripada jumlah kos keseluruhan) telah dibelanjakan bagi tahun 2017 untuk rawatan diabetes.
"Beban kos ini dijangka akan terus meningkat sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil untuk mencegah dan mengawal penyakit tersebut,” katanya.
Beliau berkata, sebanyak 355,887 individu berumur 40 tahun ke atas telah menjalani saringan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) dari 1 Julai hingga 13 Nov tahun ini.
Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 195,215 (54.85 peratus) disahkan menghidap penyakit tidak berjangkit (NCD) sebelum saringan, 137,380 (38.6 peratus) individu didapati bebas NCD tetapi dikesan mempunyai faktor risiko NCD seperti obesiti, merokok dan mempunyai bacaan tekanan darah, paras gula dan paras kolesterol yang melebihi paras normal; manakala 23,293 (6.55 peratus) adalah sihat.
Seramai 210,414 individu bawah 40 tahun disaring pada tempoh sama dan didapati 84,395 (40.11 peratus) disahkan menghidap NCD sebelum saringan; 97,158 (46.14 peratus) mempunyai faktor risiko NCD, manakala 28,931 (13.75 peratus) individu adalah sihat,” katanya.
Justeru, Dr Noor Hisham berkata, sambutan Hari Diabetes Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema Akses Kepada Penjagaan Diabetes - Pendidikan untuk Melindungi Hari Esok dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran dalam komuniti tentang kepentingan akses kepada perawatan dan penjagaan diabetes.
"KKM menyeru orang ramai mengambil peluang ini untuk memeriksa status Indeks Jisim Tubuh (BMI), tekanan darah, paras gula dan paras kolesterol dalam darah di mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya.
Sumber: Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju kurangkan manis tak kira pemanis yang organic ke apa kurangkan jua sebab tiada bukti boleh kurangkan kencing manis.
amalkan gaya hidup sihat.
kawan kaka sampai xboleh solat sbb sakit saraf kencing manis. bisa kat kaki gigit gigit |
|
|
|
|
|
|
|
Dah Tu kenapa gula tak dicukai sptmana rokok?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah masing-masing makan macam babi. Hidup untuk makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Jaga makan. Kerap exercise
Jaga bmi |
|
|
|
|
|
|
|
Payah depa nie..percaya sangat kat penjual harapan palsu.. konon Tak ambik gula putih ..diam2 order pemanis buatan.
Tak hisap rokok tapi bersembur2 vape pelbagai perisa konon2 .
Tiap tahun tanam azam nak kurus ..tulah Dr bf sampai ke dinner makan makanan segera.sayur ke buah or segala segala serat Tak makan. Tak yah Tanya pasal senaman .kalau boleh semua remote |
|
|
|
|
|
|
|
Utk sapa2 yg ada diabetes, kt klinik gomen depa juai 15 btg jarum insulin rega rm9. Boleh la beli. Kalau tak mau, pandai2 la kurangkan gula kihkihkih |
|
|
|
|
|
|
|
Iols berisiko tinggi hidap diabetes neh..
Sebab tok n mak iols ado..
Isk....takut le plak... |
|
|
|
|
|
|
|
semuanya berbalik kepada diri-sendiri. yang laki tu cuba tanya diri sendiri, ko nak mati pucuk awal ke x? kalau x nak, jaga diri jangan terkena diabetes. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut kena kencing manis, seksa tengok.
Kena limit nasi, air pun iols minum x ada gula
Takut, sebab keturunan ada
Tengok orang² sekarang punya lifestyle pun iols takut, air manis, kek² donat² viral |
|
|
|
|
|
|
|
Macam manalah tak diabetes. Sana sini jual air manis air jagung teh tarik kopi vietnam air cekelat, kek velvet kek batik kek horlick eh banyak lagilaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Rata-rata sekarang desert viral semua tak sanggup tengok kemanisannya.. Base coklat, letak lagi susu pekat, kemudian letak aiskrim, tambah hiasan biskut manis.. tengok pun seriau.
|
|
|
|
|
|
|
|
Remove je laaa subsidi melampau medical.... kalo kena bayor sendiri harus laaa deme semua ada akal.. |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 15-11-2022 09:29 PM
setuju kurangkan manis tak kira pemanis yang organic ke apa kurangkan jua sebab tiada bukti boleh ku ...
Oh gitu kaaa deme sakit kencing manis??? Iols duk ingatkan pesakit diabetes ni tak rasa sakit sbb saraf rosak?
Konpius plak nk |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 16-11-2022 08:30 AM
Remove je laaa subsidi melampau medical.... kalo kena bayor sendiri harus laaa deme semua ada akal.. ...
Wak Kasi tak setuju sbb hakikatnya diabetes is hereditary.
Genetic makeup is also wild card factor dimana org pantang betul pun still boleh kene diabetes.
Maknanya, cukaikan gula 800% mcm rokok. Itu penyelesaian dia |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 16-11-2022 08:31 AM
Oh gitu kaaa deme sakit kencing manis??? Iols duk ingatkan pesakit diabetes ni tak rasa sakit sbb ...
Haah tu kencing manis lah. Cuma rasanya tu sebelum kaki kena amput potong
Dia nak buat kerja xboleh nak solat ada time dia tangguh
Sebab makan pain killer xjalan. Org kena kencing manis ni ujian dia berat ke kiri kanan rasa bisa je
Sebab tu dia org mood selalu spoil. Atau bila hypo dia org cepat marah. Sbb badan out of control. Bila hypo rasa pening gigil nak pengsan sbb gula kurang.
Org hypo kena makan ontime . |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 16-11-2022 08:49 AM
Wak Kasi tak setuju sbb hakikatnya diabetes is hereditary.
Genetic makeup is also wild card facto ...
Mentaliti subsidi kena dikurangkan |
|
|
|
|
|
|
|
glump replied at 15-11-2022 09:52 PM
Payah depa nie..percaya sangat kat penjual harapan palsu.. konon Tak ambik gula putih ..diam2 order ...
Pemanis organik semua tu betul ke? Kaka musykil sgt2.
Mcm babi penjual harapan palsu. Orang tu dh lah sakit jual produk babi.bagi testimoni babi.
Ada je sakit lain. Lepas tu bagi testimoni gajah boleh terbang.
Kaka tahu produk testimoni ni banyak kt farmasi!!!!! Harga lg murah berbanding yang ada testimoni..
Kenapa kaka panggil babi? Sebab sakit hati dengar orang makan produk timbang kilo tapi kesihatan xjaga.ubat doctor bagi xmakan ontime. Harap keajaiban berdasarkan testimoni entah betul atau fake.
Kalau produk tu legit ada medical journal dah sah2 hospital beli dan bagi pesakit.
Tips kaka check buah pinggang dulu sebelum nak makan produk begitu. Takut makin jahanam badan. Ambil moderate. Sebab produk2 begitu kategori supplement je bukan ubat. Testimoni jgn percaya
|
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 15-11-2022 10:02 PM
Iols berisiko tinggi hidap diabetes neh..
Sebab tok n mak iols ado..
Isk....takut le plak...
Nenek iols pun ada diabetes semenjak sheols 28 y.o... tp elok je dia jaga makan (i tengok sheols still minum nescafe tarik setiap pagi, makan nasi cam biasa cuma controlled portion tidak berlebihan) and keep active berkebun etc sampai umur 76 meninggal cancer... |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya gula ni kalau nak diikutkan lebih kurang sama je dgn rokok...
Kurangkan gula... Minum air kosong lebih |
|
|
|
|
|
|
| |
|