CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 1

Anwar, Apa Bukti PN Paling Kaya? - Muhyiddin

[Copy link]
Post time 15-11-2022 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti berkenaan dakwaan PN merupakan gabungan politik paling kaya ketika ini.


Menurut Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu, Anwar hanya membuat fitnah semata-mata tanpa mengemukan sebarang bukti.


"Dia kata PN parti paling kaya, tetapi apa buktinya. Kalau hendak buktikan, tunjuk akaun bank antara pemimpin PN dan PH. Anwar Ibrahim boleh tunjukkan tak?




FB Anwar, Muhyiddin




"Kalau dia ada bukti tunjukkan, jika tiada bermakna dia pembohong dan pengundi jangan percaya.


"Sebaliknya kita merupakan sebuah parti baharu, kita tidak mempunyai sumber yang besar, kita bergantung kepada orang yang mahu membantu perjuangan kita, itu sahaja," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Sembang Petang Bersama Abah di Taman Sri Stulang, di sini pada Selasa.


Turut hadir, calon PN bagi kerusi Parlimen Johor Bahru, Mohd Mohtah Yacob.


Pada Selasa, Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa PN menjadi parti politik paling kaya ketika ini ekoran banyak memperolehi projek bernilai berbilion ringgit ketika tempoh pandemik Covid-19.


Dakwa Anwar, semasa Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ketika itu, banyak projek dikeluarkan tanpa tender kepada pihak tertentu.


Sementara itu, Muhyiddin menyelar dakwaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menyifatkan hubungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sebagai perkahwinan mutaah (sementara).


Sebaliknya, beliau menegaskan gabungan BN yang telah melalui proses 'mufarakah' (berpisah) sejak kekalahan mereka pada 2018.


"Dari segi politik hubungan kami cukup baik, mereka (UMNO) kata begitu mungkin kerana bimbang sokongan kita cukup kuat.


"Tiada begitu, sebaliknya BN yang mutaah kemudian sudah mufarakah (berpisah) pula, dahulu 14 (parti komponen) kini hanya tinggal tiga sahaja (UMNO, MCA, MIC)," katanya.


Terdahulu, Mahdzir yang juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar mendakwa gabungan Pas dan Bersatu sebagai perkahwinan mutaah kerana kepimpinan kedua-dua parti itu mengeluarkan kenyataan bercanggah antara satu sama lain.




Sumber: Utusan








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2024 08:15 AM | Show all posts
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.043523 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list