View: 4014|Reply: 21
|
Isteri Bengang Mentua Suka Datang Mengejut Ke Rumah, Bila Mengadu Suami Cakap "Tak Suka Keluarga Saya Ke?"
[Copy link]
|
|
Perkahwinan bukanlah sekadar penyatuan dua jiwa, sebaliknya ia menghubungkan silaturrahim dua keluarga.
Sejurus melangkah ke fasa itu, pasangan pengantin pastinya akan pastinya berdepan pelbagai cabaran untuk menyesuaikan diri dengan keluarga mentua.
Terbaharu, seorang wanita berkongsi luahan hatinya yang kurang senang dengan sikap keluarga mentua kerana sering mencabar kesabarannya.
Menurut pengadu, dia berang apabila keluarga mentua terlalu kerap datang secara mengejut, malah mereka juga gemar bermalam di kediamannya.
Gambar Hiasan
"Sekadar nak kongsi mengenai keluarga mentua yang suka datang rumah tiba-tiba. Bayangkan tengah ada urusan kat luar, tiba-tiba dapat panggilan mentua dah sampai depan rumah.
"Anda rasa? 'Angin' tak orang datang rumah kita tiba-tiba tak maklumkan awal? Datang ramai pula tu, lepas tu bermalam sekali. Janganlah macam tu. Tak baik," ujarnya.
Menurut pengadu, dia turut meluahkan isi hatinya kepada suami, namun seolah-olah dipersalahkan dan dianggap tidak menyukai keluarga mentua.
"Saya dah cakap benda ni dekat suami tapi dia sendiri tak boleh nasihat mak ayah dia. Saya jadi tiada mood apabila selalu kena macam ni.
"Lepas tu suami saya boleh cakap... awak tak suka keluarga saya ke? Ke situ pula pusingnya. Jangan sampai saya tak balik rumah baru dia tahu," ujar wanita itu lagi.
Dia berkongsi isi hatinya menerusi kiriman luahan kepada laman Twitter @ConfessTweetMY yang dimuat naik pada Rabu pagi.
Tweet itu sehingga kini meraih lebih 1,300 ulang kicau dan turut dihujani pelbagai komen netizen.
Selain netizen yang berkongsi pengalaman serupa, mereka turut menasihati pengadu supaya menyelesaikan masalah itu dengan berhemah supaya tidak berlaku perbalahan dengan suami.
"Kita bukannya marah mereka nak datang. Kita mesti nak dalam keadaan yang terbaik untuk terima tetamu. Lagi-lagi mentua. Tak apa, awak pesan je dekat mentua setiap kali mereka datang. Saya selalu pesan dalam nada gembira, jadi tak adalah mereka terasa.
"ernah berada dalam situasi ni. Senang je, cakap maaf tak ada kat rumah. Lepas tu teruskan aktiviti kita di luar sana. Pandai-pandai la mereka hidup, siapa suruh tak cakap nak datang rumah.
"Aku kalau yang suka datang tak dijemput ni, makan memang aku takkan sediakan la. Suami sila sediakan duit bawa keluar makan. Tak menyempat kita balik kerja penat nak makan berhidang dekat rumah.
"Faham sangat. Lepas tu yang kena sediakan tempat tidur, masak, kemas dapur, semua kita. Yang lakinya duduk bersembang je," tulis beberapa netizen.
Namun, beberapa netizen berkata mereka tidak kisah sekiranya ada ahli keluarga datang tanpa diundang, apatah lagi jika ia melibatkan kedua orang tua tercinta.
"Nak buat macam mana? Dah lanjut usia. Kerenah kembali kepada kanak-kanak. Layan je sementara masih ada. Esok lusa, kamu berdua pula merasa macam tu di usia senja.
"Kalau mak ayah atau mak ayah mentua nak datang rumah. Mereka dipersilakan bila-bila masa tanpa kira masa atau ketika. Dimaklumkan atau tidak, tiada masalah," ujar beberapa pelayar Twitter. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
pokok pangkalnya, dimana adab bertamu? |
|
|
|
|
|
|
|
kannn..kena dorang pulak tetiba ada tetamu tau pun penat nk layan. Iols da lama hadap masalah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by esbok at 17-11-2022 02:37 PM
Recap sikit zaman dulu..
Zaman dulu org datang rumah tu memang dalam jangkaan. Budaya ziarah ni bukan budaya pelik zaman dulu. Setiap rumah dia akan ada ruang yang sentiasa kemas untuk terima kedatangan tetamu. Terima kedatangan tetamu ni satu benda yang sangat seronok. Tetamu datang bawak rezeki, keluar bawak dosa. Yang datang confirm akan dijamu, kalau dibiarkan tetamu balik tanpa dijamu apa2, rasa bersalah lah tuan rumah.
Dulu tak semua rumah ada telefon, telefon bimbit hanya untuk orang yang ada2. Jadi bila ziarah, tengok nasib. Rumah ada orang, langkah kanan kata orang lama, kalau takda orang di rumah, bukan rezeki nak berjumpa.
Masuk zaman baru ni, generasi muda tak berapa nak gemar bersosial dengan orang. Lebih banyak me time. Zaman sekarnag zaman serabut, weekend nak top up barang dapur, weekend la kau nak panggil plumber sinki sumbat, weekend lah kau nak buat hobi kau.
Untuk zaman la ni, semua orang dah ada telefon, afdhal nya telefon dulu tanya keberadaan dulu sebelum datang lah. Dedua pihak senang hati.
Tapi kalau ada yang datang mengejut, senyum sajalah, percaya depa datang bawak rezeki
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tagas at 17-11-2022 03:42 PM
esbok replied at 17-11-2022 02:36 PM
Recap sikit zaman dulu..
Zaman dulu org datang rumah tu memang dalam jangkaan. Budaya ziarah ni buk ...
Kann
Zaman mak2 nenek2
dedolu ramai isteri tak bekerja
petang2 jiran dah dtg bertandang
depan umah
sedara mara sekampung
kdg2 dtg mengopi
Different nowadays
Life semakin complex
Zaman laa nih isteri stress sibuk bekerja jg
membantu suami carik rezki
umah pun tonggang langgang
cam tongkang pecah tak sempat kemas
dgn dapur yg berkecah
mertua lak jenis dtg manjang nak carik
point yg bleh di jadi kan bahan menoksik
umpat membawang keji mengeji
sesama ipar
|
|
|
|
|
|
|
|
ya. rindu pulak zaman dulu, zaman sederhana. tradisional dan moden masih balance
|
|
|
|
|
|
|
|
Makcik.pakcik mertua kampung yang biasanya suka datang rumah sedara mara siap pakej tumpang solat tumpang mandi tumpang tidur segala....kdg tu bukan sedara kita pun... I pernah hadap org mcm ni.. Asyik je nak datang rumah tiap2 minggu..dah la pagi tu kita kerja, petang belum sampai rumah depa dah bg tau dah nak sampai rumah ni... Bawa mak mertua dia srkali pulak tu.. Ringan je i cakap kat en suami i tak suka depa dtg rah mcm tu.... Terus dah tak dtg lagi...
Kita ni kerja, sibuk, kejar sana sini... Hujung minggu bukan berehat sangat pun tapi buat kerja yg kita tak sempat/larat nk buat masa weekday jad jgn semak asyik nak datang rumah je boleh?
Ma i pun takde nak datang2 rumah tiap2 minggu or bulan ke.... Dtg kejap2 singgah tu jarang sangat la...kita je yg balik rumah mak.. |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi yang jenis bagitau nak datang tapi tak bagitau kol berapa, bagitau lepas zohor, lepas asar, lepas maghrib..haih...4pm tu pun lepas zohor tau... |
|
|
|
|
|
|
|
Set sek kito jange pecoh ke? Karang tulis SSKJP saja karang, selang berapa baris ada yg tanya apa benda SSKJP tu pulak |
|
|
|
|
|
|
|
bkn la xsuka ader org datang umah.. tapi biler ader anak kecik nie rumah mmg xterurus... mainan bersepah-sepah... baju berlonggok..
rumah yang dah kemas jadi xterurus balik.. tapi kalo bgth awal boleh la kemas skit.... nmpk la senonoh skit rumah tu.. nnt ader la plak kata menantu malas la.. rumah xbersih la.. berbau la.. kalo nk komen banyak benda boleh dicakapkan.. tapi hakikat bagi isteri yang berkerja mereka jer la yang tahu keadaan nyer...
suami pun kena paham jugak.. dua-dua kena ada give and take.. bukan kata mertua parent sendiri pun kalo boleh nk datang tu kabor la awal skit... senang nk kemas... sama jer.. sesaper skali pun kalo nk p ziarah rumah orang amalkan tepon awal2...
|
|
|
|
|
|
|
|
btol.. bagi la time nyer skali... senang la tuan rumah nk urus makan ke aper ke...
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang tak berkenan lah kalau datang tak bagitau. Inform lah dulu 1-2hari sebelum dtg tu. Boleh lah prepare bahan mskan beli siap² ke bilik tetamu bertukar cadar baru, rumah berkemas baju berlipat elok. Kita nak tetamu yg datang tu selesa. Kalau rumah tak prepare apa² karang jadi bahan umpat pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan mak bapak pikir, just because dorang mak bapak, dorang ada hak nak terjah rumah anak & buat sesuka hati, anak menantu kena redho kalau tak, nanti dicop derhaka pulak.
Sebetulnya, sebagai mentua, you have no right to crash into your DIL's house and count her spoons.
Bagilah peluang anak2 mencatur hidup dorang sendiri, mak bapak pegi cari aktiviti sendiri dari ganggu hidup anak2.
Sekali sekala nak ziarah oklah, ini tetiap minggu, bermalam pulak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
yang lagi haru kalau ikut luahan ni, bukan setakat mak pak mentua yang datang tak bagitau, angkut kaum kerabat sekali entah berapa kereta. Siap pakej bermalam pulak tu.
Kesian kat menantu yang nak kena hadap segala, anak lelaki dia mungkin terbongkang bersembang saja.
Dah tu, kadang2 bila hujung minggu kita bukan ada urusan sangat pun, cuma dah penat kerja seminggu, terasa nak rilek2 lepak chill kat rumah sendiri tanpa gangguan. Sekali sekala mentua ipar duai nak ziarah tak apa, jangan sampai tak ada langsung consideration untuk bini anak lelaki dia. Buat macam rumah kedua dia pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by penmerah at 24-11-2022 06:53 AM
Makanya kepada Yang belum berkahwin pikirlah masak2 Dan selidik bakal family mertua
Duduk kampungkah/bandar?
Kampung jauh tak Dari your bakal rumah kelamin
Kalau miskin boleh terima hati terbuka kah?
Rumah bakal mertua kondisi diterima kah
Kene pikir byk2
Kalau mertua dok jauh sikit, of course tiap Kali dtg Akan dok rumah anak (ni kalau mertua tak berapa berada/nak jimat duit/or simply sbb suka dok rumah anak menantu)
Aku ni tak pernah terpikir perkara yg Aku sendiri tulis kat atas
Tapi bersyukur sbb laki Aku pilih Aku berdasarkan perkara yg Aku sebut
Rumah kelamin Kami+rumah parents+ parent in laws semukim berbeza Taman sahaja makanya takde istilah bermalam
Mentaliti Dan economi both families pun Lebih kurang aje
Alhamdulillah Aman damai hidup
Oleh itu dinasihatkan adik2 bujang byk2 fikir Dan investigate bakal mertua sblm kawin ye |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman dulu boleh ahhh mai dtg terjah suka2 sbb selalunya isteri ramai x keja ..skrg buat gitu mmg menjadi kemarahan ar... lagi2 kalo jenis mai jumaat blk ahad ..huiiiii penat ok ...aku dgn kakak2 aku kalo dorg nk mai ke atau aku gi umah dorg . bgtau 2 hari sebelum...tanya hang bz tak...sbb kita pun bekerja...tau cemana rasa penat nk layan |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha..... Adik ipaq I senang je. Kalau kami datang bertandang, suami dia, as known as my brother yang dok layan kami. Dia bantai tidoq. Kami tak tegoq pun. Kami sampai dia tidoq. Pagi esok cuti pun, dia bantai tidoq. Adik kami yang pi cari breakfast. Tapi kami okay je, upbringing dia camtu, awat kami nak campuq. Yang penting, kami dapat tumpang tidur semalam dua. Lepas tu kami balik la. Dia okay je ngan kami, takde masam muka apa eih. Kami pun okay je, dah itu pilihan hati jiwa raga adik kami, terima jelah, asalkan adik kami bahagia. Kita orang luaq jangan campur no. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju yang ini.
kekadang cakap dgn sebelah pihak je nak dtg.
dah tu tak tanya pulak pendapat sebelah pihak lagi
boleh ke tidak dtg
ada hal ke
yg nak dtg pun kena fikir juga
jgn nak ingat kesenangan sendiri sahaja
disebaliknya menyusahkan tuan rumah
|
|
|
|
|
|
|
|
nah mmg nampak kan perbezaan dulu dan skrg
kalau yg faham tu, ok lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
I pernah juga mengalami situasi macam ni. Tapi disebabkan I enjoy mertua datang, maka I okay jah. Mertua jauh, so kalau mereka maklumkan nak datang, we still have 6 7 hours in hand. Biasanya untuk prepare bilik tidur je, tukar cadar dengan letak toiletries dalam bilik air. Lauk pauk ni tak kisah sangat, diorang enjoy makan luar.
But but but if mak I sendiri yang datang. Lain pulak. She will complain, nak lauk yang I masak sendiri and kalau fridge kosong, siaplah kau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|