CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2367|Reply: 8

Pengalaman kena tipu dgn prospective clients

[Copy link]
Post time 13-11-2010 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by gandawang at 13-11-2010 10:47

Assalamualaikum kepada semua forummer board usahawan...

Saya seorang yang berkecimpung dalam bidang financial planning ( melibatkan marketing dan managing, di mana kami sentiasa deal with people ) yang mana kami sangat terdedah kepada risiko ditipu, dianayai dan diperdaya oleh orang2 yang mengaku sebagai prospects.


Saya ingin berkongsi pengalaman ditipu oleh orang2 yg saya sangka sebagai prospective clients,tetapi sebenarnya tidak.


Pengalaman pertama,saya dan group saya buka booth di Midvalley Megamall untuk mencari new prospects, di mana saya mendapat no. hp prospect dari seorang daripada group members yg menyertai booth tersebut ( dia exchange cards dengan pengunjung di sana ). Kesilapan saya dalam kes ini ialah saya hanya sms dengan prospect ini,untuk set for appointment di mana saya bertujuan untuk close deal dengan prospect ini. Prospect ini ( mengaku sebagai perempuan berkerjaya bernama Nadia) memilih untuk berjumpa di area Dataran Maybank Bangsar pada pukul 8 malam.


Hints penipuan padamulanya sudah ada, apabila saya call prospect ini pada pukul 6:30 pm untukconfirmkan
appointment, di mana seorang lelaki yg menjawab



“ Ni kedai repair hp ni, customer ni belumambil lagi hp ni”


“Perempuan” itutidak pernah menjawab call saya sepanjang sebelum appt itu.



Dipendekkan cerita prospect ni postpone appt hingga pukul 11:30 pm di Dataran Maybank, dan saya berseorangan menunggu untuk berjumpa prospect ni sehingga jam 1 am. ( Sy menunggu dari jam 6:30 pm lagi, menghabiskan masa dan tenaga saya tanpa hasil ).


Apabila saya cl balik, memang lelaki yang menjawab dengan gaya gangster


“ Nadia tu bawah jagaan aku, apasal ko nak kacau dia?!”


Terbukti lelaki itumenyamar sebagai seorang perempuan berkerjaya semata2 untuk menganayai seseorang yang berniat untuk close business deal dengannya. Soalan saya apa faedah yg dia dapat dengan menganayai dan membuang masa orang lain seperti ini? Gila betul orang seperti ini.



Saya sehingga hari ini masih menangguhkan untuk membuat laporan polis ( kalau buat pun termasuk bawah kategori prank cl /public nuisance / lying ), saya pun ragu2 sama ada pihak polis mahu melayanreport polis ini atau tidak. Lagipun saya mempunyai banyak pengalaman close deals yang tidak menjadi di mana prospects menolak secara baik ataupun secara honest ( ini juga menghabiskan masa, tenaga dan wang saya ), tetapi saya amat marah apabila masa, tenaga dan wang saya habis dipermain2kan oleh manusia syaitan seperti ini.


Apa pendapat kalian?Apa yg tindakan yg sebenarnya harus saya ambil, kerana saya masih menyimpan no.hp penipu laknat tersebut.


P/S : Apabila ada masa danmood saya akan menyambung lagi pengalaman ini…

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2010 10:37 PM | Show all posts
kalau aku..jgn kata 8 jam nak tunggu..10 minit x de aku cabut
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 11:49 PM | Show all posts
Assalamualaikum kepada semua forummer board usahawan...

Saya seorang yang berkecimpung dalam bi ...
gandawang Post at 13-11-2010 10:41


kalau kene tipu, jgn diamkn, nnti bende tu merebak cm barah..
pi buat report polis, tk kirela kalu polis layan ke tak..

ni sebagai rekod tuk polis kalu dia buat perangai lagi atau sbg amaran kt orang lain..

kalu ada report polis, bole pergi kat telco centre utk dpt kn butiran lanjut hp tu..

bogelkan dia abis2, tepek no. dia kat internet, forum, sebelum dia bogelkn orang lain...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2010 11:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by gandawang at 14-11-2010 00:01
kalau kene tipu, jgn diamkn, nnti bende tu merebak cm barah..
pi buat report polis, tk kirela k ...
batmana Post at 13-11-2010 23:49



    Itu la yg aku sedang rancangkan ni. Aku nak gunakan semua cara untuk kenakan dia balik. Bro, kalau ada apa2 tips dan advice lagi bagi la kat aku. Thanks for your advice btw....

Ni hanyalah satu pengalaman aku ditipu, aku ada satu lagi pengalaman lebih kurang macam ni. Memang laknat la golongan bangsat penipu macam ni, bukannya dapat faedah menipu dan menghabiskan masa orang yg memang nak buat business macam ni...:@
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 03:27 AM | Show all posts
Itu la yg aku sedang rancangkan ni. Aku nak gunakan semua cara untuk kenakan dia balik. Br ...
gandawang Post at 13-11-2010 23:54
amik nomor fon dia, tepek kat tiang tipon, bilik sewa RM100 sebulan kat area chowkit.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 10:55 AM | Show all posts
don't waste your precious time nak balas2..
cukup laa masa yg dah terbuang tu..
anggap jer sebagai dugaan dan cabaran..

learn from the experience so that it will not happen again
think back and find out what cud u hv done differently
that wud hv prevented the thing from happening...
at least ada gak faedah.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2010 12:24 PM | Show all posts
nak biz x bleh senang sentap2...
rugi masa je kan..bukan ribu riban mcm org lain...so move on je la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2010 12:50 PM | Show all posts
don't waste your precious time nak balas2..
cukup laa masa yg dah terbuang tu..
anggap jer sebaga ...
aarie Post at 15-11-2010 10:55



   Aku tengah kumpul feedback dan buat penilaian, better usaha habis2an untuk kenakan bangsat tu balik, ataupun let go dan ambil iktibar je.....tu la, kalau nak balas balik pun makan effort, time and money gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2010 11:35 PM | Show all posts
aku rasa jangan buang masa nak kenakan orang ... learn something from this ...

1) kalau set appointment, toksah tunggu sampai 5-6 jam ... agak2... 1-2 jam tak muncul .. atau nampak mcm prank ... ko buat aje alasan "sy ade appointment lain, kita meeting next time" .. lepas tu blah .. real customer takkan suruh tunggu sampai 5-6 jam...  use your common sense ...

2) ko rugi masa je ... tak rugi duit ..  

3) aku gerenti polis tak layan report macam ni ... byk lagi kes lagi besar polis nak jage yg melibatkan duit hilang/rompak/nyawa hilang ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.230521 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list