View: 593|Reply: 0
|
Impian menjadi kenyataan - Azizul
[Copy link]
|
|
AZIZUL yang dinobatkan sebagai Ikon Sukan Pempengaruh. -FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Bagaikan mimpi menjadi kenyataan buat jaguh basikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang apabila sudah lama menyimpan hasrat untuk melihat Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro untuk diadakan di negara ini sejak dahulu lagi.
Azizul yang dinobatkan sebagai Ikon Sukan Pempengaruh berkata, AIS mengangkat lagi martabat atlet di negara ini sekali gus meniup semangat mereka untuk teruskan perjuangan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
Katanya, AIS cukup berbeza berbanding anugerah yang pernah berlangsung di negara ini apabila menggabungkan tiga elemen iaitu akademik, sukan dan hiburan di pentas yang sama sekali gus mengundang pelbagai reaksi pihak daripada banyak pihak.
"Saya sudah lama mengimpikan supaya anugerah seumpama ini diadakan di negara ini. Malah ia juga berbeza dengan anugerah lain seperti Olahragawan kerana kali ini banyak pihak terbabit sama menjayakannya.
"Anugerah ini seperti yang pernah saya hadir di luar negara apabila atlet terbaik dan popular diberikan pengiktirafan sejajar dengan prestasi semasa mereka.
"Sudah tentunya ia membakar lagi semangat atlet untuk terus mencipta keputusan positif di peringkat antarabangsa," katanya.
Mengikut rekod, sebanyak lapan kategori utama dipertandingkan pada malam tadi iaitu Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru; Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru; Ikon Sukan Paralimpik; Ikon Sukan Jurulatih; Ikon Sukan Persatuan/Kelab; Ikon Sukan Kepimpinan; Ikon Sukan Harapan; dan Ikon Sukan Pempengaruh.
Jaguh silat negara, Mohd Al-Jufferi Jumari meraih kemenangan berganda pada malam kemuncak AIS apabila beliau memenangi Ikon Sukan Lelaki Gardenia Breakthru sebelum dinobatkan sebagai Ikon Sukan Terbaik pada majlis yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, malam kelmarin.
Ikon Sukan Harapan menjadi milik atlet menembak negara Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin manakala Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin pula dinobatkan sebagai Ikon Sukan Kepimpinan.
Populariti juara sembilan kali Piala Malaysia Johor Darul Ta'zim (JDT) sukar digugat sekali gus membolehkan kelab itu mengungguli Ikon Sukan Persatuan/Kelab sementara Ikon Sukan Jurulatih menjadi milik Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek.
Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri dinobatkan sebagai Ikon Sukan Wanita Gardenia Breakthru manakala atlet paralimpIik badminton negara, Cheah Liek Hou memenangi Ikon Sukan Paralimpik dan Ikon Legenda Sukan milik bekas ratu boling negara, Shalin Zulkifli.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... di-kenyataan-azizul |
|
|
|
|
|
|
| |
|