View: 1629|Reply: 11
|
Nazrey Ada Ke Tak Masa Konsert? Raihan Jawab, No Comment
[Copy link]
|
|
Sama ada bekas anggota Raihan, Nazrey Johani akan terbabit dalam Konsert Garis Masa Raihan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18 Februari ini tidak dapat dipastikan apabila anggota kumpulan itu, Che Am enggan memberi sebarang pengesahan.
Che Am ketika ditemui berkata, dia tidak dapat memberikan komen berhubung perkara itu.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan apa-apa komen membabitkan perkara itu," katanya.
 Foto: Harian Metro
Terdahulu, Nazrey ketika ditemubual mengakui sudah bersedia untuk menjayakan konsert berkenaan.
Nazrey berkata, dia juga masih menanti surat hitam putih daripada Raihan untuk terbabit dalam konsert itu.
Dalam pada itu, Che Am berkata, persiapan untuk konsert juga berjalan lancar dan sudah siap sebanyak 80 peratus setakat ini.
"Insya-Allah, konsert ini akan berlangsung seperti dijadualkan. Persiapan membabitkan stadium, pentas, sistem bunyi dan sebagainya.
"Dari segi latihan vokal dan sesi latihan bersama barisan pemuzik juga berjalan lancar dan semuanya memberi komitmen yang terbaik untuk konsert ini," katanya.
Che Am berkata, pihaknya juga menaruh harapan konsert ini berjalan lancar seperti direncanakan.
 Foto: Google
" eminat akan dapat mengimbau kembali rangkaian lagu nostalgia Raihan sepanjang zaman. Mereka juga akan dapat menyanyi bersama sama Raihan di samping membawa generasi baru untuk menikmati hiburan yang mendidik jiwa.
" Konsep konsert ini ialah 'sing along concert' bersama ahli keluarga,"katanya.
Selain Che Am, Raihan dianggotai Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim.
Konsert Garis Masa Raihan sempena sambutan Israk Mikraj ini bakal mengimbau peminat menerusi rangkaian lagu hit kumpulan itu seperti Puji-Pujian, Iman Mutiara, Sesungguhnya, Thank You Allah, 25 Rasul dan Syukur.
Ditanya sama ada Raihan akan buat kejutan atau mengundang artis jemputan lain untuk konsert itu, Che Am berkata, setakat ini belum ada perancangan lagi.
"Cuma ada slot pembukaan tazkirah daripada tokoh agama Habib Ali Zaenal Abidin dan penampilan penyanyi rock legenda Amy Search pada sesi terbabit," katanya.
Terdahulu, konsert Garis Masa Raihan yang sepatutnya berlangsung pada 26 November tahun lalu ditangguhkan kerana faktor tidak dapat dielakkan seperti Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) dan cuaca. -CARI
Sumber: harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
...dan penampilan penyanyi rock legenda Amy Search pada sesi terbabit.
Tetap yeee nilai komersial...walhal tokmy laghaaa jugak in real life... anak pun dah freehair dah yang sonia ke apa tu makin seksi.. apa relevan jemputan eh..
Btw, Cik Nazrey tetap feeling diva ye nak orang menghadap dia jemput dia... kata dah mimpi mimpi bagai nak tinggalkan dunia hiburan, kawan-kawan dah terpesong niat bernasyid katanya... so? apa nak harapkan lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
iman adalah...mutiara...ahhh gitewww |
|
|
|
|
|
|
|
sukati komelah gado la smpi kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
tebal jugak kulit muka nazrey ni yach  |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan.. Raihan x complete without Nazrey... itu ak rase lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 31-1-2023 07:22 AM
iman adalah...mutiara...ahhh gitewww
Astaga aiols automatik ternyanyi lirik ni masa buka tered ni (sebelum scroll bawah nampak komen uols), hahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
shida81 replied at 1-2-2023 09:37 AM
tapi kan.. Raihan x complete without Nazrey... itu ak rase lah...
Nak harapkan suara che am dan rakan2 memang hauk sendu, tkde kekuatan... Berpulh tahun ulang lagu yg sama je kalau perform .. |
|
|
|
|
|
|
|
My Singing Monsters is a popular mobile game, mixes creativity, music, and strategy. It provides users with a fun experience where they may raise, breed, and get different cute monsters—each with their own special musical abilities. |
|
|
|
|
|
|
|
Very good article with lots of interesting Mini Crossword information. I really like your posts |
|
|
|
|
|
|
| |
|