View: 1367|Reply: 9
|
Suka Makan Nasi Lemak Lauk Kek Coklat, Pisang Goreng Cicah Sambal Belacan, Cendol Dengan Ikan Masin
[Copy link]
|
|
Kebiasaannya hidangan nasi lemak akan dilengkapkan dengan kacang tanah goreng, hirisan timun, telur rebus, ikan bilis goreng dan sambal tumis beserta lauk sampingan seperti ayam, ikan, sotong, udang atau daging.
Namun, berbeza dengan seorang lelaki yang dirakam makan nasi lemak bersama kicap, berlaukkan dua biji kek cawan coklat.
Video lelaki dikenali sebagai Roy, 21, itu dirakam oleh rakannya, Muhammad Ikmal Azman, 20, atau lebih mesra disapa Mal.
Foto:TIKTOK
Mal yang berasal dari Keramat, Kuala Lumpur bekerja bersama Roy di sebuah kedai gunting rambut di Bangi, Selangor.
Menurut Mal, ketika pertama kali makan bersama rakannya itu, dia terkejut kerana menganggap kombinasi makanan Roy kebanyakannya pelik dan tidak masuk akal.
"Waktu tu kami tengah lepak makan sementara tiada pelanggan, tiba-tiba kawan-kawan gelak sebab tengok Roy makan macam tu.
"Masa dia buka bungkusan nasi tu, dia terus ambil kek coklat dan makan. Terkejutlah juga sebab rasa macam pelik.
"Saja suka-suka saya rekod dia makan dan muat naik kat TikTok. Tak sangka pula boleh viral sampai dapat views banyak macam tu," katanya ketika dihubungi mStar.
Mal dan Roy sudah berkenalan hampir empat bulan dan sering keluar makan bersama dengan tiga lagi rakannya.
Menurut Mal, Roy yang merupakan anak kelahiran Johor Bahru pernah memintanya untuk merasa kombinasi makanan pelik ciptaannya sendiri tetapi dia memilih untuk menolak dan tidak akan mencubanya.
Selain makan nasi bersama kek cawan coklat, Roy juga pernah mengajak rakan-rakannya untuk makan pisang goreng yang dicicah sambal belacan.
"Sebelum ini dia pernah ajak saya makan macam dia. Tetapi saya tolak sebab rasa macam makanan dia tu tak boleh diterima tekak saya.
"Saya cakap kat dia yang saya tak sanggup nak makan macam tu walau keadaan darurat sekali pun," katanya berseloroh.
Bagaimanapun, Mal memberitahu bahawa dia tidak pernah berasa malu keluar dengan Roy walaupun cara makannya itu mungkin dianggap pelik bagi sesetengah orang.
Tambahnya, dia juga tidak kisah apabila ada netizen yang melabel video yang dikongsi sebagai konten murah dan dikatakan sengaja mencari perhatian kerana menganggap Roy mempunyai cita rasa unik.
"Saya tak rasa malu pun keluar makan dengan Roy sebab bukannya pelik sangat dia makan macam tu.
"Kadang-kadang tu ada la gurau dengan dia tak nak ajak dia keluar makan sebab malu orang tengok. Tetapi saya niat nak gurau sahaja dan dia pun okay sebab dia jenis 'masuk air' juga," katanya.
Bercerita lanjut mengenai video tersebut, Mal berkata Roy tidak tahu rakaman itu dikongsi di TikTok dan tular.
Jelasnya, video tersebut juga menjadi perbualan di tempat kerjanya sehingga mendapat perhatian pemilik kedai gunting rambut.
"Dia cakap malu lepas dapat tahu video tu viral dan tak sangka pula cara makannya itu mendapat perhatian ramai.
"Sampai bos pun tahu pasal video ni. Dia pula yang beritahu video tu dah viral dan tolong update berapa ramai orang tengok," katanya.
Menerusi ruangan komen, ada netizen memberitahu bahawa mereka juga pernah melihat individu lain yang mempunyai tabiat pelik seperti Roy.
"Saya pernah satu rumah dengan budak yang jenis makan Maggi letak dalam peti ais. Bila dah sejuk betul-betul baru dia makan.
"Kawan abang saya pula makan cendol campur dengan ikan masin," demikian antara komen netizen.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang tampil mengakui mempunyai cita rasa pelik sama seperti Roy.
"Relaks bang. Saya makan nasi kandar dengan Twisties perisa barbeku tu. Sedap woi.
"Dia sama macam saya. Saya akan jadikan kuih atau kek sebagai pelengkap kalau tak ada ayam atau telur.
"La ada juga macam saya, Alhamdulillah. Saya makan biskut Tiger coklat dengan nasi goreng," kongsi beberapa netizen berselera luar biasa. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Pisang goreng cicah smbal belacan tu biasa2 je.sama je mcm cicah smbal kicap tu.
Tp mkn nasi lemak dgn kek tu ai xboleh hadam la |
|
|
|
|
|
|
|
Dia nih boleh try nasi goreng Oreo |
|
|
|
|
|
|
|
Alaa.. masuk peyut, semua sama jahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
hasniey: Kalau Pisang goreng cicah smba ...
tula, kek tu desert bukan lauk. lagi sedap makan asing kot...
btw penah pegi rumah japanese friend. dia masak popia pastu makan ngan nasik. baru tau popia dorg jadi lauk sbb kita mkn as snack. tp sesuai la sbb penuh protein dia letak dlm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Heols suka combine rasa savoury and sweet kot. |
|
|
|
|
|
|
|
kann apa yg pelik okay jeee |
|
|
|
|
|
|
|
Asal keramat k.lumpur?....
Indon kannn ..... |
|
|
|
|
|
|
|
boring...........
be better okay
next!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|