CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7152|Reply: 27

Hujan Dapat Bas Daripada BSN

[Copy link]
Post time 30-11-2010 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by achik2009 at 30-11-2010 12:08

Selasa November 30, 2010

Hujan Dapat Bas Daripada BSN



Hujan kini tinggal bertiga. Foto ehsan AHMAD 'CIPOI' SAIFUL.



KUALA LUMPUR: Setelah memiliki pencapaian yang memberangsangkan di bidang nyanyian, kumpulan Hujan telah menerima sebuah bas khas yang telah diubah suai oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).


Hujan yang kini menjadi duta MyBSN berkata mereka gembira menerima kemudahan pengangkutan kerana ia lebih memudahkan perjalanan kumpulan itu bila mengadakan konsert jelajah.


Menurut salah seorang ahlinya, Dimas, bas tersebut telah diubah suai mengikut keperluan dan keselesaan mereka dan mereka tidak sabar untuk berkongsi keselesaan bas itu bersama peminat-peminat mereka.


"Alhamdulillah kemudahan bas yang diberikan ini sangat selesa. Sekurang-kurangnya kami dapat berehat sepanjang konsert jelajah kami yang akan diadakan tidak lama lagi.


"Bagaimanapun bas tersebut tidak diberikan terus pada kami tetapi kami akan gunakannya sepanjang setahun kontrak kamu bersama BSN.


"Kamu harap para peminat juga dapat merasa menaiki bas ini bersama-sama kami," katanya.


Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat BSN, Emilia Azyyati Abdul Rahman berkata, pemilihan Hujan dibuat berdasarkan pencapaian yang diterima dan Hujan juga memiliki daya tarikan sendiri dalam mengajak para remaja memulakan penyimpanan wang.




Hujan kini lebih selesa dengan kemudahan baru mereka. Foto ehsan BSN



Sementara itu, ahli Hujan kini hanya tinggal tiga orang sahaja setelah Ag Coco membuat keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan tersebut kerana ingin memberi fokus kepada kumpulannya, Coco, yang juga disertainya sejak lapan tahun lalu.

Beritahu Dimas, walaupun tanpa AG, gitaris itu tetap akan bersama mereka bila persembahan nyanyian diadakan.

"AG cuma bukan lagi jadi ahli kami, tetapi dia kini menjadi pemain 'sesion' kami. Sama juga seperti pemain drum kami, Am," katanya pada pelancaran album Hujan, Lone Soldier Boy (LSB) di Berjaya Time Square, di sini, Jumaat.


Selepas pelancaran album, Hujan mengadakan mini 'showcase' di sebelah malamnya. Foto The Star oleh KEVIN TAN




Selepas kejayaan album Mencari Konklusi, Hujan tampil dengan 14 buah lagu pula iaitu Di Kala Bulan Bermain Biola, Muda, Kotak Hati, Bagaikan Matahari, Inspektor Ramos, Bahgia, Kasihan dan Lonely Soldier Boy.

Kata Noh, pembikinan album yang dihasilkan kali ini selama empat bulan itu menelan wang belanja sebanyak RM30,000.

"Apapun, kami berpuas hati dengan hasil lagu yang dibuat dan selain peminat-peminat luar, Raingers merupakan pembakar semangat kami untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

"Dalam pada itu, salah satu lagu daripada album kali ini, LSB adalah sebuah lagu daripada animasi Jepun, Mospeda. Sebenarnya lagu itu telah lama dihasilkan iaitu pada tahun 2006.

"Tetapi dengan bantuan Warner Music, kami mendapat kebenaran daripada pihak animasi tersebut menggunakan lagu ini.

Bagaimanapun, liriknya saya gubah semula dalam bahasa Melayu," ujarnya.




Credits: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2010 02:27 PM | Show all posts
wahhh.....untungnya kumpulan Hujan.....siap dapat sebuah bas khas.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 03:12 PM | Show all posts
hmm...ya la untung,,
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2010 09:55 PM | Show all posts
tgh popular....ramaila taja...kan lama2...hehehe

ape2 un gudluck lol..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 09:22 AM | Show all posts
Ingatkan dapat bas sebab menang cabutan simpanan premium
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 10:41 AM | Show all posts
bguslah.....semoga lebih berjaya tp xminat pun hujan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2010 11:48 AM | Show all posts
dah mcm bas retis omputeh la plak.....tp bas retis omputeh lae canggih....
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 01:20 PM | Show all posts
motip la nak bodek bakal mentua Hujan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2010 01:38 PM | Show all posts
Ingatkan dapat bas sebab menang cabutan simpanan premium
clasko Post at 1-12-2010 09:22


haha aku pun ingat camtu..{:2_67:}
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 04:54 PM | Show all posts
noh lg la untung.....kena jackpot..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 05:30 PM | Show all posts
nmpk comfort gak bas tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2010 08:59 PM | Show all posts
duit beli bas ni kalau sedekah kat anak-anak yatim or bagi dekat budak-budak tahfiz ka lagi baguih,banyak pahala org yg melabur kat bsn tu,haiishh ~sigh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 02:32 AM | Show all posts
hurm...cam best gak bas tuh..
Untungnya bila ditaja nih....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 08:36 AM | Show all posts
BSN pun bersongkol dengan kumpulan freemanson ne haram jadah betul.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 02:02 PM | Show all posts
duit beli bas ni kalau sedekah kat anak-anak yatim or bagi dekat budak-budak tahfiz ka lagi baguih,b ...
iphone3gs Post at 1-12-2010 08:59 PM



    sgt setuju...mmbazir siut bagi bebdk hujan ni...eeeeeeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 03:09 PM | Show all posts
Laaa igtkan dapat sponsor baju hujan seumur idup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 04:02 PM | Show all posts
bas ni modified bagai.... lepas ke inspection puspakom...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 07:47 PM | Show all posts
Reply 9# santubung

khennnnnnn  
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 07:49 PM | Show all posts
Reply 13# iphone3gs

sangatttttttt sokongggggg..berkat duit kite kt bsn kalu sedekah kat org susah   
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 10:30 PM | Show all posts
ok la tu....cuma jangan esok ucap ayat2 bongkak sudah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.065881 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list