View: 10600|Reply: 7
|
Kritik persembahan Jennie Blackpink, pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat
[Copy link]
|
|
Kiky (kanan) diselar peminat Jennie (kiri) kerana mengkritik persembahan penyanyi itu. – Instagram
Kritik persembahan Jennie Blackpink, pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat
JAKARTA – Seorang pelawak Indonesia menjadi mangsa kecaman peminat fanatik Jennie daripada kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink selepas mengkritik penyanyi itu yang dikatakan kelihatan kurang bersemangat ketika mengadakan konsert di Jakarta minggu lalu, lapor laman berita Suara.com semalam.
Kiky Saputri, ‘diserang’ peminat Jennie di akaun media sosialnya sehingga ada yang menyamakan wajahnya dengan monyet.
Kiky sebelum itu mengeluarkan komen terhadap persembahan Jennie yang dikatakan kelihatan letih, malas dan tidak bersemangat ketika konsert Blackpink di Jakarta.
Kritikan tersebut tidak disenangi peminat Blackpink dengan ramai mendesak Kiky agar meminta maaf dan berfikir dahulu sebelum mengkritik.
“Sungguh kelakar si Kiky. Wajah seperti monyet. Semoga anda menjadi mandul. Boleh terima?” demikian menurut komen seorang netizen.
Kiky kemudian tampil menjawab kenyataan peminat itu dengan berkata: “Tidak dapat menerima idola mereka dikritik kelihatan penat. Tidak boleh ada orang lain yang bergurau atau memberi pandangan mengenai idola mereka (meskipun itu kenyataan).”
Tambah pelawak itu, keletihan adalah perkara biasa yang dialami seseorang bergelar artis. Namun, mereka tetap perlu bersikap profesional kerana peminat telah membayar harga tiket untuk menonton konsert.
“Kita menonton, kita bayar dan kita boleh memberikan pandangan. Itu pun dengan gurauan dan bukannya hinaan.
“Anda perlu faham sekiranya idolanya penat kerana mengadakan konsert di sana sini, sudah pasti ia akan memberi kesan kepada mutu persembahan. Namun, kerana mereka dibayar secara profesional, harus bersikap profesional. Ada orang berpendapat dia bagus, namun kalau ada yang berpendapat sebaliknya, kita tidak boleh buat apa-apa,” katanya. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... a-diserang-peminat/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ooo igt pnah bce rose yg nmpak main2/ sexi terpaling or xbersemngat.. jenny plak ye. Lisa n jisoo xpnah dgar lg cite cmni |
|
|
|
|
|
|
|
gold_teeth replied at 21-3-2023 06:37 AM
Ooo igt pnah bce rose yg nmpak main2/ sexi terpaling or xbersemngat.. jenny plak ye. Lisa n jisoo xp ...
Selalu Jennie je uols yg dikritik malas ni sejak a few years back pun, sejak kecederaan kat kaki dia tue, Rose kene kritik lip sync masa lagu on the ground sheols lst year |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah tgk dance practice jennie. Dia memamg jenis dance malas2 pun |
|
|
|
|
|
|
|
Anak orang kaya. Buat kerja pun cincai. Padehal peminat beli tiket mahal2. Bagi dia duit takde makna. Ahli lain ok je. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau jennis ni mmg selalu fancam tunjuk dia menari ala kadar. Kalau jisoo hari tu fancam tunjuk dia lupa step menari
Untung la muka lawa. Walaupun jisoo tu mukanya basic yang amat. Berdiri sebelah anya dlm komersial dior, nmpk who are yus sgt |
|
|
|
|
|
|
|
toxic nya fandom kpop
dia cuma komen minah peberet korang tuh takda semangat nak perform dlm konsert berbayar. tiber kutuk muka monyet la didoakan mandul lah. yg paling siyal, retis pun biarkan jah pemenat2 dia org 'serang' siapa2 yg tak sealiran dlm socmed. |
|
|
|
|
|
|
| |
|