CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49708|Reply: 391

Intan lantik peguam lawan Izreen Azminda, bekas suami

[Copy link]
Post time 1-4-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Intan lantik peguam lawan Izreen Azminda, bekas suami


Intan Saleh


Kuala Lumpur: Pempengaruh Intan Saleh yang juga bekas isteri pemuzik, Ude Wahid, bersyukur kerana mendapat bantuan guaman daripada peguam terkemuka, Mahmud Jumaat dan aktivis kemanusiaan terkenal, Mona Din dalam kes saman yang difailkan oleh bekas suami dan isterinya juga pelakon, Izreen Azminda. "Alhamdulillah, Intan dah ada peguam!," tulisnya menerusi media sosial yang turut disertakan gambarnya bersama Mahmud dan Mona.

Dia juga turut mendedahkan bahawa ada menerima surat tuntutan daripada bekas suami dan Izreen atas hantaran yang dibuatnya sebelum ini.

Sementara itu, Mahmud yang juga Pengarah Advokasi Khidmat Guam berkata, pihaknya akan memberi khidmat terbaik untuk memberi keadilan kepada Intan dalam kes ini.

"Kami terpanggil untuk menghulurkan bantuan apabila Intan menerima surat tuntutan daripada pihak Ude dan Izreen atas tuntutan fitnah.

"Minggu lepas, pihak kami, mewakili Intan membalas surat tuntutan terbabit dengan menafikan tuntutan mereka sebaliknya pihak kami atas arahan Intan telah membuat tuntutan balas ke atas pihak Ude dan isterinya kerana melemparkan kenyataan berbaur fitnah ke atas anak guam kami," katanya.

Terdahulu kontroversi dan perang dingin membabitkan Intan dan pelakon, Izreen Azminda menjadi perbualan hangat dan perhatian warganet di media sosial.

Bermula dengan konflik rumah tangga antara Intan dan Ude sehingga membawa kepada perceraian mereka, ia tidak terhenti biarpun mereka mengambil keputusan bercerai.

Konflik yang turut membabitkan Izreen ini terus berlarutan dan pada Januari lalu mereka dilihat saling berbalas-balas kenyataan di media sosial berhubung beberapa isu berbangkit.

Kemuncaknya, Izreen tampil membuat perkongsian di Instagram mendakwa akan mendedahkan perangai sebenar Intan.

Dia juga mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya, Ude.

Izreen juga melahirkan keinginan mahu berdepan dengan Intan untuk berbincang serta dia juga sudah menyerahkan perkara terbabit kepada peguamnya.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... azminda-bekas-suami

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Go Intan go!


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 05:48 PM | Show all posts
Dia juga mendakwa Intan masih belum boleh melupakan bekas suaminya, Ude.



Orang tu dah beranak pinak pun dgn lakinya .. dah kenapa pulak kau kata dia tak move on dari bekas laki bertaik lalat sekutil tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 06:05 PM | Show all posts
Satgi jadi mcm si hitam..dia saman dia kalah pehtu meroyan sampai ke sudah
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuka suki Jering cakap Intan belum melupakan Kude, padehal dia yang tak boleh melupakan dengki dia kat Intan. Padan muka Intan countersue dia. Pasni melolong la takde duit nak handle case kat court.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Go intan go. Semoga menang kes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2023 06:58 PM | Show all posts
go go intan... kalahkan cikki muka kasar tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok lusa ko end up kene komital dgn intan. Jering jering.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ctfantasi replied at 1-4-2023 07:29 PM
Lantak korang laa... Lawan la habis habisan di mahkamah tu. Lepas tu mohon dua2 senyap yach..

Tapi ...

Influencer uols diMelayukan jadi pempengaruh
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak wartawan ni tulis petang dingin ... Celah mana petang dingin nya diorang ni... Membahang aje bertahun2 tak tau bila blh habisnya . Kalau silent treatment tu boleh lah dikatakan perang dingin.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Buang masa. Lantak korang la.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Berikut merupakan cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah:

influencer: pempengaruh
gamer: pemain
stalker: pengintai maya
spam/spammer: spam/penghantar spam
advocate=penyokong
referrer=perujuk
loyalist=penyokong setia
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana ya jering nk buktikan yg intan masih belum dpt lupakan kude?...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jering masuk dlm jerat sendiri.
Dia nak ayam2kan intan dgn guna lawyer cap ayam nak gertak.
Last2 intan dpt backup peguam terkenal
Siap bagi bukti2 kenapa dia tak perlu nak layan tuntutan jering tu..
Skrg jering plak kena counter su balas tuntutan intan
Klu tak buat, mmg ke court lah jwbnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg intan share memory anak2 dgn kude kan.. bodoh jering...dah tentu la masa tu diaorg Masih laki bini. Bukan ada gbr Intan pun kan. Terus melatah kau.. kau amik laki dia,boleh pulak!?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 08:32 PM | Show all posts
aku doa kan Intan menang.. aamiin..

harap lepas tu jering mental, sakit jiwa.. bual sorang sorang .. aamiin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2023 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ctfantasi replied at 1-4-2023 08:05 PM
Yerr.. tu maksud meols. Intan pengaruh apa? Takkan la viral sebab isu rumah tangga terus jadi infl ...

Pempengaruh media sosial la uols. Followers dia kan ramai..ada la tu yang terpengaruh. Maybe uols bukan follower dia jadi tak terpengaruh..

Anyway, yang pasti beliau bukan retis tempatan. Jadi, atas kapasiti saman Izreen boleh la kot dok dalam board ini..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ctfantasi replied at 1-4-2023 08:05 PM
Yerr.. tu maksud meols. Intan pengaruh apa? Takkan la viral sebab isu rumah tangga terus jadi infl ...

Setuju uols cakap ni

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Busuk hati betul ye jering dan taik lalat. Padrhal orang tu dah berbahagia dengan suami baru. Sendiri pijak maruah orang lain, sendiri sentap dan play victim. Semoga Intan menang dan dapat banyak duit dari dua beruk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2023 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
redz85 replied at 1-4-2023 08:32 PM
aku doa kan Intan menang.. aamiin..

harap lepas tu jering mental, sakit jiwa.. bual sorang sorang . ...

Aminnnn..
Aku doakan jugak si kude nyesal x sudahhhh..
Depress dan mereng
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.094697 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list