View: 48117|Reply: 71
|
[Tempatan]
Banjir: Suami isteri menangis lihat rumah musnah
[Copy link]
|
|
Hidayatidayu Razali
1.DIS.2024
[email protected]
Rumah milik Safian musnah dan hampir roboh selepas dibadai arus deras kejadian di Kampung Tujuh, Tumpat. FOTO Ihsan pembaca.
Kota Bharu: Luluh hati seorang peniaga di Kampung Tujuh, dekat Tumpat, apabila melihat kediamannya musnah akibat arus deras banjir.
Dalam kejadian malam kelmarin, kediaman milik Mohd Safian Abd Kadir, 44, yang dibina sejak tiga tahun lalu itu rosak dan menyebabkan dia kerugian RM200,000.
Katanya, dia mengetahui kejadian itu pada 11 malam kelmarin selepas dihubungi rakannya yang memaklumkan rumahnya musnah.
"Rumah itu saya bina dengan duit simpanan selama 20 tahun hasil daripada perniagaan kecil-kecilan. Saya dan isteri hanya mampu menangis melihat rumah hasil titik peluh kami berniaga musnah dan hampir roboh dalam sekelip mata.
"Tiada kata-kata yang dapat kami luahkan dan percaya ia mempunyai hikmah di sebaliknya. Selama ini, tidak pernah berlaku banjir di lokasi ini, namun kelmarin, air deras lalu di kediaman kami yang menyebabkan struktur bangunan retak dan musnah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, dia bersyukur kerana ketika kejadian, isteri, Mariana Muda, 46, dan lima anak termasuk anak bongsu, Mohd Izham Rifqi, 9, yang juga orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down dan tidak boleh berjalan, tiada di rumah itu, kerana mereka menumpang di rumah ibu mentua, Halimah Hassan, 90.
Menurutnya, kediaman itu sementara dibuat inap desa, dan jika tiada tetamu, mereka sekeluarga akan tinggal di rumah itu.
"Jika ada tetamu, saya sekeluarga akan tinggal di rumah ibu mentua yang jaraknya dalam dua kilometer sahaja. Kebetulan musim banjir, kami tidur di rumah ibu mentua kerana bimbang dengan keselamatannya.
"Rumah ibu mentua juga dinaiki air separas 0.2 meter, namun kami tidak berpindah kerana masih ada tempat tinggi untuk kami tidur.
"Saya berharap dapat membina kembali rumah itu, namun setakat ini tidak mempunyai modal memandangkan saya hanya berniaga secara kecil-kecilan," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada duit boleh contohi rumah family yang viral tu, yang buat benteng tu. Aman damai tenang ja meka sefamily tido malam, air tak masuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..ni mesti buat rumah takde piling |
|
|
|
|
|
|
|
Lalu jalan ni mesti tengok rumah dia, stand out tepi jalan tu, sebuah tu je sblum roadblock PGA. Takda dah lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. duit simpanan hasil titik peluh sendiri.. boleh repair lagi tu bang, bukan musnah terus.. |
|
|
|
|
|
|
|
nw111 replied at 1-12-2024 02:10 PM
Kesiannya..ni mesti buat rumah takde piling
rumah kampung mmg tak buat piling |
|
|
|
|
|
|
|
i pun baru buat rumah... ada structure bawah je , tkde piling... , tapi rumah i tinggi byk dari jalanraya... insyaAllah takkan kena banjir... sama macam org kat tered ni.. buat utk homestay |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 1-12-2024 02:42 PM
i pun baru buat rumah... ada structure bawah je , tkde piling... , tapi rumah i tinggi byk dari jal ...
Kalau u buat rumah kat tanah tambun better buat piling...takut tanah bergerak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...insyaallah ada yg lebih baik masa depan ..biasanya bila Allah bg ujian akan muncul yg lebih baik jika kita bersabar...satu lagi bila terjadinya musibah kita lebih mengingati Allah....
Pesanan untuk diri sendiri juga ... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo negeri2 banjir ni ambiklah insurance |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 1-12-2024 02:40 PM
rumah kampung mmg tak buat piling
Tu rumah kayu mmg xde piling, yg ni punya design kurang2 10 batang kayu bakau setiap tiang baru x menangis kt bucu katil |
|
|
|
|
|
|
|
Struktur runtuh akibat pergerakan tanah. Orang kampung selalu kata rugi aje beli rumah apartment di kl sedangkan di kampung boleh buat rumah batu atas tanah. Ini adalah risiko yang perlu diambil. Di kelantan mungkin boleh la bina rumah guna plan sendiri tanpa kelulusan pihak berkuasa dan proper guideline. Alasan tanah aku dan bayar cash,suka hati aku la. Rumah tanpa sistem longkang pun boleh buat,alasan nak jimat. Rumah sebegini adakah pihak insurans nak cover. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesetengah kawasan mmg sangat berisiko bina rumah. Contohnya di tepi sungai. Tapi bila tengok realiti di kawasan kampung mmg ada. Bila air sungai naik nanti habis tenggelam sampai bumbung. Nak kata apa? Dah tanah dia kat situ aje.
Pernah tengok dokumentari berkenaan bencana banjir di Amerika. State government akan offer utk beli rumah penduduk yang berada di kawasan pernah dilanda banjir. Harga memang below market value tapi sekurang-kurangnya mereka ada duit untuk cari kediaman baharu. Rumah yang dijual tu akan dirobohkan dan tapak itu dibiarkan kosong kerana tidak sesuai didiami. Adakah Malaysia mampu buat sebegini? |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 1-12-2024 06:42 PM
Kalo negeri2 banjir ni ambiklah insurance
Act of God insurans memang takkan cover |
|
|
|
|
|
|
|
Aku yg xde kaitan pun nangis tgk. Kesian sgt. Mampu tolong doa je la |
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, kediaman itu sementara dibuat inap desa, dan jika tiada tetamu, mereka sekeluarga akan tinggal di rumah itu.
Boleh macam tu? Baju2, makanan dalam fridge, beras, bawang, kicap semua how?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau rumah ada CF nampak macam kena sodok ja. Engineer mana nak sain dah senget menget macam tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 1-12-2024 07:33 PM
Act of God insurans memang takkan cover
Cover laa..awal thn ni bumbung rumah mak aku rosak sbb ribut claim dapat je.xde la dapat full tapi jadilah dari xde langsung |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 1-12-2024 07:30 PM
Sesetengah kawasan mmg sangat berisiko bina rumah. Contohnya di tepi sungai. Tapi bila tengok realit ...
ada... pernah buat. 1 contoh nama tempat Kampung Oren , ulu tiram |
|
|
|
|
|
|
|
Dia panggil special perils kan? Tapi insurance company pun akan tengok risiko juga.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|