View: 550|Reply: 1
|
Daniel Radcliffe Dah Jadi Bapa, Nak Anak Ikut Jejak Langkah
[Copy link]
|
|
Daniel Radcliffe kini bergelar seorang bapa selepas teman wanitanya, Erin Darke melahirkan cahaya mata sulung mereka, baru-baru ini.
Berita gembira tersebut turut disahkan syarikat pengurusan pelakon filem Harry Potter tersebut selepas Daily Mail menyiarkan gambar pasangan itu sedang menolak kereta bayi di New York, Amerika Syarikat.
Daily Mail
Bagaimanapun, pihak pengurusan Daniel tidak mendedahkan butiran penuh kelahiran bayi tersebut termasuk jantina, nama dan tarikh lahirnya.
Tahun lalu, Daniel, 33, menerusi temu bual bersama Newsweek memberitahu sekiranya dia mempunyai anak, dia mahu mereka mengikut jejak langkahnya membabitkan diri dalam bidang seni.
"Sekiranya saya mempunyai cahaya mata satu hari nanti, saya suka mereka berada di set penggambaran filem dan melihat bapa mereka bekerja.
"Impian saya adalah untuk melihat mereka berada di sana dengan niat agar mereka mahu menjadi pelakon yang berjaya," katanya.
Untuk rekod, Daniel dan Erin, 37, menjalinkan hubungan sejak sedekad lalu selepas bertemu di set penggambaran filem Kill Your Darlings pada 2012.
Ketika itu, Daniel berusia 23 tahun dan terpaut dengan Erin yang empat tahun lebih tua daripadanya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 28-4-2023 10:01 PM
Masa announced hari tu, kira dah sarat tunggu due je lah kan, ingatkan baru masuk 2nd trimester. Lama bercinta, dah sedekad. Rupert Grint pun sedekad jugak dengan partner sama. Rupert dan Dan dah, Emma W asyik bertukar partner. Hari tu ada nampak artikel yang jadi Ginny Weasley (lupa nama) tu baru kawen. |
|
|
|
|
|
|
| |
|