View: 263|Reply: 0
|
Hafiza mahu tawan Litar Sepang
[Copy link]
|
|
Hafiza Rofa (kiri) mahu meneruskan rentak kemenangan, kali ini di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu ini. Foto: Ihsan TWMR
KUALA LUMPUR: Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2023 kembali hujung minggu ini dengan menyaksikan perlumbaan kini beralih ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk pusingan kedua musim.
Litar ikonik di laman sendiri tentunya bakal memberi tambahan semangat buat barisan pelumba negara untuk menunjukkan prestasi terbaik yang dimiliki dan bagi wakil negara dalam kelas Underbone 150cc dari pasukan ONEXOX TKKR Racing Team, Hafiza Rofa, litar ini mempunyai memori tersendiri termasuk ketika melakar kemenangan pada Perlumbaan 1 Pusingan 2 musim lalu.
"Sepang adalah antara litar kegemaran saya. Saya meraih kemenangan (SIC) tahun lalu dan sudah tentu saya akan cuba mendapatkan kemenangan pada kali ini. Walaupun saya mempunyai 'mileage' yang banyak di litar ini namun ia juga bergantung kepada cabaran tidak diduga yang tidak dapat dielakkan dalam perlumbaan permotoran.
"Apapun, saya agak yakin dan saya mengharapkan tidak akan ada halangan lain ketika perlumbaan nanti," kata pelumba kelahiran Terengganu itu.
Pada pusingan pembuka tirai di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand, Mac lalu, Hafiza menamatkan Perlumbaan 1 di tempat ketujuh sebelum bangkit memenangi Perlumbaan 2 untuk meletakkan dirinya kini berada di atas carta keseluruhan dengan 34 mata.
Pelumba PitsBike JRT Tech 2 OneWay Racing Team dari Indonesia, Wawan Wello hanya ketinggalan dua mata sebelum aksi Pusingan 2 berlangsung manakala Md Haziq Md Fairues (UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team) di kedudukan ketiga, 29 mata.
"Musim ini menyediakan cabaran lebih besar dalam setiap pusingan terutama dengan penyertaan pelumba hebat. Sejak dua tahun ini, saya memperoleh pengalaman daripada sudut teknik tunggangan dan juga kemampuan untuk mengawal situasi perlumbaan. Sudah tentu, masih banyak lagi yang perlu saya pelajari namun untuk tahun ini, saya perlu mencapai sasaran saya.
"Salah satu pengajaran yang saya pelajari adalah untuk tidak 'tamak' di setiap pusingan perlumbaan dan perlu lebih tenang serta fokus selain mempunyai visi pada penghujung saingan. Setiap pelumba mempunyai kepantasan dan itu satu keperluan," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -tawan-litar-sepang |
|
|
|
|
|
|
| |
|