View: 331|Reply: 0
|
Katy Perry tiada tempat duduk
[Copy link]
|
|
GELAGAT penyanyi Katy Perry ketika memenuhi undangan Hari Pertabalan Raja Charles III dan Queen Consort Camilla di Gereja Westminster Abbey, London baru-baru ini menarik perhatian global.
Tular dalam media sosial apabila penyanyi berusia 38 tahun itu kelihatan bingung sambil mundar-mandir untuk mencari tempat duduknya ketika acara pertabalan berlangsung.
Difahamkan, Perry diundang untuk membuat persembahan ketika hari pertabalan yang diadakan di gereja berusia 900 tahun itu.
Selepas selesai membuat persembahan di hadapan sekitar tetamu undangan termasuk kerabat diraja, Perry yang tidak diiringi pembantu kelihatan mundar-mandir untuk mencari tempat duduk.
Wajah pelantun lagu Fireworks itu juga kelihatan cemas pada ketika itu. Semasa hari kejadian, Perry kelihatan anggun menggayakan sut berwarna ungu beserta topi besar.
Difahamkan aksi lucu penyanyi itu telah dirakam oleh rakan selebriti yang juga pelakon, John Travolta yang turut berada di lokasi upacara pertabalan tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|