View: 940|Reply: 11
|
Hailey Bieber Tak Sabar Timang Cahaya Mata Tapi Takut Anak Jadi Mangsa Kecaman Netizen
[Copy link]
|
|
Model Hailey Bieber berkongsi tentang perancangan mempunyai anak bersama suaminya iaitu Justin Bieber dalam satu temu bual baru-baru ini.
Menurut laporan Mirror UK, model berasal Amerika Syarikat berusia 26 tahun itu berkata dia dan Justin sudah bersedia menanti kehadiran cahaya mata namun mengakui takut untuk melalui situasi baharu itu.
"Saya sangat mahukan cahaya mata tetapi saya takut. Cukuplah orang berkata tentang suami dan rakan-rakan saya.
"Saya tidak boleh bayangkan sekiranya anak-anak saya menjadi bahan bualan netizen," katanya.
Sebelum ini, Hailey juga pernah bercakap soal anak dalam temu bual bersama Harper’s Bazaar iaitu tentang usaha yang dilakukan dalam perkahwinan mereka.
Hailey berkongsi tentang bagaimana Justin mahu bergegas pulang setiap kali dia terbang ke suatu tempat untuk bekerja.
"Saya rasa perkahwinan perlu usaha yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak. Pada akhirnya, dia adalah kawan baik saya tetapi masih memerlukan banyak perkara untuk membuatkan ia berhasil.
"Berkenaan dengan cahaya mata pula, apabila kami ada anak nanti, ia akan menjadi satu lagi tanggungjawab tambahan dalam perkahwinan kami," ujarnya.
Untuk rekod, Hailey dan Justin menjalin hubungan cinta pada 2015 hingga sekitar Januari 2016 dan mereka berpisah.
Pasangan itu kemudiannya menjalin hubungan semula pada Jun 2018 dan bertunang pada Julai berikutnya.
Pada November 2018, Hailey mendirikan rumah tangga dengan Justin dan mereka masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ntah kenapa acik rasa budak dua ni tak lama. pastu dak Hailey ni meroyan la nanti |
|
|
|
|
|
|
|
JB tu mcm x btl jer dh.. xnmpk dia tnjuk btl2 syg kn Hailey nie.. Hailey pula nmpk sgt obses ngn JB nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa JB dengan selena balik..klu dgan hailey ni x pnah nmpak gmbar jb btul2 senyum nakkan hailey..agitchuu |
|
|
|
|
|
|
|
Tk pernah suka dua ni… kalau tknk kena kecaman lau tkyhla tayang |
|
|
|
|
|
|
|
Baik xyah ada anak dedua ni sbb dua2 pun mcm x stabil je. |
|
|
|
|
|
|
|
alasa mcm attention seeker sangat. dah sendu, takut la org lupekan die. rhode brand die buat pon sendu. rare beauty gak better
|
|
|
|
|
|
|
|
Hailey ni overrated sgt. Tkdepun hal bagus dari dia ni. Fashion? Fashion dia biase je bagi ioll ramai je luar sana yg lagi fashionable dari dia |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu comei je dak JB ni sejak bela tattoo dah mcm selekeh. Anak David B penuh jugak tatoo tp tk lah nmpk busuk mcm dia ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|