|
Amerika Syarikat: Penyanyi yang terkenal dengan lagu Titanium mendedahkan dirinya adalah pesakit autisme.
Sia, yang juga seorang komposer membuat pendedahan itu menerusi program Rob Has a Podcast.
"Saya berada dalam spektrum autisme dan saya sedang dalam proses pemulihan. Banyak benda berlaku," kata pemilik nama Sia Kate Isobelle Furler yang kini berusia 47 tahun.
Sia juga turut berkongsi mengenai bagaimana dia sedar bahawa dia berada di dalam situasi spektrum sebagai pesakit autisme.
"Selama 45 tahun, saya rasa seperti 'saya perlu pakai sut manusia saya'. Tapi, dua tahun terakhir ini, saya benar-benar menjadi diri saya sendiri," katanya.
Program podcast yang turut menampilkan bekas peserta program Survivor yang juga kaunselor dadah, Carolyn Wiger.
Dalam program itu juga, Sia mengumumkan keinginannya untuk memberikan Wiger AS$100,000 (RM460,500) untuk membantu wanita itu serta anaknya.
Wiger mengungkapkan rasa terima kasihnya dan memuja tindakan Sia yang bersikap terbuka.
Spektrum autisme memberi kesan kepada seseorang pesakit untuk berinteraksi dengan orang lain, cara sikap, berkomunikasi dan belajar.
Sumber: Harian Metro |
|