CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16369|Reply: 110

persembahan penutup @ AJL 25 - Siti nyanyi lagu Balqis,Nirmala & Cindai

[Copy link]
Post time 16-12-2010 10:48 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Nadia90 at 10-1-2011 00:42

Khamis Disember 16, 2010
‘Music Mapping’ Tema AJL25

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


KUALA LUMPUR: Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 yang akan berlangsung pada 9 Januari depan akan memperkenalkan konsep Music Mapping atau pemetaan muzik.

Acara berkenaan akan di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini dan disiarkan secara langsung di TV3, pukul 9 malam.

Bagi merealisasikan konsep tersebut, penerbitnya, Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) berkata, pihaknya akan menggunakan teknologi baru iaitu Light Emitting Diode (LED) atau diod pemancar cahaya bagi menyampaikan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama dalam industri muzik tempatan.

“Kami menggunakan sebanyak 600 panel LED di lantai pentas AJL25 secara menegak dan melintang. Konsep ini direka oleh Rafi Mustapha.

“Pentas terbahagi kepada dua bahagian bagi memudahkan persiapan setiap band yang membuat persembahan mengikut giliran masing-masing.

“Sementara pemain muzik orkestra akan diletakkan di bahagian atas. Kita juga menggunakan 13 kamera untuk merakam persembahan pada malam itu,” kata Gbam yang berbincang dengan Rafi tentang konsep tersebut sejak bulan Jun lalu.

Untuk mendapatkan ilham serta idea baru yang lebih segar, Gbam yang kali kedua menerima tanggungjawab sebagai penerbit AJL dihantar ke beberapa negara luar iaitu New York, London dan Bangkok untuk mencari kelainan berkenaan.

Sementara itu AJL25 kali ini menyenaraikan 14 buah lagu yang akan dipersembahkan oleh 13 finalis solo dan berkumpulan.
Lagu yang akan bertanding ialah Cinta Sempurna nyanyian Yuna dan ciptaan dia sendiri, Berlari (Tomok/ Tomok & Shazee Ishak/ Tomok), Pelita (A.P.I/ Loque), Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir/ Edry Abdul Halim), Drama King (Meet Uncle Hussain & Black/ Taja/ Tun Teja), Noktah Cinta (Hafiz/ Ajai/ Sheikh Qalam), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali).

Turut terpilih Selamat Malam (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Ku Ada Kamu (Adira/ Edry Abdul Halim), Extravaganza (Bunkface/ Sam Bunkface/ Bunkface), Sofea Jane (Black/ Sham Kamikaze & Iswandy/ Farril), Hanyut (Faizal Tahir/ Audi Mok/ Faizal Tahir), Jahat (Stacy/ Edry Abdul Halim) dan Mencari Konklusi (Hujan/ Noh Hujan).

Juara AJL25 bakal memenangi trofi dan wang tunai RM35,000, naib juara (trofi & wang tunai RM15,000), tempat ketiga (trofi & wang tunai RM12,000), persembahan terbaik (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik (trofi & wang tunai RM10,000).

Seperti tahun sebelum ini, penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 70 peratus yang diadili terlebih awal manakala 30 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Lebih mewarnai AJL25, seramai enam penyanyi “otai” yang pernah terlibat dengan AJL bermula tahun 1986 akan memberikan persembahan pembukaan dan interlud.

Mereka adalah M.Nasir, Nash, Francissca Peter, Ziana Zain, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza. AJL25 mengundang penyanyi-penyanyi ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Debaran AJL25 bermula seawal 7.30 malam dan dibawakan secara langsung melalui laman web www.tv3.com.my/ajl25.
Untuk ke sekian kalinya, malam kemuncak ini bakal menggandingkan pengacara popular Cheryl Samad, Faizal Ismail dan Ally Iskandar.

Bagi menghangatkan AJL25, TV3 turut mengadakan persembahan jelajah di Pasir Gudang, Johor pada 26 Disember ini yang bakal menyaksikan lapan finalis akan turut serta termasuk penyanyi Nash dan kumpulan Mega.

-mStar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2010 10:50 AM | Show all posts
Siti tak bertanding pon tetap akan ada kat AJL..
tahun lepas pun buat opening...

sah sah la kena lahar ngan anti nie nanti.....kihkihkih
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 10:58 AM | Show all posts
uihhhhh... i likee
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 10:59 AM | Show all posts
semoga cik ct wan kembang kita bergoyang lebih skit hari tu.
rindu nak tengok ct berjoget joget.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 11:00 AM | Show all posts
rasanya kali ni ct buat utk interlud kot.. utk mengurangkan sikit darjah kebengangan anti
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 11:46 AM | Show all posts
Best....besttt ade CT...!!~
semoga dia tak nyanyi lagu dia...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2010 11:47 AM | Show all posts
Tok Pah pernah mewarnai muzik2 ker????

bukan ke dia hanya sekadar juri yg dispekulasikan sbg memberi markah 0 pd CT
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 11:58 AM | Show all posts
Tok Pah pernah mewarnai muzik2 ker????

bukan ke dia hanya sekadar juri yg dispekulasikan sbg memb ...
harisbee Post at 16-12-2010 11:47



    ajl dah mula tahun 1986.. mungkin pernah kot.. nyanyi lagu bunga tanjung ke yayadan ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2010 12:02 PM | Show all posts
napa kak pah tak suka ct yek??
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 12:03 PM | Show all posts
napa kak pah tak suka ct yek??
heisebeno Post at 16-12-2010 12:02



    spekulasi org je gaknye
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 12:06 PM | Show all posts
mungkin la kot.
tapi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 12:17 PM | Show all posts
mungkin la kot.
tapi...
heisebeno Post at 16/12/2010 12:06


takde tapi-tapi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 12:30 PM | Show all posts
yesss
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 12:46 PM | Show all posts
yeay!!!!!

actualli da tahu semalam... kan CU? hehehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 01:35 PM | Show all posts
yeay!!!!!

actualli da tahu semalam... kan CU? hehehehehe
khyree Post at 16/12/2010 12:46


ngeh3...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 04:31 PM | Show all posts
memang Tok Pah tercabar dgn keunggulan CT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2010 04:34 PM | Show all posts
okla ct....harap letak search sama...pas2 sape2 bwk lagu sudirman nanti..bekas2 pemenang juara lagu yg lepas2...

maybe bob leh bwk lagu2 juara lepas2 kalau penyanyi asal x tiada or tak dpt hadir...

sekian
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 04:50 PM | Show all posts
takyah la kak pah nak tercabar dgn keunggulan ct. buang masa jek kak pah.
kak pah jaga badan tu sudahh..unggul apa badan gitu, takat ni tiada pencabar lagik.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 05:06 PM | Show all posts
CT kalu dia tercabar dgn retis2 yg baru naik....dia buat sesuatu yg lebih baik....bukan dgn cara kasi markah 0 pada artis tu....ini barulah namanya pencabar dan mencabar
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2010 05:24 PM | Show all posts
bila SA n SN dah berbaik nie...br lah ada prog yg mjayakan derang bdua...harus bduet tu nti...hehee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.174081 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list