View: 884|Reply: 5
|
Dari Awal Sampai Habis Sem, Penuntut Kesal Dapat Roommate Pengotor - 'Bukan Stres Belajar Pun, Hadap Fon Je'
[Copy link]
|
|
Serabut, sakit mata memandang keadaan bersepah, namun itulah yang dilakukan penuntut universiti tempatan.
Kekesalan terpaksa tinggal sebilik dengan rakan pengotor dan tidak pandai menjaga kebersihan bilik itu diluahkan seorang penuntut menerusi perkongsian di TikTok.
Tangkap layar memperlihatkan keadaan bilik wanita tersebut yang kotor dan tidak terurus.
Rakaman dimuat naik di TikTok Ziela memperlihatkan bilik yang didiami mereka dalam keadaan bersepah dan tidak terurus.
“Selalu nampak dekat TikTok orang dapat ‘roomate’ pengotor, kali ini jadi dalam hidup. Dapat yang pengotor dari awal semester sampai habis semester. Tiada perubahan,” rungutnya di kapsyen.
Menurutnya, rakan sebiliknya itu tiada tanda-tanda mengalami tekanan sehingga tidak boleh mengemas.
“Dia bukannya ‘stres’ belajar, balik pun hadap telefon juga. Ada saja masa dia nak mengemas, cuma diri sendiri yang malas, penat tegur tetap tak jalan,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengkritik kelakuan rakan sebilik wanita itu.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Besa peel gini asal negeri terpaling islam.
Bukan sumaa..
Kebanyakannya gitu lar
|
|
|
|
|
|
|
|
tak faham la org yg boleh hidup sepah2 mcm tu... bila keluar jenjalan bukan main bersiap mekap perfume bagai... iollz ni mmg pantang rumah berselerak dan bersepah...sampah hari2 kena buang... benda2 basic mcm ni pun ada yg failed...padahal belajar pandai keja bagus semayang tak tinggal...tp tu la habit pengotor tu tetap ada dlm DNA bila tegur sentap marah kita balik... come on la ssah sgt ke nk jadi pembersih... tak malu dkt org ke tengok sikap pengotoq hang tu... |
|
|
|
|
|
|
|
weols pernah duduk serumah dengan orang macam ni. weols warning dengan dia, kau nak jadi pemalas, nak sepah-sepah, dalam bilik kau je. jangan membawak sampai ke ruang tamu & dapur. mujur dia dengar kata.
biliknya tu cukup ruang untuk letak 1 kerusi & tilam. yang lain semua sampah-sarap yang tak kemas. botol air merata-rata, plastik entah apa benda, baju-baju yang dah pakai dll.
bertahan juga weols 7-8 tahun. pastu weols berambus dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Hati itam meolss menuduh yg pompuan pengotoq ni dari negeri pata timo |
|
|
|
|
|
|
|
meols penah sebilik dengan gadis serambi mekah.. pemalas nauzubillah..
baju kotor berlonggok, berbau bilik. botol2 air kosong berterabur atas lantai, sampah2 lagi..
tak tau macam mana dia boleh tido dengan katil yang tak berkemas..
baju dalam bakul berlonggok menimbun,,
iols memang selalu tolong kemas barang dia dalam bilik sebab mata tak tahan tengok, hidung tak tahan bau busuk, lepas tu basuh kan baju dia pun penah..
pengotor yakmat dorang ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|