Selepas berjaya menghidupkan semula francais Halloween, pengarah David Gordon Green bakal tampil dengan filem seram terbaru The Exorcist: Believer.
Ansuran keenam dalam francais Exorcist itu akan berfungsi sebagai sekuel kepada filem pertama Exorcist yang dikeluarkan pada 1973.
Dikala tidak banyak butiran lanjut diketahui, peminat nampaknya boleh menggambarkan serba sedikit mengenai filem tersebut apabila poster yang dipamerkan di San Diego Comic-Con tertiris diatas talian.
The Exorcist: Believer menceritakan tentang seorang bapa kepada anak yang dirasuk, yang terdesak untuk mendapatkan bantuan dengan pergi mencari seseorang yang mempunyai pengalaman yang sama, Chris MacNeil.
Barisan pelakon terdiri daripada Leslie Odom Jr. yang memainkan peranan sebagai bapa kepada kanak-kanak yang dirasuk, Ellen Burstyn sebagai Chris MacNeil serta Ann Dowd, dan Jennifer Nettles.
The Exorcist: Believer merupakan filem pertama dari trilogi baharu Exorcist yang dirancang dan akan ditayangkan pada 13 Oktober ini.
lepas tgk trailer excited la jugak nk tgk..tapi lepas baca review semua ckp hauk terus kansel nak tgk..filem ni kena panned kaw2 dgn pengkritik..kat imdb pun rating 5.2 jahh..so baik aku tgk cite The Creator lagi best