CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3212|Reply: 2

Selepas Beritahu Pengikut ‘Saya Takut’, Esoknya TikToker Amy Ellis Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 25-8-2023 04:56 PM | Show all posts |Read mode





England : Seorang pencipta kandungan (content creator) telah meninggal dunia secara tragis akibat penyakit anoreksia yang telah lama dihidapinya sejak kecil tetapi didakwa telah disalah erti oleh doktor.


Memetik laporan Mirror UK, wanita yang bernama Amy Ellis itu berkongsi perjalanannya melawan penyakit yang ditanggung di akaun TikTok dan dalam masa sama mengumpul 200,000 euro (RM 1,003,956) untuk menampung perbelanjaan perubatan.


Dikatakan, wanita berusia 43 tahun itu mengalami gangguan makan sejak kecil. Namun, sering disalah tafsir oleh doktor dengan menyatakan ia penyebab kemurungan.








Susulan itu, Amy ditawarkan rawatan kesihatan mental, tetapi dia menolak kerana baginya rawatan tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah gangguan pemakanannya.


Bagaimanapun, Amy tetap mengikuti diet yang dicadangkan oleh doktor. Namun, keadaannya semakin kronik apabila makanan yang memasuki badannya buat kali pertama selepas tempoh kelaparan amat menyakitkan.


Amy berkata ia telah sampai ke tahap di mana dia bimbang anoreksia boleh membunuhnya sekiranya tidak mendapat rawatan pakar dengan segera.


Amy dikatakan telah meninggal dunia pada 22 Mei lalu. Berita sedih itu disiarkan sehari selepas wanita terbabit berkongsi video di akaunnya yang mengatakan dia tidak sihat dan berasa takut. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Aenoroksia dia mana nak mkn
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ada selera makan. Cuma bila makan rasa sakit. Kesiannya la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.369258 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list