View: 1208|Reply: 7
|
'Hadir Ke Konsert Sepatutnya Akan Lebih Mendekatkan Diri Kita Kepada Allah' - Mufti
[Copy link]
|
|
"Apabila hadir ke sesebuah konsert, ia sepatutnya akan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan merasakan kita adalah hambaNya."
Menurut Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, konsert yang tidak menimbulkan kemaksiatan adalah konsert yang mengingati Allah SWT dan dibenarkan syarak, maka adalah tidak wajar umat Islam menghadiri konsert yang boleh menimbulkan kemaksiatan.
"Namun sekiranya kita hadir dan lupa kepada diri serta Allah SWT, maka ia tidak diizinkan. Kita sembahyang pun ingat kepada Allah, jadi konsert pun biarlah konsert yang mendekatkan diri kepadaNya," katanya.
TikTok
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Malaysia #QuranHour di Masjid Muhammadi, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, tidak timbul isu sama ada individu itu daripada tahfiz atau tidak, memakai jubah, serban serta bersongkok sekiranya tempat yang dihadiri tidak menjurus kepada kemaksiatan.
"Bagaimanapun sekiranya individu itu daripada tahfiz atau tidak, memakai jubah, serban serta bersongkok dan mereka hadir ke tempat maksiat, maka itu adalah tetap satu kesalahan. Rukun Islam tidak ada 'double standard," katanya.
Sebelum ini, kecoh mengenai sekumpulan pelajar tahfiz yang diundang ke konsert Kepci Music Fest di Shah Alam, Selangor pada Sabtu lalu.
Ramai yang mempertikaikan tindakan menjemput pelajar berkenaan yang dianggap tidak sesuai untuk menghadiri acara hiburan sebegitu.
Video tular di media sosial menunjukkan sekumpulan remaja pelajar tahfiz merupakan antara pengunjung yang menyaksikan konsert tersebut.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
ada ke konsert tak lagha...konsert nasyid la kot eh? |
|
|
|
|
|
|
|
hanya puak liberal je okey budak2 tahfiz pg konsert.. kaka rasa xsepatutnya berlaku. dan mungkin ada salah misscommunication.. moga tidak berlaku lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
yg bawa tu cina, dia kumpul anak2 utk disponsor dari kira2 22 orphanage katanya tapi terbawa budak tahfiz rohingya tak faham cakap melayu katanya kohkohkoh...dengan cina pun tak reti cakap melayu kot.tahpiz bukan orphanage |
|
|
|
|
|
|
|
konsert tak jadi nek ani scammer kohkohkohhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
kan..... oh.. mudir nya pun rohingya tak reti melayu...? 1000% rohingya tak reti melayu, di jemput non muslim yang tak ada orang jelas kan beza kan apa tu tahfiz vs rumah anak yatim muslim vs rumah kebajikan vs etc.... bukan salah non muslim tu pun.. bukan salah budak2 tu pun... malah bukan salah penganjur... mudir masih membisu buta tuli lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk pendapat.. ada jahh org berpendapat lagu itu lagha tak kira nasyid ka bkn |
|
|
|
|
|
|
| |
|