Kehidupan seorang pemuda berubah sepenuhnya apabila terpaksa merelakan sebelah kakinya dipotong.
Menurut Mahathir, sebelah kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis kira-kira seminggu sebelum ketibaan Ramadan tahun ini.
Dia turut mendedahkan mengenai ketagihannya yang suka minum air berkarbonat.
Foto: TikTOK
“Sebab kencing manis... saya minum lebih air (manis) daripada makanan. Balik sekolah je beli, balik sekolah je beli,” katanya menerusi media sosial.
Selepas ‘kehilangan’ kaki kiri, Mahathir mengakui mengalami kesukaran untuk berjalan sehingga membataskan pergerakan dan aktiviti.
“Rasa susah nak berjalan. Fikir juga kita nak berjalan susah, kerja pun susah,” ujarnya yang pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera di Kuala Lumpur selama lebih setahun.
Bagaimanapun, dia masih berharap agar diberi peluang untuk terus mencari rezeki.
“InsyaAllah kalau ada rezeki masuk (kerja). Kalau tak ada, cari rezeki lain,” katanya lagi menerusi video yang tular di TikTok.
Menerusi video itu juga, Mahathir bersyukur dan meluahkan kegembiraannya apabila menerima tajaan kaki palsu daripada badan amal, PruBSN Prihatin.
“Saya amat gembira dapat berjalan. Terima kasih kerana membantu keluarga kami,” kata Mahathir menerusi video berdurasi satu minit dan 23 saat yang menunjukkan dirinya berlatih berjalan menggunakan kaki palsu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Mahathir dan perkongsian kisahnya memberi keinsafan kepada banyak pihak.
Mereka mulai sedar untuk menitikberatkan soal kesihatan terutama mengawal pengambilan gula dalam pemakanan seharian.
Pada masa sama, segelintirnya turut memberi kata-kata pembakar semangat supaya anak muda itu tabah menjalani kehidupan.
“Mahalnya sebuah kesihatan.
“Kasihan juga sebab muda lagi.
“Terima kasih sebab FYP (for you page). Memang auto insaf.
“Tak apa dik, perkara dah berlaku. Jangan putus asa, teruskan jaga kesihatan selepas ini. Moga dimurahkan rezeki.
Menurut akaun TikTok Kedidi_Kakipalsu yang membuat perkongsian video itu, orang ramai dinasihatkan untuk menjaga kesihatan dan pentingnya kesedaran tentang pemakanan. -CARI
sian..muda lagi... kencing manis ni segala sensor kau pun dah kurang boleh pakai dik, termasuk ciknek... dah kena potong ni stop je lah habit manis2 ni dik...sekadar perlu je lah..
kesian kt adik nih sbb di usia muda hilang sebelah kaki akibat diabetes... ai pn skrg cuba jaga pemakanan sbb ari tu pergi wat pemeriksaan perubatan, jururawat yg bertugas kata yg ai mungkin hidap penyakit kencing manis...
mcm arwah abang aku la muda jugak masa kena tu umur 26
punca tak jaga pemakanan dgn suka minum air gas
memang hidup berubah terus lps kena penyakit ni
jd jaga la pemakanan dan amalkan gaya hidup yg sihat
actually air manis ni nak minum ada cara dia.
tapi ramai orang kalau beli tin aircoke 325ml tu
x sampai 10 minit dia dah habis semua.
pastu campur dengan makanan apa semua
mmg paras gula jadi tinggi lah.
i minum air manis juga. tapi i minum selang sejam.
satu cawan tu 325ml . i minum dalam 100ml gitu.
Post time 5-9-2023 10:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Amalknlah minum minyak zaitun
Terutama minyak zaitun al ard...yg extra virgin tu...bagus utk kesihatan...
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar radiyAllahu ‘anhu: Rasulullah sallAllah alaihi wa sallam pernah bersabda: “Minumlah minyak Zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pohon yang diberkati.” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi dan Ibnu Majah).
Minyak zaitun bagus utk org yg ada darah tggi, diabetis, kolesterol tggi, baik utk jantung, cantikkn kulit, elak rambut gugur, lebatkn rambut...try ler...mknn sunnah ni tak rugi mkn..termasuklah berbekam...
Post time 5-9-2023 10:32 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesiannya adik ni. Tapi remaja zaman sekarang memang ramai yang suka makanan manis, dan makanan viral pun banyak yang tinggi gula. Sebagai contoh, crepe, buko, minuman berkarbonat+susu pekat, ais kepal milo, baby pancake dengan lelehan sos lagi, dan macam macam lagi. Tengok aja dekat halalfoodiemy tu, bermacam jenis.
Post time 5-9-2023 10:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tekak aku tak boleh terima sangat air gas ni including sparkling water. 2-3 teguk boleh la tu pun boleh dikira dgn jari berapa kali minum air gas dalam setahun