CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4226|Reply: 6

[Tempatan] Cinta itu buta:Remaja Buat Pinjaman dari 12 Ah Long berjumlah 13k demi kekasihnya mengidam untuk memakan ikan siakap tiga rasa.

[Copy link]
Post time 18-11-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Demi memuaskan kekasih hati, seorang remaja terjerat dengan pinjaman sindiket Ah Long yang mana beliau mempunyai hutang sebanyak RM13,000.



Dipetik dari laporan NST, remaja tersebut berhutang dengan sindiket haram selepas kekasihnya mengidam untuk memakan ikan siakap tiga rasa.

Ini adalah antara kes yang dilaporkan kepada Operasi Darul Muttaqim (DM), organisasi yang ditubuhkan pada 2022 untuk membantu mereka yang berumur 15 tahun ke atas yang menghadapi masalah akibat meminjam dan penipuan pinjaman wang tidak berlesen.

Pengurus Pusat Pengajian Al-Quran dan Fardu Ain, Fariz Izhar Adrus berkata siasatan lanjut mendapati remaja dari Selangor itu berhutang wang kepada 12 peminjam tidak berlesen atau Ah Long.

Remaja itu telah berhenti sekolah, meninggalkan sejumlah RM13,000 hutang kepada peminjam wang haram.

“Remaja itu terjumpa iklan di TikTok untuk pinjaman Ah Long selepas teman wanitanya mengidam ikan siakap,” kata Fariz yang dipetik dalam laporan itu.

“Mungkin dia terlalu malu (meminjam wang daripada ibu bapanya), dan akhirnya, dia meminjam daripada Ah Long.

“Ibu bapa remaja itu adalah penjawat awam. Bagaimanapun, dia kini tinggal bersama bapa saudaranya, kerana tidak mahu bersekolah lagi,” katanya.

“Remaja itu adalah antara lebih 3,700 kes membabitkan individu berusia 15 hingga 60 tahun yang menghadapi masalah dengan pinjaman tidak berlesen dan hutang yang kami bantu selesaikan sejak tiga tahun lalu,” tambah Fariz.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2024 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Siakap 3 rasa ko suruh mak kau masak je laaaa bodoh oiii.. siakap sekor tak sampai 20 hengget...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Emo plak aku baca berita gini.. pulas telinga sampai putus baru tahu.. dasar budak jantan gedik.. totey size siput sedut blom abes baligh.. dah nak menyundal menyusahkan makpak
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai
Kalau rajin tolong mak..mesti kau tahu bahawa.siakap.3 rasa tu senang sgt..
Baru gepren.minta.siakap..
Belum.lagi gepren mintak makan restoran hipster
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 18-11-2024 10:55 PM

Alasan siakap je tu dating makan2 lain seafood cinema pi jalan sana sini soping kasut baju
Kesian budak2 remaja zaman skrg pakai duit byk nak berawek, kita2 zaman dulu2 makan abc baru seringgit, cinema rm6 mekdi rm6 nasi ayam rm2-3 kira mampu milik gitu, zaman dulu2 jual mkn jenis buget2, zaman skrg roti canai kosong xdak roti canai sardin ada jual, cakoi kosong xdak cakoi inti nutella cheese kaya ada jual
Kerja halal susah cari jadi ramai buat kerja haram jual dadah la perlacuran la ah long la scammer la semua kejar dunia
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2024 10:54 PM | Show all posts
Apakah? Makan ikan siakap sampai berhutang 13k dengan along? Makan empurau premium pun tak payah nak 13k kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2024 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikan siakap ke iPhone yg awek ko mintak ni dik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.062829 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list