|
Seorang wanita melecur disambar api selepas hos yang disambung pada tong gas di kediamannya bocor ketika sedang memasak makanan untuk kucing peliharaannya.
"unca kejadian hos gas bocor. Mungkin tak perasan. Lepas ni kena rajin check. Kalau boleh tong gas duduk luar lagi elok. Benda nak jadi. Gas pula dalam kabinet.
"Sebab tu pernah dengar bomba cakap bahaya gas dalam kabinet sebab pengudaraan terhad. Masa kejadian dia nak rebus ayam, bagi anak-anak bulus dia makan.
Foto: mStar
"Dia kuatkan api. Sekali tengah nak kuatkan, api sambar dari bawah. Pintu kabinet pun sampai terbuka. Lengan sampai siku, paha sampai bawah, rambut habis burn," kata Zafirah Zainoddin, iaitu kakak kepada mangsa, Hatikah Zainoddin
Menurut Zafirah, mangsa yang sedang sarat hamil terpaksa mendapatkan rawatan di hospital manakala suaminya hanya cedera ringan.
Menerusi hantaran di Facebook, Zafirah turut memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan adiknya dan mengambil iktibar daripada kes itu.
"Memang masa awal-awal bawa dia ke kecemasan, kesian sangat. Dengan bawa perut (mengandung). Alhamdulillah Allah lindung dia suami isteri. Suaminya tak teruk sangat macam dia.
"Jadikan pengajaran buat kita semua. Doakan adik kami Hatikah Zainoddin kuat menempuh tempoh penyembuhan luka daripada kesan terbakar.
"Adik sis ni mengandung tujuh bulan. Doktor cakap dia seorang yang kuat. Kesan terbakar pada tangan dan kaki dia, doktor cakap tujuh peratus," ujarnya.
Foto: mStar
Menurut wanita itu lagi, adiknya masih trauma selepas terlibat dalam kejadian itu dan kini tinggal di rumah ahli keluarga yang lain.
"Dengan ubat tahan sakit tak boleh makan. Hanya boleh makan Panadol sahaja. Bisa (sakit) jangan cakap. Sis dengan dia daripada awal, sejak masuk zon merah sampai sekarang.
"Sekarang dia tengah trauma nak balik rumah sendiri pun tak nak. Duduklah dia di rumah Yayah, adik nombor dua. Sebelum ni kalau kakak-kakak nak makan apa, dia masakkan.
"Anak-anak buah request nak makan apa, dia buat. Lepas ni entah bila la dia nak masak lagi. Tak apalah, janji sihat. Doktor dan misi semua cakap dia kuat. Semua kesian. Sebab dia tengah sarat," ceritanya lagi.
Perkongsian Zafirah tentang nasib malang adiknya turut tular sehingga meraih perhatian warga Facebook.
Rata-rata netizen mendoakan agar mangsa segera sembuh dan dapat menjalani proses kehamilan serta bersalin dengan lancar tidak lama lagi.
"Moga anak dalam kandungan bersama ibunya dipelihara Allah dan kembali sembuh.
"Semoga cepat sembuh. Kesiannya tengah mengandung diduga begini. Semoga mudah bersalin nanti
"Semoga cepat sembuh, pedih tu sebab first layer skin yang melecur," tulis netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|