View: 5370|Reply: 34
|
Muka Dihempuk Ke Lantai, Dicubit- Tular Rakaman Kanak-Kanak Didera Di Pusat Asuhan Di Cheras
[Copy link]
|
|
Tular rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak sebuah pusat asuhan di Cheras didera oleh guru.
Dalam rakaman tersebut, seorang kanak-kanak perempuan dilihat telah dihempuk mukanya ke lantai oleh guru yang berada berhadapan mangsa.
Foto: via Beautifulnara
Difahamkan, ibu mangsa ada memohon untuk melihat kamera litar tertutup selepas anaknya merengek tidak mahu ke sekolah seperti kebiasaan.
Namun, permintaan si ibu ditolak namun dibenarkan setelah memohon kepada HQ pusat asuhan tersebut.
"Malangnya saya hanya diberi tengok secara rawak macam tu je. Saya juga kecewa kerana mereka tidak melakukan penyiasatan secara menyeluruh selepas saya membuat laporan anak saya takut untuk ke sekolah."
Difahamkan bapa mangsa sebelum itu telah mengambil anak di tadika dan pekerja bernama Athirah memaklumkan anaknya, Rania telah dilanggar ketika bermain.
Ada kesan cubitan di pipi kiri dan kanan, si ibu mendesak untuk melihat rakaman litar tertutup sebelum mendapati anaknya telah dihempuk ke lantai di bahagian muka serta dicubit oleh si pelaku.
"Katanya dia terlanggar anak kami dan Rania terjatuh sedangkan dia yang tolak kepala anak aku!"
Rania kini dilaporkan sedang dirawat di hospital kerana mengalami kecederaan fizikal dan dalaman.
Hantaran asal si ibu kemudiannya didapati telah dipadam oleh Facebook kerana mengandungi unsur keganasan di video.
Perkongsian tersebut telah mencetuskan rasa marah orang ramai yang berharap tindakan selanjutnya dapat diambil ibu bapa dan pihak berkuasa agar tiada lagi kejadian tidak diingini seperti itu berlaku di mana-mana pusat asuhan dan tadika kanak-kanak. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Menjadi² lately ni berita budak kena dera kat pusat asuhan...kenapa kau nak kerja jaga budak kalau dh mcmtu perangaiii..??! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa niiii....celaka sgtlahhh yg suka mendera budak2 ni...tolong mak pak terajang pengasuh tu kaw2 sebelum hantar ke polis |
|
|
|
|
|
|
|
semoga mak bapak budak ni buat report polis pastu saman cikgu and pemilik tadika..
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya cikgu tadika yg suka dera ni jenis gundu, kepam paha melecet |
|
|
|
|
|
|
|
Nape pendera semua gemok2@kak noor2? |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak bagitau lokasi je, ingat Cheras tu sekangkang kera je. Rasa ramai dah dapat info dalam WA group. Dah la mahal taska ni. Nampak macam selesa jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yg kasi cctv part kena tolak tu? Sbb kata dia cuma dpt tgk secara rawak je. Mana la tau skill ni aku perlukan satu hari nnt, moga x perlu la selamanya |
|
|
|
|
|
|
|
eh kenapa keje taska kalo xsuke budak? pg la keje kilang ke jual karipap ke eh bongok |
|
|
|
|
|
|
|
sebab skrg wajib pakai cctv taska ni, jadi mudahla nk siasat.. dlu bole la ckp bdk lain kaco, main , jatuh, jatuh sndiri
skrg, tiap sudut bilik ada cctv, hdisk pun main 4TB, 8TB..rekod sampai 30 hari
|
|
|
|
|
|
|
|
sakit hati tengok. eh tokey pun subahat ke |
|
|
|
|
|
|
|
setan btl prmpn gemuk yg dera budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
mahal bayar yuran anak ujung2 kena hempuk je anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tulisan kaka telah menyebabkan saya semakin trauma dengan pompuan gemok dan kepam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mahalnya byr taska tp dera pulak anak org. |
|
|
|
|
|
|
|
staff lain tutup mata & telinga. kne buang semua staff ni.
tak leh percaya |
|
|
|
|
|
|
|
Dekat atas Kedai Emas Tanah Merah tu ha. Bangunan Queensville. Dkt umah aku Chengal tu je. |
|
|
|
|
|
|
| |
|