|
Sebuah kereta mengundur secara mengejut sehingga merempuh seorang kanak-kanak, dalam kejadian Isnin petang.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kanak-kanak terbabit sedang menyarung selipar di hadapan sebuah premis sambil diperhatikan seorang lelaki dewasa sebelum kereta tersebut berundur laju ke arahnya.
Insiden dipercayai berlaku di kawasan rumah kedai dan perlanggaran itu menyebabkan mangsa terperosok ke dalam kedai yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya.
Foto: mStar
Orang awam di sekeliling menghampiri tempat kejadian dalam keadaan panik.
Kondisi kanak-kanak itu sehingga kini masih belum diketahui.
Pemandu kereta berkenaan dilihat turut keluar dari tempat duduk pemandu dan cuba untuk memeriksa keadaan kanak-kanak tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, seorang warga warga maya mendakwa kanak-kanak tersebut hanya mengalami kecederaan ringan.
"Dapat tahu daripada pemilik kedai kata adik tu cedera luaran je. Dalaman pun Alhamdullilah tak ada apa-apa," kata seorang warga maya.
Berdasarkan komen-komen netizen, kemungkinan besar insiden itu berpunca daripada kecuaian pemandu kereta terbabit.
"Nampak sebelum kereta tu memecut nak langgar budak tu, dia ada buka pintu sikit, mungkin nak tengok sama ada kereta yang diundur tu sudah hampir dengan pembahagi jalan.
"Tengah dia toleh ke belakang tu mungkin dia tersalah tekan pedal, sepatutnya nak tekan pedal brek tapi pergi tertekan pedal minyak, itu yang terus 'mengaum' kereta tu.
"Apa-apa pun ini menunjukkan pemandu tersebut kurang mahir dan dia perlu ambil pengajaran agar kejadian sama tidak berulang," kata sebahagian warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|