|
Seorang lelaki didakwa merogol adik iparnya yang masih di bawah umur sejak 6 tahun lalu.
Janteng Tribun melaporkan, suspek yang berasal dari Sulawesi Tenggara Indonesia itu telah merogol adik iparnya pada tahun 2017 dengan menonton video lucah bersama.
Menurut Ketua Polis Daerah Abuki iaitu IPTU Muhammad Yusran, suspek telah memaksa mangsa untuk melakukan persetubuhan buat kali pertama.
Gambar Hiasan
Pada tahun 2017, pelaku mengajak mangsa menonton filem lucah di telefon bimbitnya. Kemudian pelaku memaksa mangsa melakukan persetubuhan.
Suspek juga dipercayai melakukan perbuatan tersebut untuk kali kedua tetapi dengan merakam aksi mereka tanpa pengetahuan kakak iparnya sehingga mengandung.
"Ia berlaku sekali lagi pada 2018 tetapi pelaku secara rahsia merakamnya. Kemudian video itu digunakan oleh pelaku sebagai alat untuk memaksa mangsa melakukan hubungan seksual.
"Jika mangsa enggan, suspek mengugut untuk mengedarkan video berkenaan."
Difahamkan, pelaku dan mangsa telah melakukan hubungan seksual sehingga Jun 2023 dan menyebabkannya hamil. Susulan itu, suspek telah di tahan pihak polis dengan hukuman berat atas perbuatannya. -CARI |
|