|
Seorang gadis bawah umur dari India didakwa dirogol di sekolahnya di daerah Saharsa di Bihar selama dua tahun.
Memetik laporan Siasat Daily, mangsa yang tergolong dalam komuniti minoriti telah dirogol berkali-kali selama dua tahun oleh seorang lelaki bernama Samrat Vishwas, anak kepada pengarah sekolah itu.
Menurut kenyataan mangsa, seorang guru wanita di sekolah itu menemani pelaku. Guru itu membawa mangsa ke sebuah bilik di mana pada waktu itu pelaku sudah menunggu di situ.
Gambar Hiasan
Polis berkata, “Mangsa tidak mendedahkan apa-apa kerana takut dengan pelaku dan malu dengan orang ramai sehingga mendorong tertuduh mengulangi jenayah itu. Tak tahan dengan seksaan, dia berhenti sekolah. Ahli keluarganya tidak dapat memahaminya dan menganggap mangsa tidak berminat untuk pergi ke sekolah itu."
Akibat kelakuan cabul yang berterusan, mangsa mengalami kemurungan, serangan panik dan trauma. Akhirnya, dia menceritakan pengalaman pahitnya kepada keluarganya.
Menurut polis Upendra Nath Verma, susulan aduan yang difailkan oleh ibu bapa mangsa, satu kes telah didaftarkan di bawah Akta POSCO dan polis menahan tertuduh. Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan. -CARI |
|