View: 14186|Reply: 8
|
Jackman, isteri cerai selepas 27 tahun kahwin
[Copy link]
|
|
Jackman, isteri cerai selepas 27 tahun kahwin
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/jackmancerai23_1694866985.jpg)
Hugh Jackman dan Deborra-Lee Furness
Los Angeles: Pelakon Hugh Jackman dan isterinya Deborra-Lee Furness sepakat bercerai selepas 27 tahun melayari bahtera perkahwinan yang cukup bahagia.
Menurut laporan majalah People, Jackman, 54, dan Deborra, 67, sangat bersyukur rumah tangga mereka mampu bertahan hampir tiga dekad.
Namun begitu, mereka ada alasan untuk mengakhiri hubungan itu.
"Perjalanan kami kini berubah dan kami memutuskan untuk berpisah demi mengejar kemajuan diri-sendiri," demikian kenyataan mereka.
Pasangan terbabit bertemu di set penggambaran program TV berjudul Correlli pada 1995.
Deborra adalah pelakon yang cukup popular ketika bertemu Jackman sewaktu dia masih baru bertapak dalam industri lakonan.
Mereka berkahwin pada April 1996 dan kemudian mengambil anak angkat yang kini berusia 23 dan 18 tahun.
Bagaimanapun, keluarga masih akan jadi keutamaan mereka.
"Kami melangkah ke fasa baharu ini dengan rasa syukur, cinta, dan kebaikan. Kami sangat menghargai untuk kamu faham dan menghormati privasi kami sebagai keluarga menjalani semua peralihan dalam hidup," kata kenyataan itu lagi.
Jackman yang cukup popular dengan watak Wolverine dalam rangkaian filem X-Men serta The Greatest Showman tidak pernah lekang berkongsi mengenai hubungan mereka di media sosial.
Pada ulang tahun terbaru mereka April lalu, dia sempat mengucapkan rasa cintanya terhadap Deborra.
Pasangan itu turut dilihat bergambar sama pada Julai lalu di sebuah kejohanan tenis di Wimbledon, London.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... pas-27-tahun-kahwin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm iyolah pendek kata dah jemu lettew. |
|
|
|
|
|
|
|
itu namanya jodoh. friska dapat suami orang tu jodoh or sondol? |
|
|
|
|
|
|
|
dh boleh start cari gf muda , mana tau dpt baby. tgk tok k & bung moktar
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama bertahan 27 tahun ye akhirnya bye bye |
|
|
|
|
|
|
|
Entah la, kadang-kadang aku rasa Hugh ni nampak macam gay |
|
|
|
|
|
|
|
gerbera.memopad replied at 18-9-2023 09:16 AM
Entah la, kadang-kadang aku rasa Hugh ni nampak macam gay
Bukan ke ade netizen sane speku die ade skandal gay.. serammmm |
|
|
|
|
|
|
|
I see so betullah agaknya syak wasangka daku selama ni ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
Tapi kalau gay pun, entah kenapa dia masih nak dalam closet lagi. Hollywood tu open kut pasal LGBT
|
|
|
|
|
|
|
|
EVERYONE IS DIVORCING THESE DAYS. |
|
|
|
|
|
|
| |
|