View: 22649|Reply: 4
|
[Tempatan]
Ganti kaedah sedia ada dan emel, aduan salah laku polis akan dilaksanakan SPEACS - Saifuddin Nasution
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Aduan salah laku polis akan dilaksanakan secara menyeluruh melalui pengurusan aduan dan kendalian sistem (SPEACS) bagi menggantikan kaedah sedia ada termasuk melalui emel sebelum ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sistem yang dibangunkan Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) itu dijangka dilancarkan bulan depan.
"Melalui cara ini, ia akan menggantikan sistem aduan cara sekarang antaranya melalui emel, pengadu datang sendiri dan surat...itu semua tiada lagi.
"Mereka boleh terus melaporkan (aduan) menggunakan sistem ini," katanya melalui sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang meminta menteri dalam negeri menyatakan pencapaian IPCC sejak penubuhannya sehingga akhir tahun 2024 dan menjelaskan fungsi IPCC, Police, Friends and Collaborator (IPFC).
Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata, IPCC membuka sebanyak lapan kertas siasatan terhadap aduan yang diterima membabitkan salah laku dalam kalangan pihak berkuasa itu.
Beliau berkata, daripada lapan kertas siasatan yang dibuka sejak IPCC beroperasi 1 Julai 2023 lalu, empat daripadanya berjaya diselesaikan.
"Berdasarkan akta IPCC, ada aduan IPCC boleh siasat dan cadangkan hukuman, ada aduan IPCC terima dan perlu disalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ada elemen rasuah.
"Ada juga aduan jenayah berat perlu disalurkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). Fungsi suruhanjaya ini berasaskan kepada aduan yang sampai.
"Lagi banyak aduan yang sampai, bermakna lagi tinggilah keyakinan awam terhadap suruhanjaya ini menjalankan tugas," katanya.
Beliau berkata, melalui SPEACS, suruhanjaya juga boleh menghasilkan laporan tahunan, perincian statistik aduan dan perkembangan dari masa ke semasa.
"Ia bermakna apabila sistem ini dibangunkan, kita boleh ada papan pemuka untuk membuat pengesanan terhadap status aduan," katanya.
Sumber – Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aik? Macam polis aje ke yg buat salah? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 18-2-2025 11:28 AM
kalo nak harap gomen dulu2...
sampai ke sudah x de mekanisme mcm ni
yer ler
dah pemimpin politik yg pegang jawatan kerajaan pon merompak
tak kan ler perompak nak tangkap perompak
2 x 5
itu pon ada yg bodo gila pi undi
kmdian bila gomen tu swastakan hiway atas alasan gomen x cukup duit
bising plak
kan ke bodo
dah ko tau dia perompak
tp ko undi lagi

|
|
|
|
|
|
|
|
Pak Menteri ni masih bersuara sedangkan kes anaknya terus dibisukan sampai hari ini.
Siapa nak dengar dan minat dgn apa2 yg dia cakap...
Jadi Menteri bukan tiket utk kebal dlm undang2
Tapi siapa pun jadi Menteri semua yg x ok akan didiamkan..
Pudin pun sama je mcm yg lain...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes zaman madani org ramai dah tau belang sebenar puak2 ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|