|
ANTARA aksi Fiji bertemu Australia, awal pagi tadi. FOTO AFP
Paris: Fiji melakukan kejutan yang sangat diinginkan di Piala Dunia Ragbi selepas menewaskan Australia untuk menamatkan kekecewaaan hampir tujuh dekad manakala finalis 2019, Afrika Selatan dan England masing-masing melakar kemenangan kedua dalam dua perlawanan.
Barisan pemain Fiji di bawah bimbingan Simon Raiwalui mengatasi Wallabies untuk menang 22-15 pada perlawanan mendebarkan sekali gus menyaksikan persaingan dalam Kumpulan C kini terbuka luas.
Ia adalah kali pertama Fiji pernah menewaskan Australia di Piala Dunia.
Juara bertahan, Afrika Selatan dan England menang dengan gaya berbeza apabila Springboks membelasah Romania 76-0 dalam Kumpulan B manakala England menang 34-12 ke atas Jepun dalam Kumpulan D.
Kemenangan memberangsangkan Fiji itu memberi mereka peluang besar untuk mara ke peringkat lapan terakhir buat kali pertama sejak 2007, dengan baki perlawanan menentang Georgia serta Portugal.
"Kami mahu mengubah siapa kami, identiti kami, apa yang kami perjuangkan," kata Raiwalui yang lahir di New Zealand tetapi menjadi tonggak Fiji.
Berbanding memuji beberapa individu berbakat, Raiwalui melabelkan Fiji sebagai sebuah pasukan yang mempunyai ramai pemain berbakat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tan-atasi-australia |
|