CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5364|Reply: 22

Chef Wan Selesai Jalani 13 Kitaran Kemoterapi "Saya Berharap Boleh Sembuh Sepenuhnya"

[Copy link]
Post time 12-10-2023 01:58 PM | Show all posts |Read mode
Ogos lalu Chef Wan, 65, disahkan menghidap kanser limfoma.


Terbaharu dia berkongsi keadaan terkininya selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi terakhir bersama doktor yang merawatnya, Dr Jay.


Di IG, Cef Wan memuatnaik foto bersama Dr Jay ketika sedang menjalani rawatan kemoterapi dengan kapsyen yang menjelaskan dirinya dalam keadaan baik dan berharap mampu pulih sepenuhnya.


Foto: IG




"Selepas menjalani rawatan kemoterapi terakhir, saya berharap boleh sembuh sepenuhnya. Bagaimanapun, saya tetap perlu memeriksa tahap kesihatan termasuk menjalani rawatan dari semasa ke semasa.


"Saya masih perlu menjalani imbasan Tomografi Pancaran Positron (PET). Dr Jay juga akan memantau tahap kesihatan dengan sangat teliti. Dia juga menasihati saya supaya mengamalkan gaya hidup sihat," tulisnya.


Pada masa sama, Cef Wan berkongsi pengalaman ketika cecair tulang belakangnya diambil sebelum menerima suntikan kemo untuk merawat kanser.




  



Katanya, dia terpaksa baring selama empat jam atas katil untuk memastikan ubat kanser yang disuntik ke dalam tulang belakangnya mengalir ke seluruh badan.


"Dr Jay ambil cecair tulang belakang saya untuk dihantar ke makmal dan menjalani setiap kitaran rawatan kemoterapi bagi memastikan tiada sel-sel kanser yang merebak ke otak dan merosakkannya.


"rosedur ini agak menyakitkan apabila kemo disuntik ke dalam tulang belakang.




  



Saya perlu baring atas katil selama empat jam untuk membolehkan cecair ini mengalir naik ke otak dan bertindak seperti 'dinding pertahanan," tulisnya.


Kongsi Cef Wan, Dr Jay turut memuji sikap positif yang ada dalam dirinya ketika melawan kanser dengan mengatakan dia sudah memenangi separuh daripada pertempuran itu.


"Dr Jay menyifatkan saya ada pemikiran dan sikap positif, sentiasa ceria dan gembira sehingga diri sendiri boleh berhadapan dengan kanser ini dengan baik.


  



"Beliau maklumkan separuh pertempuran sudah menang. Kebanyakan pesakit yang beliau temui sebelum ini berbeza dengan saya," tulisnya.


Pada 3 Ogos lalu, Cef Wan membuat perkongsian di IG mengenai keadaan kesihatannya yang disahkan menghidap kanser limfoma selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram (ECG).


Dalam hantaran itu, Cef Wan turut memaklumkan dirinya perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 13 kitaran untuk jangka masa selama 13 minggu. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat dudaberhias
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 02:49 PM | Show all posts

yela kan dia pakai profile gamba CW...tp dia bkn CW kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 02:52 PM | Show all posts
semoga dipermudahkan segala urusan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 04:40 PM | Show all posts
Alhamdulillah, CW nampak sihat. Moga diberikan kesembuhan sepenuhnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 06:11 PM | Show all posts
Edited by nolya at 12-10-2023 06:14 PM

Alhamdulillah, sukacita mendengar khabar positif ttng kesihatan CW.  Saya percaya kesembuhan penyakitnya tidak menimbulkan gelisah rasa adalah hikmahnya Allah limpahkan rahmatNya kpd CW yg cukup memberi layanan dn menjaga alm. ibundanya dahulu. Itulah hadiahnya bila CW berbuat baik ketika sakit ibuNya, maka Allah juga beri kebaikan dn kelapangan ketika CW sendiri hadapinya penyakitnya.  Good luck CW n may Allah bless U always.  Amin....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2023 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 otak aku jadik jahat. Position chep Wan tu mcm tengah.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullillah Chepone selesai menjalani proses kemo tu. Semuga Allah beri kesembuhan pada Chepone.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2023 10:31 AM | Show all posts
semoga CW cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga chef wan segera sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 12-10-2023 02:49 PM
yela kan dia pakai profile gamba CW...tp dia bkn CW kan?

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 03:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 12-10-2023 02:49 PM
yela kan dia pakai profile gamba CW...tp dia bkn CW kan?

Adakah..... kebetulan yg sgt..... dgn nickname tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 12-10-2023 06:58 PM
Tiba2 otak aku jadik jahat. Position chep Wan tu mcm tengah.....

U are not alone

On side notes, suka dia punya position eh positivity
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 03:31 PM | Show all posts
anony-mous replied at 13-10-2023 03:29 PM
Adakah..... kebetulan yg sgt..... dgn nickname tu

dan kebetulan menghilang lama
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow hebat pakcik ni menten je badan walau 13 kali chemo dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2023 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke kanser..sekali bukan kanser saje hosp nk charge kat cw ni.bukan bole caye sgt private hosp ni.elyana yg poyo2 kanser tahap 5 tu pon ada nampak perubahahn fizikal.mcm kena kencing aje cw ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 04:22 PM | Show all posts
treatment ni kadang berkadar langsung dgn kekuatan mental juga.

so harap chep one terus kuat menjalani rawatan dan kembali sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Shahman86 replied at 13-10-2023 04:18 PM
Yeke kanser..sekali bukan kanser saje hosp nk charge kat cw ni.bukan bole caye sgt private hosp ni.e ...

Ada dia tunjuk lump kat leher.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk gamba chef 1 teringat kak dude.. lama dah tak nmpk dia komen sini.. anyway, get well soon chef wan.. semoga kembali sihat sepenuhnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.166905 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list