CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1803|Reply: 3

Zizi Kirana Langsung Tak Ada Rasa Nak Buka Tudung, Sentiasa Pilih Circle Kawan Yang Kuat Agama

[Copy link]
Post time 27-10-2023 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Zizi Kirana kekal istiqamah dengan  memilih kelompok rakan dan orang sekeliling yang betul.


Kata Zizi 38, kata dia juga sentiasa mendapatkan bimbingan orang-orang yang arif dalam bidang agama supaya perjalanan hijrahnya itu tidak terpesong.


Foto: IG




"Ketika bercakap dalam mana-mana majlis sebelum ini ramai yang bertanya tentang istiqamah, tetapi soalan itu susah saya nak jawab.


"Cuma saya sentiasa dapatkan tunjuk ajar ustazah dan mereka kata pilih circle yang betul. Cari orang sekeliling yang sama-sama mahu menuju jalan kebaikan tapi ingat itu bukan bermakna kita membuang kawan-kawan lama.


"ersekitaran kita memainkan peranan untuk terus kekal. Sebenarnya takut juga andai saya tidak istiqamah," katanya kepada mStar.




  



Zizi bagaimanapun berkata itu bukanlah bermaksud dia menjauhi rakan-rakan industri yang masih belum mengenakan hijab.


Zizi juga bersyukur kerana hatinya tidak pernah sedikit pun terdetik untuk membuka tudung selepas tampil dengan imej itu sejak hujung tahun 2021.




  



Malah suaminya iaitu pelakon Yusuf Bahrin juga menjadi penguat semangat untuknya sama-sama mendalami ilmu agama.


"Syukur setakat ini tidak pernah lagi terdetik nak buka tudung. Suami pun selalu ingatkan saya dan kami sama-sama dekatkan diri dengan agama.


"Saya sentiasa ingat niat awal saya berhijrah dahulu. Benar ada ketika kita lalai dan sebab itu saya selalu ingat apa yang membuatkan saya terdetik untuk hijrah," ujarnya.




  



Menyedari dirinya tidak boleh lari daripada imej seksi sebelum ini, Zizi menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran dan proses kematangan dirinya.


"Kisah dahulu semua sudah lepas, saya jadikan pengajaran. Itu juga satu proses Allah telah aturkan untuk saya menjadi Zizi Kirana seperti hari ini.




  



"Yang buruk sebelum ini adalah perbuatan saya sendiri," luahnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 03:21 PM | Show all posts
Alhamdulillah.

Semoga Zizi Kirana dan juga kepada semua yang telah berhijrah sentiasa dilindungi dan ditetapkan hati di atas agama ALLAH SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah Zizi. Suami dia pun dari keluarga yg elok2. Mentuanya pun sejuk mata memandang. Moga istiqomah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni mmg bagus....antara artis yg baik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.916850 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list