View: 8046|Reply: 74
|
Aishah Gagal Sita Barang Rumah, Amir Pearl Dah 'Cabut' Lari
[Copy link]
|
|
Penyanyi, Datuk Aishah masih gagal menuntut hadiah sebidang tanah lot yang dimenanginya selaku juara program Gegar Vaganza musim keempat (GV4).
Pemilik nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin, 58, berkata, dia bersama peguam telah mengunjungi kediaman penaja hadiah iaitu Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa yang juga vokalis kumpulan Pearl dan rumah anaknya, Putera Hashiff pada petang Selasa.
Namun kedua-dua kediaman itu telah pun dikosongkan dan penaja juga sudah 'cabut' lari.
"Kami pergi kedua-dua buah rumah Datuk Amir dengan Putera Hashiff kerana kami telah terima surat daripada mahkamah yang membenarkan kami untuk sita dan masuk ke dalam rumah mereka untuk buat lelongan.
"Saya pergi ke rumah itu pun bersama pihak polis, peguam dan orang yang nak beli lelongan rumah itu," katanya ketika dihubungi mStar.
Kecewa dengan tindakan Amir itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata dia bergegas ke mahkamah semula untuk mendapatkan tindakan selanjutnya.
Meskipun penaja sudah melarikan diri, Aishah berkata dia tidak akan menyerah kalah sebaliknya akan terus mencari mereka sehingga isu berkenaan selesai.
"Saya terpaksa ke mahkamah semula dan saman dia kerana melanggar perintah mahkamah.
"Mereka nak lari ke mana sangat, ia hanya memburukkan namanya sendiri. Amir memang dah muflis... isteri dan anak dia pula nama mereka akan disenarai hitam, tak boleh keluar daripada negara.
"Jangan ingat dia orang lari kami tak ada cara nak cari. Saya takkan lepas mereka macam itu sahaja," ujarnya lagi.
Selain hadiah lot tanah, Aishah selaku juara GV4 turut membawa pulang wang tunai RM100,000, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.
Isu ini timbul apabila penaja tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo tersebut.
Bagaimapun kes tuntutan tersebut selesai di mahkamah pada September tahun lalu apabila penaja setuju dengan cadangan penyelesaian iaitu membayar jumlah asal harga tanah dijanjikan iaitu RM300,000.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha silap lah memain ngan Kak Ecah |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni ke sponsor
sejak bila jadi datok |
|
|
|
|
|
|
|
you go girl..
jangan bagi muka kat penaja haprak semua ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
GITCHEWWWW.. go go go Tok Cah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Datok scammer |
|
|
|
|
|
|
|
cari dia sampai dapat kak ecah |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu pentingnya education, lawan cara orang berilmu. Go go tok ecah saya tetap suka walaupun ramai tak suka tok ecah. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak nmpk gah & kaya raya siap pakai datuk bagai, terus nmpk bodoh.. pengecut rupanya. Ramai kan mcm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Bab ni i sokong tok ecah... Dah tau ko sengkek tak berduit yang ko pergi gatal2 nak taja hadiah lot tnaah tu dah kenapa...takde pasal cari pasal.... benak jugak si amir ni.. ntah2 rumah dia tu pun rumah sewa je .sebab tu boleh cabut lari anytime.. |
|
|
|
|
|
|
|
Uihh dasat dia ni ke penaja.. sape bg dia datukship |
|
|
|
|
|
|
|
Naya jd anak bini dia, kerana perangai laki |
|
|
|
|
|
|
|
Tuntut jgn x tuntut Janji manismu.. |
|
|
|
|
|
|
|
part ni tok cah punya ketegasan aku sokong. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak bagi je rumah diirang tu kt tok ecah..kan dah kosong....ke rumah sewa jer? |
|
|
|
|
|
|
|
bagus Tok Chah. jangan memain sesuka hati nak menabur janji menaja itu ini umpama tade implikasi undang2. |
|
|
|
|
|
|
|
tak sekarang ni, astro punya SOP nak jadi penaja ni camna
macam cincai sangat je nih
peserta dah bertanding dan menang, tapi hadiah tak dapat |
|
|
|
|
|
|
|
Lenkali klu xde duit toksah dok gadoh nk taja bagai... Buat malu je,, biaq pi yg masuk branding dpt hadiah angin bayu membawa..... Hahaaa,, |
|
|
|
|
|
|
| |
|