CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1306|Reply: 13

Nadia Brian Akui Sedang Ke Arah Untuk Bertudung

[Copy link]
Post time 2-11-2023 10:44 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Nadia Brian mengakui terkejut melihat penerimaan positif netizen terhadap dirinya apabila berkongsi foto mengayakan imej bertudung di media sosial.


Mengulas mengenai perkara itu, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashid, 32, berkata dia belum lagi membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya namun meminta peminat mendoakan agar dia kekal dengan penampilan itu satu hari nanti.






“Doakan baik-baik ke arah itu sebab memang saya pun memang nak arah itu tapi sekarang ini belum lagi sebab saya baru saja sign kontrak untuk drama terbaharu ni.


“Memang belum (pakai) sepenuhnya tapi doakan buat saya... terima kasih banyak kepada yang menyokong, saya pakai tudung ni bukan untuk buat orang ramai suka ke apa tapi langkah pertama ke arah kebaikan.





“Tak sangka ramai yang mesej dan terkejut melihat perubahan imej bertudung ni, saya hargai sangat setiap doa dan kata-kata yang diberikan kepada saya,” kata Nadia kepada mStar.


Dalam perkembangan lain, Nadia kini mula menyertai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) bagi membantu insan- insan yang memerlukan terutamanya rakyat Palestin yang sedang menderita.





Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
halah halah memang dijangka siapa pakai tudung akan dipuji2. lawa lah apa lah. benda biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 11:54 PM | Show all posts
Marhaen je muka dia kalau pakai tudung ek. Kalau dia menyeksi tu ngan rambut gerbang dia nampak menggoda & galak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nadia....kamu nanti jgn pakai turban atau serban. Bukan lawo pun turban. Kepala nampak kecut. Tak tau kenapa org pakai pun. Kalau tak rasa ready sepenuhnya baiklah selendang panjang longgar lagi  manis. Serban tu nampak mcm unta.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Seperti biasa minta peminat doakan yg baik2 & belum berbungkus pasal baru sign kontrak drama/film baru
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 2-11-2023 11:21 PM
halah halah memang dijangka siapa pakai tudung akan dipuji2. lawa lah apa lah. benda biasa.

Nanti pengeluar tudung syurga, pazzpizzpuzz, YG SECARA KEVETULAN berada bersama dlm drama tersebut, akan sumbangkhen sbg hadiah motivasi, keSEMUA corak edisi terbaru tudung syurganyer, tanda sokongannyer...pada nadia ...

Score points wa cakap lu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2023 09:23 AM | Show all posts
kening cacah ker tuh... hudoh sangat
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:35 AM | Show all posts
maroon_nerd replied at 2-11-2023 11:54 PM
Marhaen je muka dia kalau pakai tudung ek. Kalau dia menyeksi tu ngan rambut gerbang dia nampak meng ...

Terlihat menggoda dn galak kerana begitulah pemandangan mata lelaki khususnya yg disolek oleh nafsu syaitan. Godaan ada di mana2, tidak saja kpd benda yg hidup malah juga kpd objek yg kaku. Maka tundukkanlah pandangan mu agar menjadi perisai mengawal nafsu.  Allah memang jadikan wanita sbg insan yg punyai ketarikan ttpi tidak pula harus ianya disalahgunakan. Mau? ayuhlah jumpa tok penghulu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 10:40 AM | Show all posts
iyolah...aku percayaaaaa sangat
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah lahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:54 AM | Show all posts
wartawan pun benda2 cmni nk jd story line
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la kalau sekadar nak dapat pujian. Nanti pujian dah expired, mcm2 alasan nak buka tudung termasuklah menyalahkan anxiety dan depression.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 12:55 PM | Show all posts
Jangan terpesona pujian netizen, buat kerana Allah swt je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa bukan dekat ig kawan awak tu tgh celebrate halloween kemain berambut palsu nampak lurah????????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.049200 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list