View: 8924|Reply: 26
|
Hafiz Suip Akui Rambut Hijau Untuk Tarik Perhatian, Hanya Bertahan 5 Hari, Beri Pengaruh Buruk Pada Anak
[Copy link]
|
|
Penyanyi, Hafiz Suip menjelaskan imej rambutnya berwarna seakan-akan hijau, hanya bertahan lima hari sebelum 'dikorbankan' kerana sedar ia memberi pengaruh kurang baik kepada anak sulungnya, Riyadh Zafri.
"Saya lihat tindakan itu mempengaruhi budak-budak, terutamanya anak saya yang berumur enam tahun. Dia kata kepada ibunya, 'bonda saya pun nak rambut macam ayah'. Beristighfar saya masa itu.
"Saya faham perkara itu salah di sisi agama kita. Saya tidak menghitamkan kembali warna rambut sebaliknya terus membotakkan kepala. Jadi sekali lagi maafkan saya," ujarnya yang pada awal zaman popularitinya sinonim berambut panjang dan kerinting.
Hafiz, 33, memberitahu keputusan memilih warna berkenaan dibuat secara spontan tatkala membelek-belek katalog fesyen sambil berbincang dengan pendandan rambutnya dalam memutuskan kelainan gaya ingin ditonjolkan.
Pemilik nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip ini turut bercerita, dia ketika itu mengikuti siri drama One Piece dan mendapat inspirasi daripada watak diminatinya, Roronoa Zoro.
"Saya mengaku warnakan rambut sebab mahukan perhatian. Bila dah buat, rasa segan juga. Saya mohon maaf kepada warga Malaysia kerana perkara itu agak sensitif sebenarnya.
"Saya sedar cuma itulah hiburan. Menjadi lumrah, kalau sensasi baru dapat perhatian, kalau biasa-biasa orang tak ambil tahu," luahnya yang tampil dengan single terbaharu, Terus Bersinar.
Menyingkap satu lagi sisi dirinya yang tampak kian susut, Hafiz mendedahkan, berat badannya kini sekitar 61 kilogram (kg) selepas dia begitu menjaga pemakanan kerana masalah sakit tulang belakang atau slipped disc sekitar 2015.
"Secara keseluruhan berat saya turun 10kg sebab banyak kena jaga, macam amalan pemakanan, postur. Kadang-kadang ada juga rasa sakit, tapi saya tak ambil sebarang ubat.
"Sayacuma masih menjalani rawatan kiropraktik sekali atau dua kali sebulan bergantung kepada keadaan," kata juara Akademi Fantasia musim ketujuh ini.
Mengenai undangan membuat persembahan, Hafiz berkata, dia masih kerap menerima jemputan menyanyi pada majlis korporat, namun mengakui merindui detik muncul di kaca televisyen seperti dahulu.
Penyanyi dari Sarawak ini sedar hakikat peluang itu jarang diperoleh memandangkan tidak lagi bernaung dengan mana-mana agensi kerana selepas lebih 10 tahun bergelar anak seni, dia lebih selesa mengurus sendiri perjalanan seninya.
"Mungkin ramai tertanya-tanya mana Hafiz Suip. Alhamdulillah masih ada 'job', cuma kurang diuar-uarkan. Dulu selalu keluar televisyen, (undangan) sentiasa diatur, sekarang gerak sendiri, semua kena buat sendiri.
"Ini satu proses belajar. Misalnya macam karya kali ini, walaupun bukan 100 peratus dihasilkan sendiri, tapi idea visual, lirik, melodi, semua berkaitan lagu itu saya kawal dan jaga supaya berkualiti. Barulah peminat puas hati," katanya.
Sumber: BH Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah..tak payah buat publisiti murahan..sore dah cukup sedap dah |
|
|
|
|
|
|
|
Nyanyi je lah ... suara dah elok tak yah lah buat Kaler camtu. Muka hidung you sama lah onni boi lagi satu yg nyanyi budak tebing tu hakim Rusli...syamel...aizat semua ni pakai kot , jacket..well tailored shirts.regular facials cukup utk nampak elok . Faham dak. Bab rambut less is more...jgn duk berkala nanti lagi enhance yg tak patut... |
|
|
|
|
|
|
|
Makin pelik2 je la mamat ni.. dah la kurus extreme.. then suddenly warna rambut hijau.. sesuatu sangat….. |
|
|
|
|
|
|
|
Qatrunnadaain replied at 4-11-2023 02:45 PM
Makin pelik2 je la mamat ni.. dah la kurus extreme.. then suddenly warna rambut hijau.. sesuatu sang ...
Terpengaruh dgn taktik marketing jijan seman & ena bedul |
|
|
|
|
|
|
|
banyak tengok one piece kot ni |
|
|
|
|
|
|
|
Betul ke management lama kaut untung smp 40% untuk setiap job bintang2 AF dulu ni? No wonder lah hazama, akim, stacy, hafiz, adira semua bawak haluan sendiri tp theyols lps tu seolah2 diblacklist plak oleh astro. Myb sbg guest artiste GV masih ada tp utk program2 temubual di tv, promosi di radio2 astro mcm sgt kurang. |
|
|
|
|
|
|
|
Plis release lagu stok2 ajl.manalah tau ade rezeki masuk ajl tahun dpn. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih adik kerana menyedarkan ayah awak. |
|
|
|
|
|
|
|
laaa ingatkan berlakon drama ke mv ke apa
rupanya nk perhatiannnnnnnnnnnn
cuba buat duet lagi dgn adira ke..suara dua2 mmg sherashi bersama gitu |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa heols boleh dapat slipped disc? main gym ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurus betul dia sekarang. Satu lagi mira basic sampai mcm sakit. |
|
|
|
|
|
|
|
Dik Hafiz, tak payah la mencontohi perangai Dik Aina yang nak bereksperimen dengan imej dan fesyen, your voice alone dah bawa you ke satu level tersendiri. Keep it up, keluar lagu2 baru sebab ramai peminat yang rindu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahriman replied at 4-11-2023 04:33 PM
Plis release lagu stok2 ajl.manalah tau ade rezeki masuk ajl tahun dpn.
Dia kalau masuk AJL je selalu menang at least satu kategori. |
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 4-11-2023 10:35 PM
Dia start sakit slip disc tahun 2015 sebab cedera masa main futsal.
Sumber: https://www.rotikaya. ...
Mungkinkah simptom tu effect drpd ubat2 yang dia amik masa sakit tu? Adoiii harap2 jangan la dia buat benda yg menghancurkan masa depan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan dia ketagih opium sudah ler. Kat netflix pun ada documentary pasal ketagihan ubat tahan sakit ni in US. Semua mostly starts from all these kind of muscle pains, slip disc etc. Mula2 sekadar yg doc prescribe kan je. Lama2 bertambah dose & sampai ketagih. And the rest is history. Semoga hafiz clean & sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan_ustazah replied at 5-11-2023 01:48 AM
Kurus betul dia sekarang. Satu lagi mira basic sampai mcm sakit.
Basic tu macam terlalu kurus kan… kadang nampak kepala je beso.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 4-11-2023 10:35 PM
Dia start sakit slip disc tahun 2015 sebab cedera masa main futsal.
Sumber: https://www.rotikaya. ...
Kenapa semua gambar nampak kepam sekepam kepamnya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|