CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5664|Reply: 34

Ella Alami Masalah Pendengaran, Fungsi Tinggal 50 Peratus Di Kedua-Dua Belah Telinga, Terpaksa Guna ‘Hearing Aid’

[Copy link]
Post time 4-11-2023 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Ratu rock negara Ella mendedahkan dia kini bergantung kepada alat bantuan pendengaran susulan fungsi kedua-dua belah telinganya sudah menurun.


Ella atau Nor Zila Aminuddin, 57, berkata, hasil pemeriksaan sebelum ini mendapati pendengaran telinga kirinya berkurang sebanyak 70 peratus manakala sebelah kanan hanya tinggal 20 peratus.






Menurut Ella lagi, dia sebelum ini tidak pernah menyedari mengalamai masalah pendengaran namun dengan bantuan Global Hearing Care Centre Malaysia (GHCC), deria itu kembali normal apabila menggunakan alat bantu dengar Bernafon Alpha.


"Saya tidak pernah tahu ada masalah pendengaran namun setelah membuat pemeriksaan mendapati saya ada masalah tersebut.


"erbezaan selepas menggunakan alat bernafon alpha ini ia mampu seimbangkan pendengaran saya.


"Ini disebabkan telinga sebelah kiri saya 70 peratus berkurangan manakala telinga kanan pula 80 peratus. Jadi alat ini dapat seimbangkan kedua-duanya," katanya kepada mStar.


  



Ella mendedahkan perkara itu ketika ditemui semasa hadir ke Program Komuniti Global Hearing Care Centre di Pavillion Bukit Jalil pada petang Sabtu.


Dalam pada itu, Ella berkata, meskipun terpaksa menggunakan alat bantuan pendengaran namun dia tidak pernah merasakan ia sebagai kekurangan pada diri.


Sebaliknya Ella bersyukur kerana masalah itu dapat diatasi dengan alat berteknologi tinggi berkenaan.


"Saya tidak rasa pun itu kekurangan sebab ia lagi membantu Ella. Ella percaya ramai ada masalah sama.


"Ella rasa bersyukur sebab alat ini boleh bantu Ella mendengar dengan normal," katanya.


  



Sementara itu, Ella turut menyarankan rakan-rakan terutamanya yang terlibat dalam industri muzik untuk membuat pemeriksaan kesihatan deria pendengaran.


"Saya mengalami masalah pendengaran disebabkan muzik, jadi saya pakai alat ini untuk melindungi daripada ia bertambah teruk.


"Jadi saya sarankan rakan-rakan dalam industri muzik malah orang ramai untuk membuat pemeriksaan sebelum terlambat," katanya


Untuk rekod, GHCC, Ella bersama Kementerian Pendidikan Malaysia bergabung menganjurkan program komuniti yang memfokuskan tentang kesihatan pendengaran serta pertuturan untuk pelbagai peringkat usia.


Tujuan utama program itu diadakan untuk menanam kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan penjagaan deria pendengaran.


Selain itu, ia bagi memupuk sikap ambil peduli tentang tahap pendengaran mereka dengan lebih awal menerusi saringan awal.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian Ella… tak pe.. mak aku pon pakai hearing aid tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 08:14 PM | Show all posts
Perawankota replied at 4-11-2023 08:09 PM
Sian Ella… tak pe.. mak aku pon pakai hearing aid tu..

dah murahkan hearing aid sekarang...
pastu kalau ada medical card pun sekarang boleh claim beli hearing aid ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 4-11-2023 08:14 PM
dah murahkan hearing aid sekarang...
pastu kalau ada medical card pun sekarang boleh claim beli he ...

Betul tu…  skang tak mcm dulu, nak beli pon kena tunggu lama baru dpt.. kat shopee pon ada jual, tapi x tau lah elok ke tidak…
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Amy tu pekak sblh, boleh la try hearing aid ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 4-11-2023 08:14 PM
dah murahkan hearing aid sekarang...
pastu kalau ada medical card pun sekarang boleh claim beli he ...

Haah
Adik iols Bulan jun Hari tu dia buat ujianpendengaran..rupanya mmg kurang pendengaran..so amek hearing aid..Guna medical card company dia..hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2023 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cian Ella.. moga dipermudahkan urusan hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaa dah nak 60... Dasat energy.
Kalau telinga, logik lah dah warga emas start x dengar lagi2 penyanyi dr muda kerja dgn muzik bising etc etc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2023 09:42 PM | Show all posts

Takda kaitan dgn yg hidup atau yg mati...sekadar paparan...














Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua biasa la tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyanyi memang berisiko tinggi kan rosak pendengaran. Bertahun2 terdedah dengan bunyi yg kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 4-11-2023 10:08 PM
Penyanyi memang berisiko tinggi kan rosak pendengaran. Bertahun2 terdedah dengan bunyi yg kuat.

Yg ko bukan penyanyi kenapa level tetap minik pak mat tempe?


Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 4-11-2023 09:10 PM
Haah
Adik iols Bulan jun Hari tu dia buat ujianpendengaran..rupanya mmg kurang pendengaran..so ame ...

Waktu piyed, lakinyer sumbat piston melalui  saluran telinga keww sampai gegendang telinga dia retak menanti belah?

Kesiannnyer?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 4-11-2023 10:08 PM
Penyanyi memang berisiko tinggi kan rosak pendengaran. Bertahun2 terdedah dengan bunyi yg kuat.

Aku kalau pg kenduri yg psg muzik kuat2 pun serabut. Kita nk bsembang ngn sedara mara pun tpekik2. Sapa punya idea la suh psg muzik kuat2. Aku suka pi kenduri sblh trg kel. Aman2 je mkn.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
stingerbumpy replied at 4-11-2023 10:14 PM
Waktu piyed, lakinyer sumbat piston melalui  saluran telinga keww sampai gegendang telinga dia ret ...

Adek iols.laki.la ngeng...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsangka acik ella da pokak. Hari tu g konsert acik ella ni mcm 30an je aku tgk. Kuwus ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2023 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada soft spot sikit dgn dia nih.. kesian ella
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
tu la risiko kan terdedah dgn bunyi2 kuat tinggi
semoga dipermudahkan urusan kak ella
tetap nombor syattuuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 4-11-2023 09:05 PM
Amy tu pekak sblh, boleh la try hearing aid ni

Amy search ke...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
HanyaUngu replied at 5-11-2023 12:13 AM
Amy search ke...

Haah
Ni bini dia sdr yg cakap dl
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.256607 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list