CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2982|Reply: 2

Rahimah Rahim Minat Aina Abdul, Pertahan Imej Unik

[Copy link]
Post time 5-11-2023 10:14 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi veteran, Rahimah Rahim, 67, mengaku meminati Aina Abdul atas keunikan dan kelebihan dimilikinya.


Rahimah yang terkenal dengan lagu Gadis dan Bunga berkata, Aina bukan sekadar berbakat, malah, keperibadian penyanyi Terus Hidup itu membuatkan dirinya mampu kekal relevan dalam industri seni tanah air.






"Saya suka Aina. Saya pernah buat persembahan dengannya. Aina gadis yang cantik dan sangat merendah diri. Saya suka orang yang begitu. Aina boleh bercakap dan sangat bijak.


"Apabila awak bercakap dengan seseorang dan menjawab dengan bijak, orang itu membuatkan kita rasa senang. Aina bukan sahaja penyanyi, malah, dia ada 'vibe' positif... Itu yang orang mahu," katanya ditemui pada Festival Merakyatkan Seni Warisan Akar Umbi, Laman Santai Malaysia Madani 2023 di Laman Beringin, Istana Budaya (IB) di sini, malam tadi.


Rahimah berkata, imej dibawa Aina menjadikan dirinya unik dan tidak sepatutnya dipertikaikan.


"Soal imej, itu pilihan dia. Usah pertikai kerana itu imej dia. Kalau dia tiada imej, orang tak akan tengok, betul atau tidak? Jadi, Aina reka imej dirinya dan dia adalah 'trendsetter' (pencetus gaya).


"Kalau Aina pilih imej pelik dan diingati, maka ia menjadi. Sama ada orang suka atau tidak ia menjadi aliran. Aina adalah 'trendsetter' di Malaysia. Saya suka tengok Aina, bagi saya, biarlah kena pada tempatnya," katanya.






Rahimah yang menceburkan diri dalam dunia seni sejak berusia enam tahun menasihatkan Aina agar terus melangkah, biarpun dikritik. Bagi Rahimah, menjadi anak seni, perlu kebal.


"Iya, telinga kena tutup. Awak perlu jadi positif setiap masa dan awak perlu merendah diri. Orang kutuk memang ramai, dari dahulu pun orang kutuk saya. Orang tak suka saya tetapi saya tak kisah.


"Ambil kritikan itu sebagai sesuatu yang membina untuk awak menjadi insan yang lebih baik. Itu adalah cara bagaimana awak mahu kekal relevan dalam industri ini.


"Kalau awak mahu kecil hati, awak boleh fikir zaman dahulu media akan kritik 'gila-gila' dan hentak habis-habisan. Tetapi sekarang, netizen yang hentak.


"Jadi sabarlah. Sebagai manusia, kesabaran itu perlu kuat. Seperti yang emak saya katakan dahulu, genggam bara sampai jadi abu. Maksudnya, usah hangat-hangat tahi ayam," katanya.


Mesra disapa Kak Gerl, Rahimah adalah anak sulung kepada penyanyi Allahyarham Rahim Hamid atau dikenali sebagai Nat King Cole Singapura dan seniwati filem, Allahyarhamah Mariam Baharum.


Allahyarham Mariam adalah kakak kepada seorang lagi primadona filem Melayu, Allahyarham Datin Saadiah iaitu isteri kepada bintang legenda, Allahyarham Datuk Ahmad Daud.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2023 10:34 AM | Show all posts
You go Kak Girl


Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana ye Aina kalau nyanyi lagu Gadis Dan Bunga Rahimah Rahim nih..
Kalau nyanyi lagu sambil pakai costume Bunga dlm pasu dah pernah tgk dah masa ajl lagu nafas cinta Tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.060199 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list