Nana turut menafikan permohonan maaf yang dibuat adalah disebabkan asakan peminatnya.
Nana menjelaskan, permohonan maaf dibuat atas rasa bersalah kerana membuat peminatnya hampa, bukannya komen negatif.
"Bila saya muat naik poster bersama Amir, ramai peminat teruja.
"Malah, entri ini turut mendapat 700 komen peminat yang tidak sabar melihat persembahan kami.
"Bagaimanapun, apa yang berlaku tidak seperti diharapkan. Muzik sangat kuat dan saya cuba perlahankan vokal.
"Saya tak sangka tindakan ini membuatkan vokal saya kedengaran perlahan terutama untuk penonton di rumah.
"Saya sangat kecewa dan perasaan ini berlarutan selama dua hari. Saya minta maaf sebab tak dapat buat persembahan dengan baik seperti yang diharapkan," katanya.
Dalam pada itu, penyanyi yang berasal dari Felda Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan ini menolak tanggapan nakal mengatakan dia sengaja menyimpan taring sebagai strategi mengungguli gelaran juara program realiti itu.
"Setiap minggu saya akan 'all out' untuk pastikan persembahan berjaya memikat juri dan penonton.
"Tiada istilah nak simpan taring. Fokus saya untuk pastikan persembahan mingguan yang terbaik," jelasnya.
Sumber: BH Online